
Jam tangan RM4.8 juta bawa tuah buat Lampard?
Only social or community posts, or a single source.
What happened
LONDON: Frank Lampard mungkin menemui azimat bertuahnya apabila Coventry City mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), termasuk membelasah Newcastle United 4-1, minggu lalu. (Berita Harian, 09:39)
Read the reporting
1 report
Jam tangan RM4.8 juta bawa tuah buat Lampard?
LONDON: Frank Lampard mungkin menemui azimat bertuahnya apabila Coventry City mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), termasuk membelasah Newcastle United 4-1, minggu lalu.
Kemenangan itu hadir selepas Coventry menewaskan Nottingham Forest 1-0 sebelum rehat antarabangsa, sekali gus mencetuskan perhatian terhadap koleksi jam tangan mewah yang dipakai pengurus itu pada hari perlawanan.
Ketika menentang Forest dan Newcastle, Lampard memakai Patek Philippe Grand Complications 5316/50P-001 yang dianggarkan bernilai 879,490 pound (RM4.8 juta), jam tangan termahal yang diperagakannya musim ini.
Sebelum itu, bekas pemain England berkenaan memakai Patek Philippe Nautilus Chronograph bernilai 196,560 pound (RM1.06 juta) ketika Coventry tewas 0-3 kepada Arsenal dalam aksi pembukaan liga.
Ketika tewas kepada Hull City, dia beralih kepada Patek Philippe Aquanaut Chronograph bernilai 102,229 (RM556,000), sebelum memakai Patek Philippe Nautilus yang bernilai lebih 113,000 pound (RM614,584) dalam kekalahan kepada Manchester City dan Brighton.
Keseluruhan empat jam tangan itu dianggarkan bernilai 1.29 juta pound (RM7.02 juta).
Sama ada pertukaran jam tangan itu membawa tuah atau tidak, Lampard sebelum ini mengakui dirinya seorang yang kuat mempercayai perkara tahyul.
Ketika mengendalikan Chelsea pada 2019, dia mendedahkan rutin hariannya termasuk membawa anjing berjalan pada waktu dan laluan tertentu serta memastikan kayuhan basikal di gimnasium berlangsung tepat 50 minit.
Lampard mengakui perubahan rutin kadangkala membuatkannya bimbang ia boleh mempengaruhi keputusan perlawanan.
Coventry kini akan bertandang ke Tottenham, awal pagi esok, dengan Lampard berpeluang meneruskan rentak kemenangan bersama jam tangan mewah yang mungkin menjadi azimat terbaharunya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian09:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.