Malaysian Attention Engine
Live wire
57Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan53Kes berkait Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik49Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46FAM dijangka meterai MoU dengan 2 penaja baharu44Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri44General : Corporate Mafia: RM4.3 Billion Frozen, RM1 Billion Seized Since Late 2022 - PM Anwar44Business : National Carmakers To Sustain 2026 Sales Momentum - HLIB Research44Kerajaan tak pernah keluar arahan tangguh siasat kes Felda43Anwar dijadual beri penjelasan isu 'mafia korporat', rasuah FELDA di Dewan Rakyat esok43Sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian tumpas43Anwar akui kelemahan proses pelaburan KWAP di Jakarta41Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 2026
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

JKM Kelantan pastikan peperiksaan SPM, STPM tidak terganggu ketika banjir

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 11:22 MYTLatest activity 20 Oct, 11:22BMconfidence 60%

What happened

JKM Kelantan pastikan peperiksaan SPM, STPM tidak terganggu ketika banjir (Harian Metro, 11:22)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

JKM Kelantan pastikan peperiksaan SPM, STPM tidak terganggu ketika banjir

By Sharifah Mahsinah Abdullah · 20 Oct, 11:22 MYT

news@nst.com.my

Kota Bharu: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan akan memastikan persiapan dibuat bagi meminimumkan gangguan di sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) untuk mangsa banjir, ketika pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Che Samsuzuki Che Noh berkata, 351 sekolah di seluruh negeri itu akan digunakan sebagai PPS sepanjang musim tengkujuh yang bakal tiba.

Katanya, sekolah berkenaan antara 451 PPS yang sudah diwartakan bagi menempatkan mangsa banjir.

"Pihak berkuasa di daerah yang mempunyai PPS juga sudah diarahkan mengenal pasti premis alternatif seperti dewan serba guna untuk dijadikan PPS sokongan.

"Jika tidak dapat dielakkan, kita mungkin terpaksa menggunakan sekolah yang menjadi lokasi peperiksaan, namun kita akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan peperiksaan tidak terganggu," katanya.

Che Samsuzuki berkata, masjid dan surau hanya akan dipertimbangkan sebagai pilihan kedua untuk PPS bagi mengelakkan kerosakan rumah ibadat ketika banjir dan sepanjang kerja-kerja pemulihan pasca bencana.

Katanya, jabatan itu mahu meminimumkan risiko kerosakan pada premis berkenaan, walaupun ia mungkin terpaksa digunakan, sekiranya tiada lokasi lain yang sesuai.

Daripada 351 sekolah yang dikenal pasti sebagai PPS, 69 daripadanya terletak di Kota Bharu, Pasir Mas (50) dan Pasir Puteh (42).

Sementara itu, beliau berkata, kesemua 162 pangkalan hadapan sudah disiapkan sepenuhnya bagi menghadapi musim banjir.

Bekalan berkenaan termasuk barangan keperluan asas seperti beras dan minyak masak yang sedang diagihkan ke pejabat JKM daerah serta 22 depoh mini.

"Kita menjangkakan semua persiapan akan selesai pada 30 Oktober ini," katanya.

Beliau berkata, setakat 13 Oktober lalu, seramai 79,455 ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir sudah berdaftar dengan JKM.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 11:46 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
20 Oct, 11:22 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    11:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.