Malaysian Attention Engine
Live wire
60RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202759Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara57Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202752General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon50General : Budget 2027: RM22 Bln For KDN Reflects Govt's Commitment To Peace – Saifuddin Nasution49Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor45Wan Ahmad Fayhsal dibenar keluar HKL45Bank Negara allocates additional RM5bil for SME relief facility44General : Budget 2027: PDRM To Strengthen Operational Capabilities, Combat Digital Crime - IGP44Jenayah kewangan semakin kompleks tuntut SPRM perkasa teknologi43Rakyat Malaysia di Arab Saudi diarah elak kawasan berisiko tinggi42World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

‘Jaga hati orang, jangan keterlaluan beri pendapat’ – Fasha Sandha

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 19:58 MYTLatest activity 9 Oct, 19:58BMconfidence 60%

What happened

AMPANG – Ketika isu membabitkan Malaysia dan Indonesia kembali mencetuskan perdebatan, pelakon Fasha Sandha mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menyuarakan pendapat, terutama apabila perkara tersebut menyentuh sensitiviti dua negara. (Kosmo!, 19:58)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·1 min read

‘Jaga hati orang, jangan keterlaluan beri pendapat’ – Fasha Sandha

By MUHAMMAD HAIKAL RAMLI · 9 Oct, 19:58 MYT

AMPANG – Ketika isu membabitkan Malaysia dan Indonesia kembali mencetuskan perdebatan, pelakon Fasha Sandha mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menyuarakan pendapat, terutama apabila perkara tersebut menyentuh sensitiviti dua negara.

Ujar Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 41, perbezaan pendapat perlu diraikan secara matang tanpa mengetepikan adab dan rasa hormat, lebih-lebih lagi apabila melibatkan hubungan antara dua negara jiran.

“Isu ini sangat sensitif untuk diulas. Namun, bagi saya, apa sahaja perkara yang kita perkatakan, jangan sampai mengguris hati orang lain.

“Kita boleh memberikan pendapat dan pandangan masing-masing, tetapi jangan keterlaluan kerana ada hati serta perasaan orang lain perlu dijaga,” katanya kepada Kosmo! Online:

Bercakap mengenai isu jerebu, bintang drama Doa Yang Terlindung itu enggan mengulas secara mendalam memandangkan perkara tersebut berkait rapat dengan keselamatan dan kesihatan orang ramai.

Pun begitu, dia menyarankan masyarakat supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta mengutamakan kesejahteraan diri dan keluarga ketika berdepan keadaan berkenaan.

“Pendapat saya mengenai isu jerebu ini, setiap orang perlu menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing, terutama demi keluarga.

“Ambillah langkah terbaik untuk diri sendiri serta keluarga.

“Saya tidak mahu memberikan komen terlalu jauh kerana isu ini sangat sensitif sekarang. Takut tersalah cakap, jadi lebih baik kita mendapatkan pandangan doktor,” ujarnya pada tayangan akhir drama Kasih Yang Terkorban, di sini, hari ini.

Isu jerebu dan bola sepak sering menjadi antara perkara mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat Malaysia dan Indonesia.

Dalam situasi sedemikian, selebriti serta pempengaruh turut menjadi perhatian apabila menyuarakan pandangan di media sosial, khususnya apabila kenyataan mereka berpotensi mengundang salah faham atau menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

Segelintir netizen turut memuji pendekatan artis tempatan kerana berpendapat mereka lebih berhati-hati ketika mengulas isu sensitif, selain memilih untuk memberikan sokongan kepada negara sendiri tanpa perlu memperlekeh pihak lain. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Jaga hati orang, jangan keterlaluan beri pendapat’ – Fasha Sandha appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow21:0022:0023:00
Latest 23:00 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
9 Oct, 19:58 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    19:58

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

‘Jaga hati orang, jangan keterlaluan beri pendapat’ – Fasha Sandha · Malaysian Attention Engine