
JHEAIPP siasat isu tular pekerja Islam terbabit CSR bersih kuil
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
JHEAIPP siasat isu tular pekerja Islam terbabit CSR bersih kuil (Harian Metro, 13:14)
Read the reporting
1 report
JHEAIPP siasat isu tular pekerja Islam terbabit CSR bersih kuil
am@hmetro.com.my
Georgetown: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyiasat isu pembabitan pekerja Islam dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) kerja pembersihan di Kuil Sri Kamatchi Amman, di sini, baru-baru ini.
JHEAIPP memaklumkan pihaknya turut memandang serius isu berkenaan.
"Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengadakan sesi perbincangan dan libat urus dengan pihak pengurusan hotel, (semalam) bagi mendapatkan penjelasan mengenai pelaksanaan program, bentuk pembabitan pekerja Islam, arahan kerja serta aspek sensitiviti agama.
"Pihak hotel memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi itu. Berdasarkan maklumat yang diperolehi JHEAIPP, aktiviti itu membabitkan seramai 20 orang kakitangan.
"Sebagai tindakan susulan, JHEAIPP akan memberi bimbingan dan penerangan secara khusus kepada pekerja Islam yang terbabit mengenai pemeliharaan akidah, batas pembabitan di rumah ibadat bukan Islam dan pematuhan hukum syarak.
"JHEAIPP juga bercadang mengadakan program advokasi kepada pihak pengurusan dan pekerja hotel pada 20 Oktober ini bagi meningkat kefahaman serta mencegah kejadian seumpama ini berulang," menurut kenyataan, semalam.
Terdahulu, video yang memaparkan sekumpulan individu termasuk orang Islam bergotong-royong mencuci rumah ibadat bukan Islam di Georgetown, tular di media sosial.
JHEAIPP memaklumkan, menurut pandangan hukum Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 12 Oktober lalu, pembabitan orang Islam dalam aktiviti pembersihan yang secara langsung menyelenggara ruang pemujaan dan kemudahan khusus bagi ibadat agama lain adalah haram, termasuk pembersihan patung sembahan, altar dan peralatan ritual.
"JHEAIPP menyokong pelaksanaan aktiviti CSR yang bermanfaat kepada masyarakat namun, penganjur hendaklah memastikan aktiviti itu menghormati sensitiviti agama dan mematuhi batasan hukum syarak manakala sebarang keraguan wajar dirujuk kepada pihak berautoriti agama.
"Pendekatan pendidikan, advokasi, pemantauan dan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa akan terus dilakukan JHEAIPP.
"Orang ramai dinasihati supaya tidak membuat spekulasi atau menjatuhkan hukum terhadap individu tanpa penelitian pihak berautoriti, demi memelihara kesucian agama Islam dan keharmonian masyarakat berbilang agama," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- Spread across News, YouTube
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:14
- Step 2YouTube (mainstream)Buletin TV3 (YouTube)15:41 · +147 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Buletin TV3 (YouTube), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.