
Jerebu Singapura makin buruk
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SINGAPURA: Bacaan zarah halus PM2.5 setiap jam meningkat di semua kawasan Singapura pada pukul 3 petang Rabu, dengan angka di bahagian barat melonjak kepada 288 dalam kategori sangat tinggi. (Utusan Malaysia, 16:57)
Read the reporting
1 report
Jerebu Singapura makin buruk
SINGAPURA: Bacaan zarah halus PM2.5 setiap jam meningkat di semua kawasan Singapura pada pukul 3 petang Rabu, dengan angka di bahagian barat melonjak kepada 288 dalam kategori sangat tinggi.
Menurut laporan CNA , bacaan PM2.5 setiap jam turut berada pada tahap tinggi di kawasan selatan (177), timur (208) dan tengah (218). Bacaan di kawasan utara pula meningkat kepada 140, dalam kategori meningkat.
Sehingga 3 petang Rabu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi tempoh 24 jam berada dalam kategori tidak sihat di semua kawasan, dengan bacaan antara 114 hingga 160.
Menurut nasihat kesihatan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA), apabila bacaan PM2.5 setiap jam memasuki kategori sangat tinggi, iaitu 251 dan ke atas, orang ramai disaran meminimumkan aktiviti luar untuk tempoh sejam berikutnya.
Warga emas, wanita hamil, kanak-kanak dan golongan rentan lain pula dinasihatkan mengelakkan aktiviti luar sepenuhnya dalam tempoh berkenaan.
Susulan peningkatan bacaan PM2.5, Sport Singapore (SportSG) menutup sementara semua kemudahan sukan luar dan kemudahan tanpa penyaman udara di pusat sukan ActiveSG di bahagian barat negara itu.
SportSG berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan jerebu dan menyesuaikan operasi jika perlu.
Secara berasingan, SAFRA Toa Payoh menggantung semua aktiviti luar dan menutup kolam renangnya.
Pada pagi Rabu, NEA berkata, cuaca kering berterusan sepanjang malam di banyak kawasan selatan rantau ASEAN, kecuali Sumatera utara, Borneo dan Semenanjung Malaysia yang menerima hujan.
“Jumlah titik panas yang bertaburan hingga meluas dikesan di Kalimantan dan bahagian selatan Sumatera, manakala hanya sedikit titik panas dikesan di kawasan lain di selatan rantau ASEAN,” menurut NEA.
Agensi itu menambah banyak stesen pemantauan kualiti udara di Semenanjung Malaysia, Singapura, Kalimantan, Sumatera dan Sarawak barat melaporkan tahap kualiti udara tidak sihat hingga berbahaya.
Bagaimanapun, litupan awan menghalang penilaian menyeluruh terhadap keadaan jerebu di beberapa kawasan rantau berkenaan.
“Dalam beberapa hari akan datang, keadaan kering dijangka berterusan di beberapa kawasan selatan rantau ASEAN, kecuali Semenanjung Malaysia serta bahagian utara dan tengah Sumatera dan Borneo yang dijangka menerima hujan.
“Walaupun keadaan titik panas dan jerebu mungkin bertambah baik di kawasan yang menerima hujan, keadaan dijangka kekal pada tahap tinggi di kawasan yang mudah terbakar dan mengalami cuaca kering berpanjangan, dengan risiko berterusan berlakunya jerebu rentas sempadan yang teruk,” katanya.-AGENSI
The post Jerebu Singapura makin buruk appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia16:57
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.