
Jual harta, kembara sejauh 1,931 km rupanya kekasih wanita AI
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Belo Horizonte, Brazil: Seorang lelaki berusia 49 tahun dari Brazil sanggup menjual semua harta bendanya dan mengembara sejauh 1,931 kilometer demi bertemu wanita yang dipercayai bakal menjadi isterinya. (Harian Metro, 13:00)
Read the reporting
1 report
Jual harta, kembara sejauh 1,931 km rupanya kekasih wanita AI
Belo Horizonte, Brazil: Seorang lelaki berusia 49 tahun dari Brazil sanggup menjual semua harta bendanya dan mengembara sejauh 1,931 kilometer demi bertemu wanita yang dipercayai bakal menjadi isterinya.
Namun, impian Edimar Martins musnah apabila mendapati wanita itu hanyalah watak rekaan yang dijana kecerdasan buatan (AI) seperti yang dilaporkan NDTV. Martins, seorang buruh binaan dari negeri Maranhao di timur laut Brazil memberitahu penyiar tempatan TV Mirante bahawa dia mula menemui akaun media sosial milik seorang wanita bernama Jessica Oliveira pada 2020.
Akaun yang dilaporkan mempunyai lebih 300,000 pengikut itu memaparkan video kehidupan wanita berkenaan di sebuah ladang selain erta mengajak lelaki berpindah ke sana dengan menjanjikan tempat tinggal dan sokongan kewangan.
Martins yang kesunyian selepas kematian ibunya percaya wanita itu mampu membantunya memulakan kehidupan baharu di ladang berkenaan.
Yakin dia sudah menemui pasangan hidup, Martins menjual semua harta miliknya pada 9 Oktober lalu bagi membiayai perjalanan ke Belo Horizonte, ibu negeri Minas Gerais di tenggarn Brazil.
Selepas menaiki bas selama lebih sehari, dia tiba di bandar itu pada 11 Oktober dengan membawa beberapa keping gambar wanita berkenaan untuk membantunya mencari wanita itu.
Namun, harapannya musnah apabila tiada sesiapa yang ditemuinya mengenali wanita terbabit.
Dia kemudian mendapatkan bantuan sebuah stesen radio tempatan sebelum diberitahu bahawa wanita itu tidak wujud dan akaun berkenaan adalah palsu.
"Ia hanya membawa kesedihan, rasa putus asa dan kemurungan. Ramai orang mahu mencari pasangan, sebab itu saya datang ke sini," katanya.
Pemilik akaun berkenaan kemudian mengakui watak wanita itu dijana menggunakan AI bagi meningkatkan interaksi untuk tujuan jualan komersial selain menafikan pernah berhubung secara langsung atau mengajak Martins ke bandar itu.
Martins yang kehabisan wang terkandas di bandar berkenaan sebelum mendapatkan bantuan pihak berkuasa perbandaran yang menyediakannya makanan, kemudahan mandi dan tiket bas untuk membolehkannya meninggalkan bandar berkenaan.
Meskipun kecewa, Martins tidak berputus asa mencari pasangan hidup.
Dia kini menumpang di rumah ahli keluarganya dan berhasrat kembali ke Belo Horizonte dengan harapan bertemu Wanita yang boleh dijadikan teman hidup.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.