
Jangan salah gua AMLA untuk jejas aktiviti sah masyarakat sivil - SUHAKAM
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa pihak berkuasa menyemak segera pembekuan akaun bank dan sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas aktivis hak asasi manusia MANDIRI, Amir Hariri Abdul Hadi dan Dobby Chew (Hayat). (Berita Harian, 17:38)
Read the reporting
1 report
Jangan salah gua AMLA untuk jejas aktiviti sah masyarakat sivil - SUHAKAM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa pihak berkuasa menyemak segera pembekuan akaun bank dan sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas aktivis hak asasi manusia MANDIRI, Amir Hariri Abdul Hadi dan Dobby Chew (Hayat).
Selain itu, SUHAKAM juga menggesa pihak berkuasa memberikan justifikasi undang-undang jelas dan memastikan akses kepada dana bagi menampung perbelanjaan sara hidup yang perlu serta operasi organisasi terbabit.
SUHAKAM berkata, sebarang sekatan yang tidak dapat dijustifikasikan dengan sewajarnya di bawah undang-undang hendaklah ditarik balik tanpa berlengah.
"Kedaulatan undang-undang hendaklah melindungi integriti penyiasatan jenayah dan kebebasan asasi individu yang sedang disiasat.
"Pembela hak asasi manusia dan organisasi masyarakat sivil seharusnya dapat melaksanakan tugas mereka yang sah tanpa intimidasi, campur tangan tidak wajar atau penyalahgunaan kuasa penguatkuasaan," kata SUHAKAM dalam satu kenyataan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Amir Hariri yang juga Pengarah Eksekutif MANDIRI dan Chew selaku Pengarah Kewangan Hayat, ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Mereka berdua masing-masing ditahan mengikut Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.
SUHAKAM memaklumkan, pihaknya mengambil maklum kedudukan kedua-dua individu terbabit sudah dibebaskan namun kebimbangan masih wujud berhubung sekatan dikenakan serta implikasinya terhadap hak asasi.
Ia menegaskan bahawa kuasa penyiasatan hendaklah dilaksanakan selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang, jaminan perlembagaan serta prinsip keperluan dan kewajaran.
"Prinsip anggapan tidak bersalah hendaklah dihormati dan tindakan penguatkuasaan tidak boleh dijadikan alat untuk mengugut atau menghukum seseorang sebelum liabiliti jenayah dibuktikan.
"Pendidikan politik, advokasi dasar dan kritikan terhadap dasar kerajaan adalahaktiviti yang sah dalam sebuah negara demokrasi," katanya.
SUHAKAM berkata, organisasi masyarakat sivil dan pembela hak asasi manusia memainkan peranan penting dalam menggalakkan penyertaan awam, memperkukuh ketelusan serta kebertanggungjawaban institusi.
Katanya, aktiviti sedemikian tidak seharusnya dianggap sebagai suatu kesalahan jenayah atau dijadikan alasan untuk melakukan intimidasi hanya kerana mempersoalkan dasar atau keputusan kerajaan.
"Sehubungan itu, SUHAKAM menegaskan bahawa Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) tidak boleh disalahgunakan untuk menjejaskan aktiviti sah masyarakat sivil.
"Siasatan di bawah Seksyen 4(1) hendaklah disokong oleh bukti yang boleh dipercayai dan dijalankan mengikut proses undang-undang," katanya.
SUHAKAM berkata, penerimaan dana daripada yayasan antarabangsa yang sah dengan sendirinya, bukan satu kesalahan jenayah.
Selain itu, katanya, pelaksanaan kuasa untuk membekukan akaun bank di bawah Seksyen 44(1) hendaklah mempunyai justifikasi yang kukuh, berkadar dan tertakluk kepada perlindungan sewajarnya, khususnya apabila tiada pertuduhan jenayah dikenakan.
"SUHAKAM merujuk kepada Artikel 13 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pembela Hak Asasi Manusia yang mengiktiraf hak individu dan organisasi untuk mendapatkan, menerima serta menggunakan sumber bagi tujuan mempromosikan juga melindungi hak asasi manusia secara aman.
"Prinsip ini selaras dengan kebebasan bersuara dan berpersatuan yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," katanya.
SUHAKAM berkata, Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan melindungi hak terhadap harta dan menetapkan bahawa seseorang tidak boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
Oleh itu, katanya, sekatan kewangan hendaklah dilaksanakan berlandaskan undang-undang dengan jaminan perlindungan hak sewajarnya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian17:38
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.