Malaysian Attention Engine
Live wire
47Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia44Kedah police: Motorcycle theft allegation believed to have led to teen’s torture death44Pelajar maut, rakan cedera motosikal rempuh lori43Russell could take next engine penalty in Las Vegas41‘We send oxygen when there’s no smoke’: Indonesian official brushes off haze criticism in Malaysia, Singapore40General : Ahmad Zahid To Begin Five-Day Working Visit To China Tomorrow40World : Iran Offers To Mediate Between Saudi Arabia, Houthis Amid Regional Escalation39Lelaki dibelasah guna topi keledar, lima individu dicari polis36Zakat ke atas simpanan KWSP wajar diperkenalkan36Khidmat tren KLIA Ekspres alami gangguan, kabel terputus35Asyraf Wajdi cari pelajar tular raih SPM 10A tangguh pengajian34Business : KLIA To Conduct Full-scale Emergency Exercise On Wednesday – MAHB
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

Itu pelekat iklan, tetap tak boleh bawa haiwan peliharaan masuk LRT – Rapid KL

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 16:20 MYTLatest activity 12 Oct, 16:20BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Rapid KL menjelaskan pelekat bertulis ‘Mesra Haiwan Peliharaan’ yang dilihat pada tempat duduk sebuah tren merupakan sebahagian daripada bahan pengiklanan dan bukan petanda haiwan peliharaan dibenarkan menaiki pengangkutan awam berkenaan. (Kosmo!, 16:20)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·1 min read

Itu pelekat iklan, tetap tak boleh bawa haiwan peliharaan masuk LRT – Rapid KL

By KOSMO! · 12 Oct, 16:20 MYT

PETALING JAYA – Rapid KL menjelaskan pelekat bertulis ‘Mesra Haiwan Peliharaan’ yang dilihat pada tempat duduk sebuah tren merupakan sebahagian daripada bahan pengiklanan dan bukan petanda haiwan peliharaan dibenarkan menaiki pengangkutan awam berkenaan.

Penjelasan itu dibuat selepas seorang pengguna Threads, @batrisyiardani_ mempersoalkan kewujudan pelekat berkenaan sehingga menimbulkan kekeliruan mengenai dasar membawa haiwan peliharaan ke dalam LRT.

“Salam hormat, sebenarnya itu pelekat iklan, ada satu set sebaris itu. Untuk makluman, haiwan jenis apa pun tidak dibenarkan dibawa naik tren atau bas kami. Harap maklum, terima kasih,” kata Rapid KL menerusi akaun rasminya.

Terdahulu, pengguna berkenaan memuat naik gambar pelekat tersebut sambil mempersoalkan sama ada perkhidmatan LRT kini mesra haiwan peliharaan.

“Aku naik LRT hari-hari tahu, tapi sejak bila pula LRT jadi mesra haiwan? Takkan nak duduk sama-sama dengan anjing pula,” tulisnya.

Bagaimanapun, penjelasan Rapid KL itu turut mengundang reaksi pengguna media sosial yang menyifatkan paparan iklan berkenaan boleh mengelirukan orang ramai.

Pemilik hantaran asal mencadangkan supaya cara iklan berkenaan dipaparkan diubah bagi mengelakkan salah faham.

“Mungkin boleh ubah cara iklan itu dipaparkan. Kalau macam ini memang boleh salah faham dan nanti ada yang bawa sahaja. Sekadar cadangan,” katanya.

Seorang pengguna, @aidayaticy turut menyifatkan pelekat berkenaan sebagai sangat mengelirukan.

“Kalau seseorang faham secara berbeza dan memilih untuk membawa haiwan peliharaan mereka ke dalam tren, itu bukan salah mereka. Saya tidak akan menyalahkan mereka. Tolong pertimbangkan untuk menukar pelekat itu,” katanya.

Sementara itu, @nojie_crochetsempoi pula berkata, paparan sedemikian dibimbangi menyebabkan orang ramai menyangka haiwan peliharaan dibenarkan dibawa menaiki tren.

“Pelekat ini mengelirukan sebab nanti memang akan ada yang bawa naik segala haiwan walaupun mereka dah tahu tak boleh bawa haiwan,” katanya.– KOSMO! ONLINE

The post Itu pelekat iklan, tetap tak boleh bawa haiwan peliharaan masuk LRT – Rapid KL appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow17:0018:0019:0020:00
Latest 20:44 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
12 Oct, 16:20 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    16:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Itu pelekat iklan, tetap tak boleh bawa haiwan peliharaan masuk LRT – Rapid KL · Malaysian Attention Engine