Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am52Kes bunuh Irene Sofiya: Reman remaja lelaki 16 tahun disambung 6 hari mulai esok50Two detained, RM3.3 mln drugs seized50Sport : ACC: Xisco Munoz Hails JDT After 6-0 Win Over PKR Svay Rieng FC44Suspek utama kes pembunuhan Irene Sofiya disambung reman enam hari42Ringgit eases vs US dollar, ends higher against Asean currencies42Cubaan seludup syabu: Jet peribadi disewa RM200,00041Meta bans TikTok from advertising on its apps, Bloomberg News reports40Houthi lancar dua peluru berpandu ke arah Riyadh38Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat36Selangor tangguh sambutan Hari Sukan Negara susulan jerebu36Three Pontian siblings killed in motorcycle‑lorry crash after insisting on school despite haze closure
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

JPA mesti tambah hakim syariah - Zainul Rijal

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 09:39 MYTLatest activity 9 Oct, 09:39BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mesti memberi perhatian serius kepada keperluan menambah hakim Mahkamah Syariah yang jumlahnya sangat kritikal. (Berita Harian, 09:39)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

JPA mesti tambah hakim syariah - Zainul Rijal

By Nurhanim Osman · 9 Oct, 09:39 MYT

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mesti memberi perhatian serius kepada keperluan menambah hakim Mahkamah Syariah yang jumlahnya sangat kritikal.

Keperluan mendesak itu bukan sekadar permohonan mengisi jawatan yang perlu bersaing dengan keperluan agensi lain untuk mendapatkan peruntukan.

Penasihat Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata keperluan menambah hakim tidak wajar dilihat sebagai urusan pentadbiran biasa kerana itu berkait secara langsung dengan hak rakyat untuk mendapat keadilan dalam tempoh munasabah.

Beliau berkata, pendedahan BH baru-baru ini iaitu seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah mengendalikan kira-kira 1,000 kes setahun menunjukkan beban tugas yang sangat tinggi, lebih-lebih lagi tugas hakim bukan sekadar mendengar dan memutuskan kes.

"Seorang hakim perlu meneliti fakta, keterangan, dokumen dan hujahan semua pihak sebelum membuat keputusan, selain menyediakan alasan penghakiman.

"Dalam keadaan sebegini, persoalannya bukan hanya berapa banyak kes yang dapat diselesaikan, tetapi sama ada setiap kes mendapat penelitian yang secukupnya.

"Beban yang berlebihan berpotensi menjejaskan ketelitian dan kualiti penghakiman," katanya kepada BH.

Zainul Rijal berkata, mekanisme penghapusan jawatan lain atau 'trade-off' yang meletakkan penambahan hakim dalam persaingan mendapatkan peruntukan jawatan dengan agensi lain perlu dilihat semula apabila membabitkan institusi kehakiman.

"Hakim menjalankan fungsi kehakiman yang tidak boleh disamakan dengan keperluan pentadbiran biasa," katanya.

Sebelum ini, Ketua Hakim Syarie Selangor, Nenney Shuhaidah Shamsuddin, mendedahkan kepada BH kekurangan hakim Mahkamah Tinggi Syariah antara faktor menyebabkan ribuan kes membabitkan pasangan Islam di negeri itu, terutama tuntutan harta sepencarian dan hak penjagaan anak, tertunggak.

Nenney Shuhaidah dilapor berkata, ketika ini hanya lima hakim Mahkamah Tinggi Syariah bertugas di Selangor dan setiap seorang mengendalikan purata kira-kira 1,000 kes setahun.

Keadaan itu katanya, menyebabkan mahkamah berkenaan hanya mampu menyelesaikan kira-kira 70 peratus kes yang didaftarkan pada tahun semasa, manakala kira-kira 30 peratus lagi dibawa ke tahun berikutnya.

Bagi menangani isu berkenaan untuk jangka panjang, Selangor bakal menambah empat lagi jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, sekali gus meningkatkan jumlah hakim daripada lima kepada sembilan orang.

Zainul Rijal berkata, penambahan empat hakim berkenaan ialah perkembangan yang amat baik dan diharap dapat direalisasi segera.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Kanan (Kehakiman) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Abu Suffian Abu Yaziz, sebelum ini berkata kepada BH beban hakim Mahkamah Syariah yang tinggi menyebabkan seorang hakim mengendalikan sehingga 20 hingga 30 kes sehari.

Abu Suffian berkata, keadaan itu mengehadkan jumlah perbicaraan yang dapat diberi tumpuan pada satu-satu masa dan antara sebab terdapat keperluan menambah bilangan hakim bagi mengendalikan keseluruhan kes di Mahkamah Syariah.

Mengulas perkara itu, Zainul Rijal berkata, beban mengendalikan 20 hingga 30 kes sehari sudah tentu memberi tekanan besar kepada hakim kerana kes Syariah membabitkan perkara yang mempunyai kesan langsung terhadap kehidupan individu dan keluarga.

"Kes Syariah bukan sekadar pertikaian teknikal. Ia membabitkan nafkah, perceraian, harta sepencarian, hadhanah dan masa depan anak-anak.

"Bagi seseorang yang menunggu nafkah atau keputusan mengenai hak penjagaan anak, setiap bulan yang berlalu mempunyai implikasi besar terhadap kehidupannya.

"Sebab itu, kita perlu memastikan usaha mengurangkan tunggakan tidak dilakukan dengan mengorbankan ketelitian dan kualiti penghakiman," katanya.

Beliau berkata, penyelesaian kes juga perlu mengambil kira sifat dan kerumitan setiap kes, bukannya semata-mata mengejar jumlah kes yang dapat diselesaikan.

"Contohnya, kes nafkah yang dipersetujui faktanya boleh diselesaikan lebih cepat, manakala kes yang dipertikai mungkin memerlukan keterangan saksi dan dokumen yang banyak.

"Yang penting ialah setiap kategori kes mempunyai sasaran tempoh penyelesaian yang munasabah, dan kes yang menyentuh keperluan asas seperti nafkah anak dan isteri diberi keutamaan," katanya.

Bagi memastikan pertambahan hakim benar-benar dapat mengurangkan beban mahkamah, katanya, kapasiti Mahkamah Syariah perlu diperkukuh secara menyeluruh dan bukan hanya menambah jawatan hakim.

"Tetapi pada masa sama perlu ditambah pegawai penyelidik, pendaftar dan pegawai sokongan serta kemudahan yang mencukupi.

"Kes yang sesuai pula boleh diperkasakan melalui sulh (perdamaian) dan mediasi, termasuk penyelesaian di luar mahkamah, supaya hakim dapat memberi tumpuan kepada kes yang benar-benar memerlukan perbicaraan," katanya.

Dalam masa sama, Zainul Rijal berkata, hakim perlu dibebaskan daripada tugasan pentadbiran yang boleh dipikul oleh pendaftar supaya mereka dapat menumpukan sepenuhnya kepada fungsi kehakiman.

"Selain itu, latihan berterusan juga perlu diberikan kepada hakim, termasuk latihan berkaitan kecerdasan buatan (AI), bagi membantu mereka melaksanakan tugas dengan lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata, pada akhirnya ukuran kejayaan Mahkamah Syariah bukan hanya berdasarkan kepantasan menyelesaikan kes, sebaliknya turut merangkumi ketepatan, ketelitian dan kualiti keputusan yang dibuat.

/ENDS

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 09:51 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 09:39 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:39

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.