Malaysian Attention Engine
Live wire
46Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Golden Tigers terima durian runtuh RM160,00044Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak39General : Missing Malaysians In Nepal: Families Seek Financial Relief Framework38General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am37King Sultan Ibrahim conferred Jordan's highest civilian honour37Nahas Jalan Kuching: ‘Asiah bangun Asiah, kita dah nak sampai hospital’37Rai anugerah sehari dua, selepas itu dilupakan - Namron36Muzik menyatukan kita - Nidji36Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok35Sport : Golden Tigers Net RM160,000 Windfall For Asian Games Triumph34Trump administration plans to move AI testing agency officials to White House, The Information reports
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Istilah pendatang sepatutnya tinggal sejarah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
0
no previous hour
Momentum
0
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 08:00 MYTLatest activity 13 Oct, 08:00BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·5 min read

Istilah pendatang sepatutnya tinggal sejarah

By Teo Kok Seong · 13 Oct, 08:00 MYT

TERDAPAT cadangan, malah seruan daripada pihak tertentu dalam kalangan etnik bukan Melayu, agar istilah pendatang bukan sahaja tidak boleh lagi digunakan, malah digugurkan dalam mana-mana catatan rasmi.

Ini kerana istilah itu didapati tidak tepat, justeru tidak patut digunakan oleh orang ramai, apatah lagi pihak berkuasa, walaupun dalam sejarah kedatangan etnik Cina dan India ke negara ini.

Bagi mereka, penggunaan istilah itu perlu dihentikan segera kerana dianggap sebagai penghinaan.

Sebenarnya migrasi, iaitu pergerakan dari satu tempat ke yang lain, oleh etnik Cina dan India ke tanah Melayu bermula sebelum abad 15 lagi dalam bentuk kumpulan kecil dan kekadangnya secara persendirian.

Ini dapat dilihat pada komuniti Peranakan Cina dan India di Melaka, seperti Cina Baba-Nyonya dan India Chetti. Begitu juga dengan Peranakan Cina di Kelantan.

Migrasi awal erbeza sekali dengan yang kemudiannya pada abad 18, 19 dan 20.

Pada abad 18 dan 19, pergerakan Cina dan India dari dua negara itu bukan sahaja melibatkan jumlah besar tetapi kedatangan mereka sebagai buruh dalam beberapa sektor. Kemuncak pergerakan ini pada abad ke-20 yang rata-ratanya untuk kepentingan ekonomi penjajah Inggeris, khususnya di lombong bijih dan ladang getah.

Migrasi awal yang kebanyakannya berlaku secara sukarela didorong beberapa faktor. Kehadiran mereka ke tempat ini tidak membawa kesan negatif atau menimbulkan masalah yang mengancam keselamatannya.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas pada komuniti Cina Baba-Nyonya dan India Chetti di Melaka. Mereka berasimilasi dengan etnik Melayu dari segi budaya, tidak pun kekok, malah bangga sekali dengan identiti budaya Melayu yang diserap pada cara hidup sebagai etnik bukan Melayu.

Hal sama dapat juga dilihat dengan ketaranya pada kehidupan Peranakan Cina di Kelantan. Mereka tinggal bersama etnik Melayu di kawasan kampung, bukan sahaja ikut berasimilasi ke dalam warisan budaya Melayu Kelantan, malah megah untuk mengidentifikasi diri dengan etnik Melayu Kelantan.

Untuk ini, loghat Melayu Kelantan merupakan antara bahasa penting Peranakan Cina Kelantan, bersekali dengan bahasa Cina Hokkien sebagai bahasa ibunda mereka. Sebaliknya bagi Cina Baba-Nyonya dan India Chetti, mereka yang kehilangan bahasa ibunda Cina dan Tamil, berbesar hati menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka.

Natijahnya, mereka adalah minoriti model yang bukan sahaja secara sukarela berasimilasi ke dalam struktur sosial setempat dengan jayanya, juga menjadi sebahagian daripada struktur sosial tempatan melalui adaptasi budaya Melayu dengan jayanya.

Sebenarnya komuniti peranakan ini adalah model dan rujukan yang harus diikuti etnik Cina dan India yang mendatangi Tanah Melayu kemudiannya. Ini kerana mereka dianggap oleh etnik Melayu selaku tuan rumah, sebagai kelompok yang mencapai tahap adaptasi budaya Melayu yang tinggi, berbanding dengan yang lain-lain.

Antaranya bukan peranakan daripada etnik Cina dan India.

Sehubungan istilah peranakan ini, ia adalah kiasan terhadap kelompok bukan Melayu yang mengambil budaya Melayu sebagai identifikasi identiti budaya mereka.

Untuk ini, Cina Baba-Nyonya dan India Chetti antaranya mengambil kesenian Melayu, iaitu dondang sayang dan pantun sebagai identiti untuk etnisiti mereka.

Sebenarnya tidak keterlaluan untuk mengatakan etnik Cina yang bermigrasi secara sukarela ke seluruh Asia Tenggara, rata-ratanya bukan sahaja bersedia, malah cepat berasmilasi ke dalam struktur tempatan.

Ini antaranya kerana mereka ke sesuatu tempat untuk pelbagai tujuan. Antaranya peluang ekonomi, perdagangan serantau dan seumpamanya.

