Malaysian Attention Engine
Live wire
57Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB54Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB47Perselisihan rumah tangga disyaki jadi punca46Pang Ron-Pei Jing kejutkan gandingan Jepun45El Nino: Nelayan pantai antara terkesan44General : Government Supports Efforts To Strengthen Islamic Scholarship For Ummah - Anwar43Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia41Business : Malaysia's Economy Expands 5.3 Pct In 3Q 2026, Growth Across Sectors -- DOSM40Fashion Valet terima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah, PNB - Saksi40Prabowo lulus terima bantuan Malaysia padam kebakaran hutan40Guru tuisyen ditahan lakukan amang seksual terhadap lima pelajar lelaki40'I don't want to see you!': Tuanku Muhriz dresses down N Sembilan MB over throne dispute
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Jangan hukum mahasiswa kerana pandangan politik - DAP

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 17:37 MYTLatest activity 16 Oct, 17:37BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM - Kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan pentadbiran Universiti Malaya (UM), digesa tidak mengenakan tindakan tatatertib terhadap seorang pelajar universiti itu yang mengkritik tindakan orang ramai menderma kepada Datuk Seri Najib Razak bagi tujuan tahanan di rumah.Gesaan itu dikemukakan menerusi kenyataan bersama 13 individu daripada DAP yang menyatakan solidariti terhadap pelajar berkenaan susulan kecaman diterimanya daripada sebahagian masyarakat.Mereka berkata, isu itu mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan bersuara, kematangan berpolitik dan hak mahasiswa (Sinar Harian, 17:37)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·3 min read

Jangan hukum mahasiswa kerana pandangan politik - DAP

By MOHD AZLIM ZAINURY · 16 Oct, 17:37 MYT

SHAH ALAM - Kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan pentadbiran Universiti Malaya (UM), digesa tidak mengenakan tindakan tatatertib terhadap seorang pelajar universiti itu yang mengkritik tindakan orang ramai menderma kepada Datuk Seri Najib Razak bagi tujuan tahanan di rumah.Gesaan itu dikemukakan menerusi kenyataan bersama 13 individu daripada DAP yang menyatakan solidariti terhadap pelajar berkenaan susulan kecaman diterimanya daripada sebahagian masyarakat.Mereka berkata, isu itu mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan bersuara, kematangan berpolitik dan hak mahasiswa menyuarakan pandangan terhadap perkara berkepentingan awam.Menurut kenyataan itu, mahasiswa bukan sekadar golongan yang menuntut ilmu di menara gading, malah bakal pemimpin yang akan mentadbir negara pada masa hadapan.Justeru, mereka perlu diberikan ruang sewajarnya untuk mengemukakan pandangan, mengkritik dasar dan mempersoalkan isu semasa tanpa dibayangi ketakutan terhadap kecaman, ugutan atau tekanan daripada mana-mana pihak."Kami tegas menyokong prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan berfikir dalam kalangan mahasiswa."Universiti seharusnya menjadi medan pembentukan pemikiran yang matang, terbuka dan progresif, bukannya ruang yang membungkam suara anak muda," menurut kenyataan itu pada Jumaat.Kenyataan bersama itu dikeluarkan Naib Ketua DAPSY Selangor, Nur Rahim Nasir; Edry Faizal, Ahli DAP Cawangan Alam Jaya; Muhammad Shakir Ameer Mohideen, Pengerusi DAP Cawangan Setia Impian, Shah Alam; dan Farhan Haziq, Pengerusi DAP Cawangan Bandar Baru Bangi.Turut menandatangani kenyataan itu ialah Abdul Majid Abd Aziz, Setiausaha DAP Cawangan Pekan Paloh; Nor Miswary Ramli, Pengerusi DAP Cawangan Pusat Bandar Shah Alam; Shukri Mokhtar, Ahli DAP Cawangan Kampung Baru Bt 9 Cheras; Muhammad Najib Anuar, Ahli DAP Taman Kemuncak; dan Mohd Aslam Ahmad Ramli, Pengerusi DAP Cawangan Kampung Tunku SS1.Lima lagi ialah Muhammad Muzamir Abdul Rahman, Ahli DAP Taman Kemuncak; Muhammad Nurhadi, Ahli DAP Bandar Baru Bangi; Izzul Afiq, Setiausaha DAP Cawangan Taman Kemuncak; serta Azfar Faruqi Mohamad Idris dari DAP Cawangan Taman Seroja.Mereka turut menggalakkan mahasiswa supaya terus berani bersuara, berfikir secara kritis dan mempertahankan prinsip yang diyakini berlandaskan fakta serta hujah munasabah.Menurut kenyataan itu, sebarang perbezaan pandangan hendaklah ditangani melalui dialog sihat dan perbahasan intelektual, bukannya usaha menakut-nakutkan, memperlekeh atau memberikan tekanan kepada mahasiswa yang menyuarakan pendirian mereka.Mereka berkata, kritikan terhadap pandangan mahasiswa tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyekat hak mereka bersuara, manakala semua pihak berkepentingan perlu menunjukkan teladan dalam menghormati perbezaan pendapat serta menggalakkan budaya wacana terbuka dan bertanggungjawab."Mahasiswa perlu menyampaikan pandangan secara berhemah dan berasaskan fakta, namun penggunaan bahasa yang keras sekalipun tidak seharusnya secara automatik dijadikan alasan untuk menafikan hak mereka menyertai perbincangan mengenai isu nasional," menurut kenyataan itu.Mereka turut menegaskan pendirian berkenaan selaras dengan aspirasi reformasi pendidikan tinggi dan komitmen yang pernah diperjuangkan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).Menurut mereka, usaha itu penting bagi menjamin kebebasan akademik, autonomi universiti serta hak mahasiswa untuk bersuara tanpa rasa takut.Sehubungan itu, kerajaan dan institusi pengajian tinggi sewajarnya menjadi benteng yang melindungi kebebasan mahasiswa, bukannya menggunakan mekanisme tatatertib untuk menyekat perbezaan pandangan, selaras dengan semangat kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.Mereka turut menyeru semua pihak menghentikan sebarang bentuk ugutan, intimidasi dan tekanan terhadap mahasiswa yang menyuarakan pandangan secara aman."Negara ini memerlukan generasi pemimpin yang berani mempertahankan prinsip, bukan generasi yang memilih untuk berdiam diri kerana takut akan akibat bersuara."Kami berdiri teguh bersama kebebasan bersuara mahasiswa dan menegaskan bahawa suara anak muda mesti diberikan ruang, dihormati serta dinilai berdasarkan hujah, bukannya dibungkam melalui tekanan," menurut kenyataan sama.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:0019:00
Latest 19:34 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
16 Oct, 17:37 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    17:37

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.