Malaysian Attention Engine
Live wire
44Business : Young People Recorded 65.9 Million BNPL Transactions Worth RM5.4 Bln In First Half Of 202640World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda36General : Marriage Between M'sian Muslim And Foreign National Of The Islamic Faith Won't Change Ethnicity To Malay - Saifuddin Nasution35World : Death Toll From The Aggression On Gaza Rises To 74,389 Fatalities, 175,423 Injured33General : Strengthen Collective Efforts In Disaster Preparedness, Risk Reduction - MERCY Malaysia32General : Federal-state Cooperation Key To Inclusive, Sustainable Development – Anwar32Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi31KPM pertahan kaedah gred SPM meskipun skor Pisa merosot31Kementerian Komunikasi sokong penerbitan mini siri GSF30General : Refugees Who Entered Malaysia After January 2023 Not Eligible For DPP - Saifuddin Nasution30SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG30Askar maut tercampak dari jejambat hempap penunggang motor dekat TBS
NewConfirmedupdated 2 h ago

Lantik jurulatih tempatan jika sekadar mahu bersaing di ASEAN

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
23
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 20:35 MYTLatest activity 13 Oct, 21:30BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Pelantikan jurulatih luar negara dilihat langkah tepat buat Harimau Malaya sekiranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu meletakkan sasaran lebih tinggi daripada sekadar bersaing di peringkat ASEAN. (Berita Harian, 20:35)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Lantik jurulatih tempatan jika sekadar mahu bersaing di ASEAN

By Alief Iqbal Saidin · 13 Oct, 20:35 MYT

KUALA LUMPUR: Pelantikan jurulatih luar negara dilihat langkah tepat buat Harimau Malaya sekiranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu meletakkan sasaran lebih tinggi daripada sekadar bersaing di peringkat ASEAN.

Pemerhati bola sepak, Datuk Dr Pekan Ramli, berkata kepakaran, disiplin dan pendekatan latihan berintensiti tinggi yang dibawa jurulatih asing mampu membantu meningkatkan tahap permainan skuad kebangsaan untuk menghadapi cabaran lebih besar di pentas Asia.

Beliau berkata, jurulatih luar lazimnya turut membawa pengetahuan sains sukan serta corak permainan lebih fizikal dan agresif, selain berpeluang bekerja dengan autonomi lebih luas dalam membentuk pasukan mengikut perancangan mereka.

"Kalau kita mahu meletakkan penanda aras lebih tinggi, kita perlu berani melihat ke luar. Jika sasaran kita hanya untuk bersaing di ASEAN, mungkin tidak perlu mendapatkan jurulatih asing," katanya ketika dihubungi.

Pekan berkata, jurulatih tempatan juga mempunyai kemampuan tersendiri, namun mereka kadangkala berdepan tekanan daripada ekosistem bola sepak, termasuk campur tangan pihak luar dan kekangan dalam membuat keputusan berkaitan pasukan.

Menurutnya, keadaan itu boleh menjejaskan usaha jurulatih melaksanakan perancangan jangka panjang, malah berdepan risiko dipersalahkan apabila keputusan tidak memihak kepada pasukan.

Sebaliknya, pelantikan jurulatih asing sering disertai pemberian autonomi lebih besar dan peruntukan yang lebih tinggi untuk membentuk pasukan, selaras dengan harapan terhadap pencapaian yang lebih baik.

"Jurulatih tempatan kadangkala berdepan tekanan dan campur tangan daripada pihak pengurusan. Ada masanya mereka juga menjadi 'kambing hitam' apabila pasukan gagal mencapai keputusan yang diharapkan," katanya.

Terdahulu, perbincangan mengenai pengendali baharu Harimau Malaya kini menjadi perhatian ketika FAM menilai pilihan terbaik bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2030 dan Piala Asia 2031.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow21:0022:0023:00
Latest 23:50 MYT
23New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 20:35 MYT
Origin confidence 90% · 54 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    20:35

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Lantik jurulatih asing untuk lonjak prestasi Harimau Malaya
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Lantik jurulatih tempatan jika sekadar mahu bersaing di ASEAN · Malaysian Attention Engine