Malaysian Attention Engine
Live wire
85General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar85General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon75Business : Govt To Provide 50 Acres Of KL Land Worth RM1 Bln For Bumiputera Agenda74Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing73Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara65Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat64Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan62Semua doktor yang tamat latihan siswazah ditawarkan jawatan tetap secara automatik61General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income61Kerajaan pinda akta, pemandu mabuk atau pengaruh dadah wajib bayar pampasan59Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,00058Belanjawan 2027: Johor Bahru bakal laksana e-ART, Lembah Klang dapat RM100 juta atasi banjir kilat
NewUnconfirmedupdated 5 h ago

‘Jadi Hang Tuah macam pikul batu jemala besar’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 11:23 MYTLatest activity 9 Oct, 11:23BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Aktor Aqasha mengakui tanggungjawab menghidupkan watak Hang Tuah dalam sebuah karya epik Puteri Gunung Ledang The Muzikal (PGLM) watak paling berat yang pernah dijayakan sebagai anak seni sejak lebih 20 tahun lalu. (Kosmo!, 11:23)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

‘Jadi Hang Tuah macam pikul batu jemala besar’

By TENGKU SUZANA RAJA MAMAT · 9 Oct, 11:23 MYT

PETALING JAYA – Aktor Aqasha mengakui tanggungjawab menghidupkan watak Hang Tuah dalam sebuah karya epik Puteri Gunung Ledang The Muzikal (PGLM) watak paling berat yang pernah dijayakan sebagai anak seni sejak lebih 20 tahun lalu.

Bukan satu tugas mudah , tambahan pula katanya gambaran sempurna figura legenda itu sudah ada jangkaan tinggi di jiwa khalayak.

Menurut Aqasha, 42, watak itu sendiri sudah amanah yang menuntut pengorbanan daripadanya dari awal latihan sehingga akhir pementasan kelak.

“Saya tak nafikan, mempersembahkan sesebuah watak seperti Hang Tuah merupakan satu tugas yang berat untuk seorang pelakon. Saya rasa macam ada batu jemala besar duduk atas bahu ini.

“Tapi saya terima jangkaan ramai itu dengan positif, Saya tahu, sesiapa yang datang tengok karya epik ini, pasti mahu tengok seorang Hang Tuah yang kaya budi bahasa, segak, tangkas dan menjaga pekerti.

“Sebenarnya banyak juga benda yang saya kena fikir dan perlu usaha mencari semua itu demi menghidupkan seorang Hang Tuah ini,” ujarnya yang berasakan Hang Tuah sebagai hero sejati yang penuh kesempurnaan.

Berkongsi lanjut, Aqasha memberitahu karakter tersebut perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada dirinya selepas berbulan-bulan menjalani latihan.

“Saya cuma boleh cakap mungkin Hang Tuah itu baru 60-70 peratus dalam diri saya.

“Seperti saya cakap. proses mengenali satu karakter itu tak habis-habis.

“Sebab setiap watak dilihat daripada pelbagai sudut dan akan ada ruang perspektif yang berbeza. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik,”ujarnya yang pernah melakonkan ‘understudy’ watak Hang Tuah dalam PGLM sekitar 20 tahun lalu.

Semakin sebati, dia berkata karakter sopan dan penuh beradab dimiliki Hang Tuah sedikit sebanyak terbawa-bawa dalam kehidupan seharian termasuk cara bertutur dan pergerakannya.

“Kalau seorang Hang Tuah tu kalau nak berjalan, dia tak boleh terus melakukannya sebaliknya perlu dilakukan minta izin dan buat secara beradab. Barulah nampak Melayu.

“Kalau dulu waktu rehat, saya akan jerit ‘kita pergi break’ tetapi sekarang ‘kita pergi makan’. Semuanya memang automatik ada dalam diri sebab kita tak nak mengecewakan orang yang melihat Hang Tuah itu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia turut mengalami kecederaan kecil sepanjang menjalani latihan namun menganggapnua sebagai pengorbanan yang perlu dilalui oleh seorang pelakon.

“Pengorbanan untuk Hang Tuah sangat besar termasuk beberapa kali kaki saya cedera, terkehel dan kulit kaki koyak.

“Tapi saya seronok kerana sebab setiap hari latihan dianggap sebuah perjalanan menghidup dan mengenali Hang Tuah,” jelasnya turut turun sekitar lima kilogram sejak memulakan latihan

Selain Aqasha, PGLM yang juga arahan Puan Sri Tiara Jacquelina itu turut dibarisi Mila Mohsin dan Aisha Retno sebagai Gusti Putri, Mimi Fly dan Nadia Aqilah (Bayan), Luqman Hafidz (Sultan Melaka) serta Yusof Hashim (Gusti Adipati). Naskhah yang menjadi naskhah pembuka tirai The Grand Theatre, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway Square tersebut akan dipentaskan bermula 31 Oktober hingga 15 November depan. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Jadi Hang Tuah macam pikul batu jemala besar’ appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow12:0013:0014:0015:0016:0017:00
Latest 17:03 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
9 Oct, 11:23 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    11:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

‘Jadi Hang Tuah macam pikul batu jemala besar’ · Malaysian Attention Engine