
Iskandar Ismail sedia berhijrah ke Malaysia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Singapura, Iskandar Ismail, tidak menolak kemungkinan berhijrah ke Malaysia sekiranya peluang mengembangkan kerjaya seninya di negara ini semakin terbuka, malah bersedia membawa keluarganya bersama jika keadaan mengizinkan. (Berita Harian, 17:49)
Read the reporting
1 report
Iskandar Ismail sedia berhijrah ke Malaysia
KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Singapura, Iskandar Ismail, tidak menolak kemungkinan berhijrah ke Malaysia sekiranya peluang mengembangkan kerjaya seninya di negara ini semakin terbuka, malah bersedia membawa keluarganya bersama jika keadaan mengizinkan.
Iskandar, 48, berkata, dia selesa dengan suasana kehidupan di Malaysia yang disifatkan lebih santai berbanding Singapura, sekali gus membuka ruang untuknya mempertimbangkan kemungkinan menetap di negara ini.
Bagaimanapun, katanya, keputusan itu bergantung kepada perkembangan kerjaya seni serta keadaan keluarganya yang masih menetap di Singapura.
"Memang saya berulang-alik kerana keluarga masih berada di Singapura. Kalau betul-betul sibuk dengan kerjaya di Malaysia dan ada peluang untuk terus mengembangkan kerjaya, barulah saya akan menetap di sini.
"Sebenarnya, saya suka Malaysia kerana suasananya lebih santai. Di Singapura, kehidupan agak stres. Rutin harian pula seolah-olah hanya bangun pagi, pergi kerja dan balik tidur.
"Jadi, kalau diberikan peluang untuk menetap di Malaysia, saya akan menerimanya serta-merta," katanya ketika ditemui pada sesi fotografi bagi mempromosikan single terbaharunya, Aku Salah, di Studio NSTP Balai Berita, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, anak kepada penyanyi era 1950-an, Allahyarham R Ismail, itu berkata, dia bersedia membawa keluarganya berpindah ke Malaysia sekiranya berpeluang meneruskan kelangsungan kerjaya seni di negara ini.
Katanya, dia masih menerima undangan persembahan di Singapura, dengan satu atau dua tawaran setiap bulan.
"Di Singapura, saya masih menerima undangan persembahan, setiap bulan mesti ada satu atau dua persembahan.
"Sebelum menyertai Gegar Vaganza (GV), saya menyanyi di kelab malam. Namun, dua bulan sebelum menyertai GV, saya sudah berhenti menyanyi di sana. Maknanya, sudah lebih setahun saya meninggalkan pekerjaan itu.
"Kalau ada peluang kerjaya di Malaysia, saya memang akan menetap di sini. Namun, jika ada tawaran kerja di Singapura, saya tetap akan berulang-alik ke sana," katanya.
Dalam perkembangan lain, Iskandar muncul dengan single terbaharu berjudul Aku Salah yang dilancarkan pada Ogos lalu.
Lagu ciptaan komposer Indonesia, Ilham Baso, itu mengetengahkan nuansa muzik galau dengan kisah cinta, kesilapan dan peluang kedua dalam sesebuah hubungan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian17:49
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.