JPJ KL kutip RM376,091 menerusi lelongan kenderaan sita di platform digital
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengutip RM376,091 menerusi menerusi pelaksanaan Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJvBID Bil. 2/2026.Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, lelongan yang berakhir pada jam 8 malam Jumaat lalu itu melibatkan 157 kenderaan."Daripada jumlah keseluruhan kenderaan yang ditawarkan, sebanyak 137 unit merupakan kenderaan boleh dilesenkan manakala 20 unit lagi adalah kenderaan tidak boleh dilesenkan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Hamidi berkata, hasil lelongan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila 120 unit kenderaan b (Sinar Harian, 12:58)
Read the reporting
1 reportJPJ KL kutip RM376,091 menerusi lelongan kenderaan sita di platform digital
KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengutip RM376,091 menerusi menerusi pelaksanaan Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJvBID Bil. 2/2026.Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, lelongan yang berakhir pada jam 8 malam Jumaat lalu itu melibatkan 157 kenderaan."Daripada jumlah keseluruhan kenderaan yang ditawarkan, sebanyak 137 unit merupakan kenderaan boleh dilesenkan manakala 20 unit lagi adalah kenderaan tidak boleh dilesenkan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Hamidi berkata, hasil lelongan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila 120 unit kenderaan berjaya dilelong, bersamaan lebih 76 peratus daripada keseluruhan kenderaan yang ditawarkan, manakala 37 unit tidak berjaya dilelong."Lelongan awam ini turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai dengan penyertaan 95 pembida," katanya.Menurutnya, selain hasil bidaan kenderaan, jualan 693 unit e-Katalog telah menyumbang kutipan sebanyak RM34,650, manakala kutipan fi lelongan berjumlah RM7,400.00 hasil daripada 740 transaksi pembayaran fi yang direkodkan sepanjang tempoh lelongan berlangsung."Bidaan tertinggi yang direkodkan ialah sebanyak RM73,333.00 bagi sebuah Toyota Alphard, manakala bidaan terendah ialah RM101.00 bagi sebuah Yamaha Lagenda (kenderaan scrap)," katanya.Beliau berkata, statistik itu mencerminkan kepelbagaian nilai kenderaan yang ditawarkan serta minat berterusan orang ramai terhadap platform lelongan awam JPJ."Kejayaan penganjuran lelongan ini membuktikan keberkesanan pelaksanaan sistem JPJvBID sebagai platform lelongan digital yang telus, cekap dan mudah diakses oleh orang ramai."Inisiatif pendigitalan ini bukan sahaja memperkemaskan pengurusan kenderaan sita, malahmembantu meningkatkan kutipan hasil kerajaan melalui proses yang lebih sistematik, berintegriti dan berdaya saing," katanya.Hamidi berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada semua pembida, urus setia serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJvBID Bil. 2/2026."JPJ akan terus komited memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang efisien, telus dan berorientasikan pelanggan selaras dengan aspirasi transformasi digital perkhidmatan awam," ujarnya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian12:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.