Malaysian Attention Engine
Live wire
54RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202752Sport : ACC: Xisco Munoz Hails JDT After 6-0 Win Over PKR Svay Rieng FC46Aina Abdul pertaruh lagu Bluest Sky, wakil negara ke Eurovision Asia46Amerika akan siarkan secara langsung hukuman mati Nidal Hasan43Ringgit eases vs US dollar, ends higher against Asean currencies39Trump says he will not attack before US elections in November39Kontroversi KP AKPS: AGC pulangkan kertas siasatan, arah lengkapkan keterangan Shuhaily dan CCTV39General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon38Nahas 3 beranak: 'Niat nak sambut hari lahir anak tidak kesampaian, Allah lebih menyayangi mereka' - Suami3613 pelajar ‘bergasak’ guna senjata ditahan36General : Borrowers Facing Difficulties To Settle PTPTN Loan Can Negotiate For Loan Restructuring - MoHE35Bekas bintang Spurs cabar Infantino
NewConfirmedupdated 5 h ago

Jenazah tiga beradik selamat dikebumikan satu liang lahad

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
23
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 05:02 MYTLatest activity 9 Oct, 05:03BMconfidence 80%

What happened

PONTIAN: Tiga beradik yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, pagi tadi, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Siraj di sini, malam ini. (Berita Harian, 05:02)

Read the reporting

2 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Nahas di Pontian: Jenazah tiga beradik selamat dikebumikan dalam satu liang lahad

By Alias Abd Rani · 9 Oct, 05:03 MYT

am@hmetro.com.my

Pontian: Tiga beradik yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, pagi tadi, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Siraj di sini, malam ini.

Jenazah Nor Daniel Aiman Norlizan, 18, Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, dan Puteri Naufa Raisha Norlizan, lapan tahun, dikebumikan pada jam 7.30 malam selepas disolatkan di Masjid Jamek Kampung Parit Haji Siraj.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan ketika ketiga-tiga jenazah dibawa ke liang lahad untuk disemadikan.

Sementara itu, ayah mangsa, Norlizan Khamis, 42, berterima kasih kepada semua pihak yang hadir memberikan sokongan dan membantu keluarga mereka sepanjang pengurusan jenazah tiga beradik berkenaan.

Dia turut menghargai keprihatinan pelbagai pihak termasuk berterima kasih kepada pihak sekolah, agensi berkaitan serta penduduk setempat yang membantu.

Terdahulu, ketiga-tiga beradik itu maut sejurus motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan lori kira-kira jam 7.20 pagi tadi.

Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Nor Daniel Aiman meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Pontian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta keadaan sebenar kemalangan.

Sebelum kejadian, ibu mangsa, Julaiha Munaji, 44, sudah memaklumkan kepada dua anaknya yang bersekolah rendah bahawa sekolah ditutup susulan keadaan jerebu.

Bagaimanapun, Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa tetap berkeras mahu ke sekolah sebelum terbabit kemalangan.

From: jamil

© New Straits Times Press (M) Bhd

Text and pictures from Harian Metro, shown with attribution.Read at Harian Metro

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 22NEWnow08:0009:0010:00
Latest 10:36 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 05:02 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    05:02

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.