Untuk negara kita, khususnya migrasi etnik Cina pada akhir abad 19 dan awal abad 20, ia adalah bikinan penjajah Inggeris. Mereka dibawa masuk secara beramai-ramai untuk mempertingkat kegiatan ekonomi Inggeris. Sehubungan kemasukan ini, etnik Cina rata-ratanya migran sementara, iaitu akan pulang ke China setelah tiba masanya.

Sebaliknya perkara ini tidak berlaku apabila etnik Cina mahu terus tinggal di sini, setelah tamatnya penjajahan Inggeris. Mereka memohon kerakyatan daripada etnik Melayu selaku pemilik tempat ini, untuk terus tinggal secara tetap di sini sebagai juga tanah air mereka.

Permohonan mereka ini dibenarkan melalui Perjanjian Etnik 1955 yang secara longgarnya dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Pada perjanjian ini, pemberian kerakyatan disusuli penerimaan empat perkara Melayu oleh etnik Cina dan juga India. Empat perkara itu ialah agama etnik Melayu, iaitu Islam, bahasa mereka, yakni bahasa Melayu, kedudukan khas mereka sebagai tuan rumah dan kedaulatan raja mereka sebagai pemerintah tempat ini.

Dengan pemberian kerakyatan ini, etnik Cina bukan sahaja mula menetap secara kekal, malah ada yang berkeluarga. Mereka mula menyumbang secara serius kepada sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik tempatan.

Dengan ini, mereka ikut memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, baik dari segi pembinaan negara, yakni kemajuan fizikal dan pembentukan negara bangsa, iaitu rakyat berjati diri kebangsaan.

ANTARA SEJARAH DAN IDENTITI KEBANGSAAN

Tidak dapat dinafikan sumbangan etnik Cina melalui sosioekonomi, tinggi sekali. Ini dapat dilihat pada landskap komersial, perdagangan dan perusahaan di negara ini.

Namun sumbangan mereka dalam sosiobudaya, bukan sahaja amat rendah, malah boleh dipersoal pada banyak perkara.

Di sinilah timbulnya isu penggunaan istilah pendatang . Setelah beberapa generasi dilahirkan di Malaysia, iaitu sekurang-kurangnya empat generasi sejak pemberian kerakyatan pada 1957, etnik Cina tidak lagi wajar dianggap sebagai pendatang. Sebaliknya, mereka ialah rakyat Malaysia yang mempunyai taraf kewarganegaraan yang sama di sisi undang-undang.

Walaupun memiliki kewarganegaraan Malaysia, penerimaan terhadap etnik Cina dalam kalangan sebahagian masyarakat Melayu masih menjadi isu.

Hal ini dikaitkan dengan penguasaan bahasa Melayu yang dianggap masih lemah dalam kalangan sesetengah masyarakat Cina sejak dahulu hingga kini.

Begitu juga dengan kesediaan untuk berintegrasi sepenuhnya ke dalam struktur sosial Melayu, setelah sekian lama tertubuhnya negara ini. Hal ini ketara sekali apabila ramai etnik Cina pada masa dahulu sehingga kini yang tidak mengetahui cara hidup etnik Melayu sebagai penduduk asal dan tuan rumah di negara ini.

Walaupun keadaan ini sepatutnya tidak berlaku, istilah pendatang masih dianggap relevan oleh sesetengah pihak kerana beranggapan sebahagian etnik Cina belum mempunyai keterikatan yang kukuh dengan negara ini.

Meskipun beberapa generasi dilahirkan di Malaysia, sikap yang dianggap masih melihat diri sebagai orang luar dikatakan terus berlarutan, malah semakin ketara.

Keterikatan etnik Cina kepada negara ini tidak seharusnya terbatas pada aspek sosioekonomi semata-mata tetapi perlu merangkumi aspek sosiobudaya dan sosiopolitik. Hubungan ini perlu dibina berasaskan identiti kebangsaan Malaysia, dengan mengambil kira sejarah dan kedudukan Melayu-Islam serta hakikat negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Sebenarnya etnik Cina bukan sesekali pihak yang berhak mengakui secara kendiri bahawa mereka bukan lagi pendatang seperti dahulu tetapi sudah menjadi warganegara sah pada masa ini.

Sesungguhnya akuan begini perlu datang daripada etnik Melayu sendiri sebagai tuan rumah di bumi yang etnik Cina pijak dan langit yang mereka junjung.

Cadangan, malah seruan agar digugurkan istilah pendatang berdasarkan penanda masa, khususnya selepas 1957, bukan sahaja sangat tidak munasabah, juga amat keterlaluan. Ini kerana mereka mahu memadamkan proses pembentukan negara bangsa kita yang gagal selama ini, khususnya pada kalangan etnik bukan Melayu.

Sepatutnya istilah pendatang sudah bersifat sejarah, yakni hanya sebagai rujukan kepada leluhur etnik Cina yang pernah mendatangi tempat ini.

Namun ia tetap wujud kerana suasana sosial, budaya dan politiknya masih berkekalan tanpa adanya apa-apa jua perubahan ketara dari dahulu sehingga hari ini. – UTUSAN

PROFESOR Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong ialah Felo Majlis Profesor Negara (MPN) dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA).

The post Istilah pendatang sepatutnya tinggal sejarah appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Istilah pendatang sepatutnya tinggal sejarah
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.