
Isu Rohingya: Kerajaan Kelantan tiada kuasa halang pemilik sewakan tanah, rumah kepada warga asing
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Isu Rohingya: Kerajaan Kelantan tiada kuasa halang pemilik sewakan tanah, rumah kepada warga asing (Harian Metro, 09:27)
Read the reporting
1 report
Isu Rohingya: Kerajaan Kelantan tiada kuasa halang pemilik sewakan tanah, rumah kepada warga asing
nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: Kerajaan negeri tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana individu yang menyewakan kediaman dan tanah mereka kepada warga asing termasuk komuniti Rohingya.
EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, ia berikutan aset itu adalah hak mutlak pemilik.
Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya boleh mengambil tindakan sekiranya komuniti berkenaan mendirikan kediaman di tanah milik kerajaan kerana ia dianggap menceroboh.
"Mana-mana individu yang menyewakan tanah atau rumah kepada warga asing dan komuniti Rohingya, itu adalah hak mutlak mereka dan kita tiada hak untuk ambil tindakan.
"Begitu juga seperti di Lembah Klang, kediaman disewakan kepada warga asing. Itu tidak tidak menjadi kesalahan memandangkan harta mereka.
"Melainkan komuniti berkenaan menceroboh tanah milik kerajaan atau menjalankan perniagaan atau bekerja tanpa permit, itu baru boleh diambil tindakan.
"Untuk membendung masalah komuniti Rohingya, ia memerlukan kesedaran dalam kalangan pemilik tanah atau kediaman itu sendiri, jika tidak mahu kedatangan komuniti itu makin bertambah jangan sewakan kepada Rohingya sama ada rumah dan sebagainya," katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun, beliau berkata, ada dalam kalangan penduduk yang simpati kepada etnik itu sehingga menyewakan kediaman kepada komuniti berkenaan selain ada yang memikirkan soal kewangan.
"Namun untuk memantau kumpulan ini ia adalah bidang kuasa Jabatan Imigresen. Di pihak kami sebagai PBT kita hanya boleh mengambil tindakan tertentu yang membabitkan undang-undang PBT," katanya.
Semalam, media melaporkan ladang sirih seluas lebih dua hektar yang didakwa diusahakan etnik Rohingya di Kampung Padang Guchil sejak beberapa tahun lalu menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk setempat.
Ladang dibina dengan junjung kayu secara tersusun itu difahamkan disewa daripada pemilik tanah yang berada di luar Kelantan pada kadar RM600 hingga RM1,000 bagi setiap hektar, sebelum hasilnya dijual kepada pemborong.
Jika sebelum ini, kawasan itu seperti hutan terbiar, namun berubah menjadi ladang sirih sejak beberapa tahun lalu selepas disewa kepada komuniti berkenaan.
Lebih membimbangkan, penduduk mendakwa kehadiran etnik Rohingya di kampung berkenaan hanya bermula dengan sekitar 15 orang lebih 10 tahun lalu, namun kini didakwa meningkat kepada hampir 100 orang.
Sementara itu, ditanya berkenaan ladang sirih yang disita PBT, Hilmi berkata, tindakan itu diambil kerana ladang berkenaan dianggap melanggar syarat tanah.
"Syarat nyata kegunaan lot tanah berkenaan adalah tanaman getah dan dusun, namun ia ditanam dengan tanaman sirih dan itu menjadi kesalahan selain tiada permohonan dibuat untuk perancangan ladang.
"Bagi pembinaan, bangunan kediaman itu disita kerana tiada permohonan dibuat atau tidak mendapatkan permit permohonan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro09:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.