Malaysian Attention Engine
Live wire
45Pekebun sawit diberkas, 42 laras senapang angin dirampas45Business : IJM Corporation Bags RM1.23 Bln Construction Contract For AT&S Facilities In Kedah44Jerebu rentas sempadan: ISWAMI Malaysia gesa tindakan segera, menyeluruh43'Wedding bells, same roll call': Syed Saddiq's Parliament attendance record holds42Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM41Business : Malaysia, Egypt To Expand Trade, Investment And Economic Cooperation -- Anwar41Business : No Meetings Held, No Agreements Reached With AirAsia – Loke40General : Special Financial Aid For Taxi And Rental Car Drivers To Be Distributed In Phases Starting Wednesday - Loke40General : Missing Malaysians In Nepal: Families Seek Financial Relief Framework38Budget 2027 'sweeteners' won't determine voters' choice - Hamzah38Khidmat tren KLIA Ekspres alami gangguan, kabel terputus36Sindiket scam menyamar jadi polis India, ‘kebas’ RM1.4 juta
NewConfirmedupdated 46 min ago

Jerebu rentas sempadan: ISWAMI Malaysia gesa tindakan segera, menyeluruh

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
44
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 18:53 MYTLatest activity 12 Oct, 19:07BMconfidence 80%

What happened

SHAH ALAM - Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia–Indonesia (ISWAMI Malaysia) menggesa tindakan segera dan menyeluruh daripada pihak berkaitan bagi menangani ancaman jerebu rentas sempadan.Ia susulan kebakaran hutan dan tanah di beberapa kawasan di Indonesia yang menjejaskan kualiti udara di Malaysia.Pemangku Presidennya, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, tindakan berkenaan termasuk memperkukuh pencegahan dan penguatkuasaan di Indonesia dengan mempergiat pemadaman kebakaran, mencegah pembakaran terbuka dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar undang-undang."Jerebu bukan s (Sinar Harian, 18:53)

Read the reporting

2 reports
Sinar Harian·News·BM·1 min read

Jerebu rentas sempadan: ISWAMI Malaysia gesa tindakan segera, menyeluruh

By NORAFIDAH ASSAN · 12 Oct, 18:53 MYT

SHAH ALAM - Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia–Indonesia (ISWAMI Malaysia) menggesa tindakan segera dan menyeluruh daripada pihak berkaitan bagi menangani ancaman jerebu rentas sempadan.Ia susulan kebakaran hutan dan tanah di beberapa kawasan di Indonesia yang menjejaskan kualiti udara di Malaysia.Pemangku Presidennya, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, tindakan berkenaan termasuk memperkukuh pencegahan dan penguatkuasaan di Indonesia dengan mempergiat pemadaman kebakaran, mencegah pembakaran terbuka dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar undang-undang."Jerebu bukan sekadar isu alam sekitar, malah melibatkan kesihatan awam, kesejahteraan rakyat dan tanggungjawab bersama negara serantau."Isu berulang ini memerlukan penyelesaian menyeluruh, bukan sekadar tindakan kecemasan ketika keadaan bertambah buruk," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, ISWAMI Malaysia menggariskan lima keutamaan antaranya melindungi kesihatan rakyat melalui pemantauan kualiti udara, penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan yang tepat serta langkah perlindungan, khususnya bagi golongan berisiko.Menurutnya, orang ramai juga disaran merujuk bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan nasihat pihak berkuasa."Selain itu, meningkatkan kerjasama Malaysia-Indonesia melalui perkongsian data titik panas, pemantauan pergerakan asap, pertukaran maklumat, bantuan teknikal dan operasi pemadaman kebakaran apabila diperlukan."Kami juga menggesa agar komitmen ASEAN diperkukuh dalam pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan bagi merealisasikan rantau bebas jerebu."Dalam masa sama menggalakkan pelaporan media yang tepat, berimbang dan bertanggungjawab," katanyaMenurutnya, media perlu mengutamakan fakta, pandangan pakar dan suara masyarakat terjejas serta mengelakkan naratif yang menyalahkan keseluruhan rakyat sesebuah negara.ISWAMI Malaysia menegaskan bahawa hubungan erat Malaysia-Indonesia harus menjadi asas untuk membincangkan isu ini secara terbuka dan matang, tanpa mengetepikan kepentingan rakyat."Kedua-dua negara berhak menikmati udara bersih dan persekitaran selamat. Oleh itu, jerebu rentas sempadan tidak boleh terus dianggap sebagai masalah bermusim tanpa penyelesaian jangka panjang yang berkesan dan boleh diukur."Kami percaya bahawa kerjasama yang ikhlas, akauntabiliti yang jelas dan tindakan yang berkesan mampu memastikan ancaman jerebu tidak terus berulang hingga menjejaskan kehidupan rakyat dan kelestarian alam sekitar," katanya.

As published in Sinar Harian’s feed.Read at Sinar Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 46first news pick-upNEWnow
Latest 19:49 MYT
44New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Sinar Harian (News)
12 Oct, 18:53 MYT
Origin confidence 90% · 15 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    18:53

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Harian Metro, Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.