Malaysian Attention Engine
Live wire
52Pedro, Endrick, Engku Shakir kembali perkuat Star City FC46World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport46General : Haze: Johor Extends Closure Of Schools, Educational Institutions Until Oct 1643Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix36Malayan Tigress pesta gol belasah Iraq 4-035Bayu Seafood tawar makanan laut premium, pilihan segar dalam akuarium35Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara34Motorsport: Motor racing-Singapore sprint delayed due to heavy rain34Hamilton lebih teruja berlumba di litar basah GP Singapura34World : FIA Admits Human Error Affects Singapore GP Sprint Qualifying33Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok
NewUnconfirmedupdated 7 h ago

Zakat ke atas simpanan KWSP wajar diperkenalkan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
15
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 15:35 MYTLatest activity 11 Oct, 15:35BMconfidence 60%

What happened

PERBINCANGAN mengenai zakat ke atas simpanan persaraan terus mendapat perhatian, khususnya mengenai pendekatan yang boleh diambil untuk membantu pencarum menunaikan kewajipan tersebut dengan lebih teratur dan jelas.Dalam konteks Simpanan Shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), perkara itu turut mendapat perhatian susulan perbincangan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-125 yang bersidang pada 24 hingga 26 September 2024.Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berpandangan, pendekatan zakat perniagaan bagi Simpanan Shariah waj (Sinar Harian, 15:35)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Zakat ke atas simpanan KWSP wajar diperkenalkan

By ROSKHOIRAH YAHYA · 11 Oct, 15:35 MYT

PERBINCANGAN mengenai zakat ke atas simpanan persaraan terus mendapat perhatian, khususnya mengenai pendekatan yang boleh diambil untuk membantu pencarum menunaikan kewajipan tersebut dengan lebih teratur dan jelas.Dalam konteks Simpanan Shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), perkara itu turut mendapat perhatian susulan perbincangan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-125 yang bersidang pada 24 hingga 26 September 2024.Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berpandangan, pendekatan zakat perniagaan bagi Simpanan Shariah wajar dilihat sebagai satu kaedah yang dapat membantu ahli menunaikan kewajipan zakat dengan lebih teratur."Keputusan muzakarah tersebut memberi asas kepada pendekatan zakat perniagaan bagi Simpanan Shariah, termasuk peranan institusi dalam membantu memudahkan urusan zakat pencarum."Pendekatan sedemikian juga dapat memberikan lebih kejelasan kepada pencarum berhubung tanggungjawab zakat mereka, terutama apabila melibatkan simpanan yang diurus dan dilaburkan secara kolektif bagi tujuan persaraan," katanya.Dalam pada itu, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, pendekatan secara institusi boleh membantu pencarum menunaikan kewajipan zakat dengan lebih teratur, di samping mengurangkan kemungkinan berlakunya kekeliruan atau tunggakan pada masa hadapan."Usaha memudahkan urusan zakat juga penting dalam memastikan tanggungjawab terhadap zakat dapat dilaksanakan dengan baik, sekali gus memelihara hak golongan asnaf," katanya.Sementara itu, pakar kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad berpandangan bahawa perbincangan mengenai zakat perniagaan dalam konteks Simpanan Shariah perlu mengambil kira struktur pelaburan dan akad Wakalah yang tersendiri.Menurut beliau, sebarang pelaksanaan perlu mengambil kira kaedah taksiran, kadar, tempoh penilaian serta kaedah pembayaran yang selaras dengan ketetapan pihak berkuasa zakat negeri."Perkara tersebut penting bagi memastikan sebarang pendekatan berkaitan zakat bukan sahaja mudah difahami oleh pencarum tetapi turut mengambil kira aspek hukum serta bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri," katanya.Bagi Ketua Strategi dan Risiko Azman Hashim International Business School, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Razli Ramli pula berkata, pengalaman institusi seperti Lembaga Tabung Haji boleh dijadikan antara rujukan dalam melihat bagaimana urusan zakat dapat dipermudahkan secara institusi.Bagaimanapun, beliau berkata, pendekatan yang digunakan perlu mengambil kira sifat dan tujuan KWSP sebagai sebuah dana persaraan."Penyelarasan juga penting kerana urusan zakat berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri masing-masing," katanya.Beliau berkata, penerangan yang jelas kepada pencarum amat penting bagi memastikan masyarakat memahami asas hukum, rasional serta pendekatan zakat yang berkaitan dengan Simpanan Shariah.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow17:0020:0023:00
Latest 23:07 MYT
15New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
11 Oct, 15:35 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    15:35

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Zakat ke atas simpanan KWSP wajar diperkenalkan · Malaysian Attention Engine