
Jurukamera TV3 Sabah terima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KOTA KINABALU: Jurukamera TV3 Biro Sabah menzahirkan penghargaan kepada Tabung Kasih@HAWANA atas bantuan kewangan yang diterima bagi menampung kos rawatan masalah tulang belakang (slipped disc) dihadapinya. (Berita Harian, 06:34)
Read the reporting
1 report
Jurukamera TV3 Sabah terima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA
KOTA KINABALU: Jurukamera TV3 Biro Sabah menzahirkan penghargaan kepada Tabung Kasih@HAWANA atas bantuan kewangan yang diterima bagi menampung kos rawatan masalah tulang belakang (slipped disc) dihadapinya.
Mohammed Fairuz Mohammed Yazzer, 35, dari Putatan yang sudah berkhidmat dengan Media Prima selama 17 tahun, mengalami sakit di bahagian leher sejak pilihan raya negeri sekitar November tahun lalu.
Bapa kepada dua anak itu berkata, keadaannya semakin teruk ketika membuat liputan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dua bulan kemudian.
"Mulanya, saya menyangka ketidakselesaan itu berpunca daripada posisi tidur.
"Saya juga mendapatkan pemeriksaan daripada sembilan doktor yang mengesyaki keadaan itu mungkin disebabkan tekanan darah tinggi.
"Selepas itu dirujuk pula kepada pakar neurologi, yang mengesahkan saya mengalami masalah 'slipped disc'," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA di pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di sini, semalam.
Sumbangan disampaikan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Mariah Doksil.
Penerima lain yang turut menerima sumbangan ialah Floris Philip dan Kamarudin Abdullah dari Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Mohammed Fairuz berkata, masalah kesihatan itu menyukarkannya melakukan aktiviti harian seperti memandu dan tidur.
Katanya, ketika ini beliau menjalani fisioterapi dua kali seminggu dan dijadualkan menjalani pemeriksaan susulan pada 23 Oktober ini.
Beliau berkata, ia bagi menentukan sama ada pembedahan pemasangan implan perlu dilakukan sekiranya keadaannya tidak menunjukkan perkembangan positif.
"Saya sangat bersyukur menerima bantuan daripada Tabung Kasih@HAWANA untuk menampung kos rawatan.
"Saya berharap tabung ini terus membantu rakan pengamal media lain yang benar-benar memerlukan," katanya.
Sementara itu, Nie Ching berkata, sejak ditubuhkan pada 2023, tabung berkenaan sudah membantu 864 penerima dengan jumlah bantuan melebihi RM2.5 juta.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian06:34
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.