
Jimmy-Su Yin tersungkur di pusingan pertama Terbuka Perancis
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Jimmy-Su Yin tersungkur di pusingan pertama Terbuka Perancis (Harian Metro, 18:32)
Read the reporting
1 report
Jimmy-Su Yin tersungkur di pusingan pertama Terbuka Perancis
sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Harapan beregu campuran negara, Jimmy Wong-Cheng Su Yin untuk melangkah jauh pada Terbuka Perancis 2026 tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan Indonesia, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah pada pusingan pertama, hari ini.
Gandingan ranking ke-41 dunia itu terpaksa akur selepas tewas 20-22, 18-21 kepada pasangan nombor 12 dunia berkenaan dalam pertarungan yang berlangsung selama 38 minit.
Jimmy-Su Yin mempamerkan aksi meyakinkan pada set pertama apabila sentiasa memberi saingan dan mendahului lawan, namun pasangan negara mula kehilangan rentak ketika perlawanan menghampiri penghujung set.
Pasangan Indonesia berkenaan akhirnya memintas untuk mendahului 19-18 sebelum memanfaatkan peluang bagi menutup set pertama dengan kemenangan 22-20.
Memasuki set kedua, Jimmy-Su Yin berdepan tugas lebih sukar apabila ketinggalan jauh 12-20, sekali gus meletakkan mereka di ambang kekalahan.
Bagaimanapun, pasangan negara enggan mengalah apabila bangkit merapatkan jurang kepada 18-20, sekali gus menghidupkan peluang untuk memaksa perlawanan berlanjutan ke set penentuan.
Namun, kebangkitan itu tidak cukup untuk menyelamatkan mereka apabila kesilapan Su Yin yang gagal melepasi jaring memberikan mata kemenangan kepada Amri-Nita, sekali gus menamatkan cabaran wakil negara seawal pusingan pertama.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro18:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.