Malaysian Attention Engine
Live wire
56Business : Govt Continues Servicing Legacy Debt Including 1MDB's, Seeks To Reduce New Borrowing - PM Anwar50'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur Allah pinjamkan Hasmah begitu lama' - Tun M50Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor46Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’43DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain42General : No Payment Delays Affecting Pan Borneo Highway Project - Ahmad Maslan4227 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti41Business : DNB To Accelerate 5G Adoption, Drive Business Gains39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Abbe Hae didakwa ditahan polis36Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’36General : MOF Denies Claims Of QR Payment Charges From Nov 1
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

Jerebu tak halang riadah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 09:10 MYTLatest activity 19 Oct, 09:10BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM - Jerebu tidak menghalang orang ramai beriadah di Taman Tasik Shah Alam yang kekal meriah dengan aktiviti berjoging, berkelah, berkayak dan berbasikal.Tinjauan Sinar Harian dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi Ahad mendapati, orang ramai tetap beriadah di taman berkenaan meskipun kualiti udara kurang baik.Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan Shah Alam antara 24 kawasan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 160 setakat jam 9 pagi Ahad.Meskipun bacaan itu menurun berbanding IPU 172 pada Sabtu, pemandangan di sekitar Taman Tasik Shah Alam masih kelihatan kelabu. (Sinar Harian, 09:10)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Jerebu tak halang riadah

By AISYAH BASARUDDIN · 19 Oct, 09:10 MYT

SHAH ALAM - Jerebu tidak menghalang orang ramai beriadah di Taman Tasik Shah Alam yang kekal meriah dengan aktiviti berjoging, berkelah, berkayak dan berbasikal.Tinjauan Sinar Harian dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi Ahad mendapati, orang ramai tetap beriadah di taman berkenaan meskipun kualiti udara kurang baik.Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan Shah Alam antara 24 kawasan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 160 setakat jam 9 pagi Ahad.Meskipun bacaan itu menurun berbanding IPU 172 pada Sabtu, pemandangan di sekitar Taman Tasik Shah Alam masih kelihatan kelabu.Eksekutif pemasaran, Nur Safika Nizam, 29, berkata, dia tetap meneruskan aktiviti berjoging di taman itu walaupun menyedari keadaan udara ketika ini berada pada tahap tidak sihat.Menurutnya, aktiviti riadah pada waktu pagi masih boleh dilakukan selagi tidak menjejaskan kesihatan fizikalnya."Memang tahu sekarang musim jerebu, tetapi saya rasa keadaan belum terlalu teruk."Saya datang pun bukan setiap hari, dua kali seminggu sekadar nak kekalkan rutin bersenam supaya badan sentiasa cergas."Setakat ini, alhamdulillah kesihatan masih baik cuma kalau nampak udara semakin tak bersih dan pemandangan jalan raya tak jelas, saya terus balik ke rumah," katanya.Bagi pekerja swasta, Zamrizan Talib, 35, jerebu sememangnya menjejaskan kesihatan, lebih-lebih lagi apabila dia sendiri mengalami gejala batuk dan selesema sepanjang minggu lalu."Lama juga saya batuk-batuk disebabkan jerebu. Hari ini saya bawa anak-anak dan isteri berkelah tepi tasik disebabkan dah berjanji tapi semuanya kena pakai pelitup muka."Saya tak nafikan yang partikel halus jerebu jika masuk ke dalam sistem pernafasan memang bahaya, terutama bila kita terlalu lama berada di luar bangunan."Orang ramai selepas ini perlu lebih peka terhadap keadaan kualiti udara di kawasan masing-masing dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga," ujarnya.Sementara itu, pekerja kilang, Aminah Md Hashim memaklumkan dia bersama keluarganya memilih beriadah di situ kerana mahu menghabiskan masa bersama-sama sambil menikmati suasana pagi.Menurutnya, jerebu bukan sesuatu yang asing baginya, malah keadaan itu sering berlaku pada waktu tertentu sehinggakan sesetengah orang menganggapnya sebagai perkara biasa."Pada mulanya memang rasa biasa sahaja sebab kita selalu berhadapan dengan musim jerebu sebelum ini. Lagipun pagi-pagi suasana di sini nyaman dan ramai orang datang bersenam."Tetapi apabila fikir semula, kita tidak boleh terlalu selesa kerana udara yang nampak biasa pun belum tentu selamat untuk dihidu."Kita mungkin tidak terus rasa sakit, tetapi bukan bermakna tiada risiko kepada kesihatan. Jadi, saya fikir kita semua perlu ambil tanggungjawab jaga kesihatan diri dan keluarga dengan sekurang-kurangnya memakai pelitup muka walaupun memang tak selesa," jelas Aminah.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow10:00
Latest 10:40 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
19 Oct, 09:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    09:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Jerebu tak halang riadah
Sinar HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.