
Tiada laporan pembatalan penerbangan jemaah umrah - PAPUH
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) tidak menerima sebarang laporan pembatalan penerbangan dalam kalangan ahlinya susulan serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi. (Berita Harian, 19:32)
Read the reporting
1 report
Tiada laporan pembatalan penerbangan jemaah umrah - PAPUH
KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) tidak menerima sebarang laporan pembatalan penerbangan dalam kalangan ahlinya susulan serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi.
Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata jemaah yang sudah menempah penerbangan melalui agensi pelancongan dan dijadualkan berlepas dalam beberapa hari akan datang setakat ini tidak melaporkan sebarang masalah.
"Saya belum menerima sebarang laporan dalam kumpulan kami berhubung pembatalan penerbangan.
"Bagi yang sudah membuat tempahan dan dijadualkan berlepas, setakat ini tiada masalah dilaporkan," katanya.
Razali berkata, kebanyakan penerbangan dari Malaysia ke Arab Saudi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah atau Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah.
Beliau berkata demikian mengulas gangguan perjalanan udara susulan insiden di Riyadh itu, khususnya membabitkan rakyat Malaysia yang dijadualkan berlepas ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah dalam beberapa hari akan datang.
Sementara itu, tinjauan di platform media sosial Threads mendapati beberapa hantaran dimuat naik ahli keluarga yang meluahkan kebimbangan selepas saudara mereka yang dalam perjalanan ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah dilaporkan mengalami lencongan penerbangan.
Seorang pengguna Threads, Bobsazali, berkongsi bahawa abang iparnya memaklumkan penerbangan mereka dilencongkan ke Madinah atas faktor keselamatan.
Menurut hantaran itu, penerbangan berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dilencongkan ke Madinah.
Pesawat itu kemudian meneruskan perjalanan ke Jeddah, dengan semua penumpang selamat mendarat.
Bobsazali kemudian berkongsi perkembangan terkini daripada abang iparnya yang mengesahkan mereka selamat tiba di Jeddah, sekali gus melegakan ahli keluarga.
Seorang lagi pengguna, f.azzahra88, berkongsi bahawa penerbangannya selamat mendarat di Jeddah selepas dilencongkan ke Madinah.
Dalam hantaran pertama, beliau berkata, pesawat berkenaan berpusing beberapa kali ketika cuba mendarat di Jeddah sebelum diarahkan menuju ke Madinah dan mendarat dengan selamat di sana.
Penumpang kemudian diminta kekal dalam pesawat sementara menunggu arahan lanjut.
Dalam hantaran berikutnya, beliau memaklumkan penerbangan itu sudah mendapat kebenaran untuk meneruskan perjalanan ke Jeddah.
Sementara itu, Fauzana Ismail, 43, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah untuk menunggu penerbangan pulang ke Malaysia selepas menunaikan umrah ketika insiden itu berlaku .
Bimbang dengan keadaan
Walaupun beliau dan kumpulannya tidak terjejas secara langsung, Fauzana berkata, mereka tetap bimbang dengan keadaan ketika itu kerana masih berada di Arab Saudi.
"Walaupun kami tidak terjejas secara langsung, kami tetap risau kerana berada di Arab Saudi. Sudah tentu kami bimbang dengan keadaan ketika itu, lebih-lebih lagi apabila sedang menunggu untuk menaiki penerbangan pulang.
"Kami tidak putus-putus berdoa agar semuanya berjalan lancar dan kami dapat pulang ke tanah air dengan selamat. Walaupun bimbang, kami cuba bertenang dan berharap perkara terbaik.
"Alhamdulillah, kami selamat tiba di tanah air," katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, media melaporkan 12 terbunuh, manakala 309 lagi cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid itu.
Insiden berlaku ketika terdapat laporan mengenai peningkatan serangan peluru berpandu oleh kumpulan Houthi terhadap Arab Saudi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian19:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.