
Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MELAKA: Melaka FC (MFC) mencipta kejutan selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka, hari ini. (Berita Harian, 23:19)
Read the reporting
1 report
Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City
MELAKA: Melaka FC (MFC) mencipta kejutan selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka, hari ini.
Skuad Hang Tuah mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan pada awal babak pertama sebelum memastikan kemenangan dramatik menerusi jaringan pemain gantian, R Ruventhiran, pada minit ke-86.
Namun, KL City terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-12 menerusi Fareed Sadat yang berjaya menewaskan penjaga gol Melaka FC, Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil.
Usaha tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila Kpah Sean Sherman memainkan peranan penting dalam gerakan gol penyamaan dengan menghantar bola kepada Christian de Souza Andre untuk import dari Brazil itu menyudahkan peluang berkenaan dengan tenang untuk mengikat kedudukan 1-1.
Memasuki babak kedua, MFC tampil lebih tersusun dan agresif dengan melancarkan asakan demi asakan ke arah kubu pelawan dengan tekanan berterusan itu membuahkan hasil pada minit ke-53 apabila Sherman muncul penjaring gol kedua Melaka FC menerusi tandukan selepas menerima hantaran De Souza.
Bagaimanapun, KL menyamakan kedudukan pada minit ke-76 apabila sepakan sudut Paulo Josue menyebabkan Syahir Abd Rashid tertampan bola ke gawang sendiri, sekali gus menghadiahkan gol penyamaan buat KL City.
Kebangkitan tuan rumah akhirnya lengkap pada minit ke-86 apabila Ruventhiran berjaya meledak gol ketiga Melaka untuk mencetuskan kegembiraan dalam kalangan penyokong.
Kemenangan berharga itu bukan sahaja memberikan tiga mata kepada Melaka FC, malah melonjakkan skuad berkenaan ke tangga keenam liga.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian23:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.