
Malaysia sasar 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2030
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan kemasukan kira-kira 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2030 dalam usaha memperkukuh kedudukan negara sebagai destinasi pilihan bagi melanjutkan pengajian tinggi. (Utusan Malaysia, 19:13)
Read the reporting
2 reports
Kehadiran pelajar antarabangsa diunjur sumbang RM16 bilion setahun
KUALA LUMPUR: Kehadiran pelajar antarabangsa di institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan diunjurkan menyumbang sekurang-kurangnya RM16 bilion setahun kepada ekonomi negara, tidak termasuk kesan limpahan daripada pelbagai kegiatan ekonomi lain.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, unjuran itu belum mengambil kira kegiatan ekonomi lain yang turut menjana pendapatan kepada pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menurutnya, unjuran berkenaan juga belum mengambil kira manfaat ekonomi lain yang dapat dinikmati pelbagai pihak menerusi kehadiran pelajar antarabangsa di Malaysia.
“Unjuran yang dibuat adalah sebanyak sekurang-kurangnya RM16 bilion setiap tahun. Itu kita belum tengok kesan limpahan ekonomi daripada pelbagai kegiatan ekonomi lain.
“Kalau kita tengok dari segi pelbagai kegiatan ekonomi yang lain, ia juga dapat menjana pendapatan bagi kumpulan-kumpulan NGO dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar sempena program International Young Future Leaders Summit (iFUTURE) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.
Tambah Zambry, Malaysia ketika ini menerima kira-kira 170,000 pelajar antarabangsa dari 180 negara yang mengikuti pengajian di IPT tempatan.
Katanya, jumlah itu dijangka terus meningkat dengan sasaran kerajaan untuk mencapai kira-kira 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2030.
“Dalam usaha mencapai sasaran berkenaan, Kementerian Pendidikan Tinggi turut memberi perhatian kepada kepelbagaian negara asal pelajar supaya kemasukan mereka tidak hanya tertumpu kepada negara tertentu.
“Kehadiran pelajar dari pelbagai negara penting bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk melanjutkan pengajian tinggi.
“Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, penganjuran iFUTURE yang menghimpunkan lebih 1,200 pemimpin pelajar dari 60 negara juga merupakan antara sumbangan Malaysia dalam pembangunan kepimpinan generasi muda di peringkat antarabangsa,” katanya.- UTUSAN
The post Kehadiran pelajar antarabangsa diunjur sumbang RM16 bilion setahun appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia19:13
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.