Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Mini Tornado In Damansara Caused By Active Thunderstorm Clouds, Says MetMalaysia50'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil47Najib pending homecoming cut short; court rejects bid to stay 1MDB prison sentence44General : Johor JPJ To Meet P-hailing Operators Over Repeat Rider Offences44Pendatang Pakistan paling ramai ditahan JPJ, tiada lesen dan cukai jalan44Pemandu teksi antara penyokong paling setia ketika Reformasi 1998 - PM Anwar43General : AIAC Reforms To Strengthen Malaysia As International ADR Hub - Azalina40NAK JADI KETUA MENTERI MELAKA WANITA PERTAMA!40'Dulu semasa pembangkang, kita 'terpaling' suruh kerajaan jadi adil'39World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda37RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202736Man gets over 8 years’ prison for forcing 3-year-old to eat faeces
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Isu Kuil: Bukan soal siapa salah, tetapi cara mencari penyelesaian – Sathia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 14:10 MYTLatest activity 14 Oct, 14:10BMconfidence 60%

What happened

PUTRAJAYA: Isu pembinaan kuil tanpa kelulusan yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu perlu diselesaikan secara menyeluruh bagi mengelakkan masalah sama terus berulang pada masa depan. (Utusan Malaysia, 14:10)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Isu Kuil: Bukan soal siapa salah, tetapi cara mencari penyelesaian – Sathia

By MOHD. HUSNI MOHD. NOOR · 14 Oct, 14:10 MYT

PUTRAJAYA: Isu pembinaan kuil tanpa kelulusan yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu perlu diselesaikan secara menyeluruh bagi mengelakkan masalah sama terus berulang pada masa depan.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan berkata, kerajaan perlu mengambil peluang membetulkan kelemahan sedia ada tanpa menjadikan isu itu sebagai pertikaian politik atau menyalahkan mana-mana pihak.

Beliau berkata, isu kuil yang berlarutan sejak 50 hingga 60 tahun lalu bukan perkara baharu dan memerlukan pendekatan yang lebih tersusun serta berlandaskan undang-undang.

“Persoalan yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana premis yang tidak mempunyai kelulusan atau dokumen pemilikan sah boleh mendapat bekalan asas seperti elektrik dan air.

“Kalau kita tengok bukan secara tempat ibadat sahaja, ada rumah-rumah juga, ada banyak kawasan-kawasan tanah, rumah-rumah juga yang sepatutnya apabila tengok kerja-kerja rumah singgah dan sebagainya, tetapi elektrik ada, air ada. Macam mana dapat?” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, isu berkenaan bukan hanya melibatkan rumah ibadat, malah turut membabitkan aspek perumahan dan penggunaan tanah yang perlu diteliti secara menyeluruh.

Sathia berkata, kerajaan juga perlu memastikan isu agama tidak dijadikan alat untuk memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menurutnya, masyarakat Melayu, Cina dan India boleh hidup bersama tanpa masalah, justeru isu berkenaan tidak seharusnya dimanipulasi sehingga mencetuskan ketegangan antara kaum.

“Usaha kerajaan ketika ini perlu dimanfaatkan untuk mencari penyelesaian yang baik, termasuk menasihatkan pengurusan kuil supaya mendapatkan dokumen dan kelulusan yang sah bagi mengelakkan masalah sama berulang dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

“Penggunaan istilah seperti ‘haram’ dalam membincangkan isu berkenaan turut perlu ditangani dengan berhati-hati kerana boleh menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat.

“Masalahnya orang jadi sensitif, orang jadi marah. Kawan-kawan Hindu saya rasa, dia 100 tahun dah ada di sana. Kenapa perlu gunakan perkataan itu?” katanya.

Dalam pada itu, Sathia berkata, aspek tadbir urus dan pemantauan organisasi yang menguruskan rumah ibadat juga perlu diberi perhatian bagi memastikan wujudnya sistem semak dan imbang yang berkesan. – UTUSAN

The post Isu Kuil: Bukan soal siapa salah, tetapi cara mencari penyelesaian – Sathia appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow15:00
Latest 15:28 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
14 Oct, 14:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    14:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.