Malaysian Attention Engine
Live wire
45General : Conference Of Rulers Discusses PM Term Limit, Separation Of AG-PP Roles41Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?40General : PM Anwar Wants Um Student Residence Project As Model of Leakage-free Development39General : Early Preparations For MAHA 2028 To Begin In Jan 2027 - Mohamad Sabu39Kes jangkitan saluran pernafasan meningkat ketika jerebu38Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching36General : Establish ASEAN Task Force To Combat Haze, MP Tells Dewan Rakyat36MOTAC fokus naik taraf infrastruktur pelancongan uzur36Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain36Lebih 35 rumah rosak akibat ribut di daerah Larut, Matang dan Selama35General : Zul Hadi Appointed Sabah Federal Secretary34Exploding Content 2026 tampil dengan konsep REVchella
NewUnconfirmedupdated 7 h ago

Exploding Content 2026 tampil dengan konsep REVchella

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 13:46 MYTLatest activity 15 Oct, 13:46BMconfidence 60%

What happened

Kuala Lumpur: Dunia kandungan terus berubah seiring perkembangan teknologi dan cara masyarakat mendapatkan maklumat, sekali gus mendorong jenama mencari pendekatan baharu untuk kekal relevan. (Harian Metro, 13:46)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Exploding Content 2026 tampil dengan konsep REVchella

By Amirul Azman · 15 Oct, 13:46 MYT

Kuala Lumpur: Dunia kandungan terus berubah seiring perkembangan teknologi dan cara masyarakat mendapatkan maklumat, sekali gus mendorong jenama mencari pendekatan baharu untuk kekal relevan.

Perubahan itu bakal diketengahkan menerusi Exploding Content 2026 yang kembali dari 20 hingga 22 Oktober ini dengan konsep REVchella, berinspirasikan festival yang menggabungkan idea, teknologi dan pengalaman bagi meneroka masa depan kandungan di Malaysia.

Dianjurkan REV Media Group, acara itu memberi tumpuan kepada empat tema utama iaitu penemuan maklumat, budaya, capaian kandungan dan pengalaman, selari dengan perubahan cara masyarakat mencari maklumat, mengikuti perkembangan semasa dan berinteraksi dengan kandungan.

Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee berkata, masa depan industri kandungan bukan sekadar bergantung kepada kemunculan platform atau format baharu, sebaliknya turut dipengaruhi cara masyarakat mendapatkan maklumat dan berhubung dengan budaya.

"Melalui Exploding Content 2026, kami ingin menunjukkan perubahan ini dan membantu jenama memahami cara untuk terus relevan kepada khalayak Malaysia," katanya.

Empat tema utama

Menerusi tema Masa Depan Penemuan, Exploding Content 2026 mengetengahkan perubahan cara masyarakat mendapatkan maklumat, termasuk penggunaan alat berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Perkembangan itu mendorong jenama menghasilkan kandungan berkualiti yang boleh dipercayai dan mudah ditemui bagi memastikan maklumat mereka terus mendapat perhatian dalam persekitaran digital.

Tema Masa Depan Budaya pula memberi tumpuan kepada peranan kandungan dalam kehidupan seharian, komuniti dan pengalaman bersama, termasuk bagaimana jenama boleh membina hubungan lebih dekat dengan masyarakat Malaysia menerusi perbualan serta pengalaman yang dekat dengan kehidupan mereka.

Sementara itu, tema Masa Depan Capaian meneroka cara jenama berhubung dengan masyarakat yang kini mengikuti kandungan menerusi pelbagai wadah, peranti dan saluran.

Pendekatan itu memberi penekanan kepada kepentingan menyampaikan kandungan yang bersesuaian pada masa dan tempat yang tepat bagi meluaskan hubungan dengan khalayak.

Tema Masa Depan Pengalaman pula mengetengahkan pendekatan penceritaan baharu, hiburan, personaliti dan komuniti berasaskan minat dalam usaha menghasilkan pengalaman jenama yang lebih menarik, dekat dan mudah diingati.

Pelbagai pengalaman menarik

Sepanjang tiga hari penganjuran, tetamu dan pelanggan yang dijemput berpeluang meneroka pelbagai idea menerusi ruang pameran, pembentangan, pengalaman interaktif serta sesi jaringan.

Acara itu akan berlangsung dalam dua sesi setiap hari, memberi ruang kepada peserta melihat, mencuba dan membincangkan perkembangan terkini dalam industri kandungan serta pemasaran.

Menerusi pelbagai pengisian berkenaan, peserta turut berpeluang memahami perubahan landskap kandungan dan meneroka pendekatan baharu yang boleh dimanfaatkan dalam usaha mendekati masyarakat.

Terus meneroka perubahan kandungan

Sejak diperkenalkan pada 2017, Exploding Content berkembang sebagai platform REV Media Group untuk berkongsi pandangan mengenai perubahan landskap kandungan serta peluang yang muncul daripadanya.

Edisi 2026 meneruskan usaha itu menerusi REVchella, konsep berinspirasikan festival yang membawa pendekatan baharu dalam meneroka hubungan antara kandungan, teknologi, jenama dan masyarakat.

Penganjuran kali ini turut mencerminkan kepentingan memahami perubahan tingkah laku masyarakat dalam memastikan kandungan yang dihasilkan kekal relevan dalam persekitaran media yang semakin berkembang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow14:0015:0016:00
Latest 16:09 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
15 Oct, 13:46 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    13:46

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.