
Jualan kereta baharu meningkat kepada 69,609 unit pada September
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 19 peratus tahun ke tahun kepada 69,609 unit pada September 2026 berbanding 58,490 pada bulan sama tahun lalu, meskipun permintaan mereda berbanding bulan sebelumnya apabila pengguna mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang pengumuman Belanjawan 2027. (Berita Harian, 13:12)
Read the reporting
2 reports
Jualan kereta baharu meningkat kepada 69,609 unit pada September
KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 19 peratus tahun ke tahun kepada 69,609 unit pada September 2026 berbanding 58,490 pada bulan sama tahun lalu, meskipun permintaan mereda berbanding bulan sebelumnya apabila pengguna mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang pengumuman Belanjawan 2027.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan berkata, jualan kenderaan susut 2.5 peratus kepada 69,609 unit berbanding 71,428 unit pada Ogos.
"Jualan kenderaan penumpang meningkat 21.5 peratus kepada 64,835 unit pada September, berbanding 53,352 unit setahun sebelumnya, manakala jualan kenderaan komersial merosot 7.1 peratus kepada 4,774 unit daripada 5,138 unit," katanya.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026, jumlah keseluruhan industri (TIV) meningkat empat peratus kepada 602,633 unit berbanding 579,336 unit dalam tempoh sama tahun lalu.
Jualan kenderaan penumpang meningkat lima peratus kepada 564,919 unit, manakala jualan kenderaan komersial merosot 13 peratus kepada 37,714 unit.
Dari segi pengeluaran, jumlah kenderaan meningkat 10 peratus tahun ke tahun kepada 64,482 unit pada September, berbanding 58,413 unit setahun sebelumnya.
Pengeluaran kenderaan penumpang meningkat 12 peratus kepada 61,134 unit, manakala pengeluaran kenderaan komersial merosot sembilan peratus kepada 3,348 unit.
Pengeluaran terkumpul bagi tempoh Januari hingga September meningkat dua peratus kepada 562,207 unit berbanding 552,129 unit dalam tempoh sama tahun lalu.
MAA dalam kenyataannya itu menjangkakan jualan kenderaan akan meningkat pada bulan ini, disokong oleh promosi hujung tahun.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian13:12
Internet reaction
- Sept 2026 Malaysian vehicle sales declined 2.5% – MAAu/Gerard Lye · Paul Tan's Automotive News · 13:03 · EN
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.