
Jerawat badan ada penawar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Jerawat badan ada penawar (Harian Metro, 07:05)
Read the reporting
1 report
Jerawat badan ada penawar
khairil.ashraf@hmetro.com.my
RAMAI tidak menyedari, jerawat bukan hanya ada di muka, namun turut ada di bahagian lain terutama anggota belakang badan atau dada sama ada individu itu lelaki atau wanita.
Kira-kira 50 peratus individu yang mempunyai jerawat di muka, juga mengalaminya di anggota badan.
Selain itu, kerap kali jerawat yang dialami di muka lebih teruk berbanding di anggota badan.
Jerawat ini sama ada timbul di muka atau anggota badan disebabkan beberapa faktor sama ada membabitkan genetik, usia, perubahan hormon dan bakteria di kulit.
Selain faktor itu, beberapa jenis ubat yang digunakan seseorang individu juga boleh menyebabkan jerawat itu timbul.
Pakar Perunding Dermatologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Adawiyah Jamil berkata, sekiranya jerawat itu berpunca daripada ubat, ia akan timbul lebih banyak di bahagian badan berbanding muka.
Antara jenis ubat-ubatan yang berpotensi menyebabkan jerawat adalah steroid, ubat tuberculosis (TB), ubat sawan dan ubat antikemurungan.
Katanya, sama seperti di muka, kebiasaannya jerawat di badan ini dihadapi remaja dan berhenti apabila mereka mencapai tahap umur lewat 20-an.
Menurutnya, sekiranya jerawat ini berlaku pada usia lebih muda atau lebih tua, punca lain perlu dikenal pasti.
"Dari segi peratusan, kira-kira 20 peratus remaja akan mempunyai jerawat di belakang badan.
"Untuk rawatan jerawat di badan, kosnya sama seperti di muka dan bergantung kepada jenis rawatan. Secara amnya, ia tidak terlalu tinggi," katanya.
Dr Adawiyah berkata, dari segi rawatan, ia sama seperti dilakukan di muka, namun mungkin mengalami kesukaran apabila membabitkan ubat sapu memandangkan kawasan badan yang lebih luas serta memerlukan pertolongan orang lain untuk sapuan bahagian belakang.
"Contoh ubat sapu yang biasa didapati ialah benzoly peroxide, salicylic acid, azaleic acid, tretinoin, adapalene dan antibiotik clindamycin.
"Manakala ubat makan pula ialah antibiotik seperti doxycycline, tetracycline dan erythromycin, hormon untuk perempuan sahaja dan isotretinoin," katanya.
Katanya, sekiranya jerawat di anggota badan tidak dirawat, badan mereka akan mempunyai kesan parut.
"Parut jenis kehitaman biasanya boleh hilang, tetapi parut jenis keloid adalah kekal serta boleh membesar serta menyebabkan rasa sakit atau gatal," katanya.
Beliau berkata, kesan daripada itu turut menyebabkan individu terbabit berasa malu serta merendah diri dengan menggelakan anggota badan mereka dilihat oleh orang lain terutama di kolam renang atau gimnasium, remaja di asrama serta membabitkan atlet.
Untuk sembuh, Dr Adawiyah menyatakan individu mengalami jerawat badan memerlukan kira-kira enam minggu sekiranya mereka menggunakan ubat makan yang berkesan.
Katanya, perbezaan kesembuhan itu juga berbeza jika mereka menggunakan ubat sapu dengan ia akan mengambil masa kira-kira 12 minggu untuk sembuh, selain mengakui jerawat badan ini berkemungkinan untuk berulang jika puncanya masih ada.
Bagi mengelakkan jerawat belakang ini timbul, Dr Adawiyah menyenaraikan beberapa langkah yang perlu diambil seperti mandi sekurang-kurangnya sekali sehari atau lebih kerap jika banyak berpeluh.
"Gunakan sabun atau pencuci antijerawat, sama seperti yang digunakan untuk muka yang mengandungi salicylic acid atau ?-hydroxy acids (AHAs). Sabun sulphur juga boleh digunakan," katanya.
Beliau memberi jaminan jerawat di badan boleh sembuh jika berpunca daripada perubahan hormon remaja.
"Jerawat yang berpunca daripada ubat juga boleh sembuh sepenuhnya jika ubat berhenti diambil," katanya.
Dr Adawiyah turut menyeru supaya individu yang mempunyai jerawat di anggota badan mereka tidak malu mendapatkan rawatan daripada doktor.
"Merawat jerawat badan sama pentingnya dengan merawat jerawat muka. Ada pelbagai rawatan yang berkesan untuk membantu anda," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.