Malaysian Attention Engine
Live wire
46Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Golden Tigers terima durian runtuh RM160,00044Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak39General : Missing Malaysians In Nepal: Families Seek Financial Relief Framework38General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am37King Sultan Ibrahim conferred Jordan's highest civilian honour37Nahas Jalan Kuching: ‘Asiah bangun Asiah, kita dah nak sampai hospital’37Rai anugerah sehari dua, selepas itu dilupakan - Namron36Muzik menyatukan kita - Nidji36Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok35Sport : Golden Tigers Net RM160,000 Windfall For Asian Games Triumph34Trump administration plans to move AI testing agency officials to White House, The Information reports
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Kakak jadi pendorong, ganti mak ayah yang meninggal sejak usia 13 tahun

Only social or community posts, or a single source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 08:16 MYTLatest activity 13 Oct, 08:16BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Kakak jadi pendorong, ganti mak ayah yang meninggal sejak usia 13 tahun

By Latifah Arifin · 13 Oct, 08:16 MYT

KUALA LUMPUR: "Saya dah tiada mak dan abah untuk bergantung harap. Saya harap kalian (abang dan kakak) ada di belakang saya sampai berjaya,"

Itu antara luahan hati pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Terendak, Melaka, Muhammad Nor Azzim Nordin, 17 dalam surat berbentuk hati yang ditujukan kepada sembilan adik beradiknya yang menjadi tulang belakang dan sumber inspirasi untuk meraih kecemerlangan dalam akademik.

Anak bongsu daripada sepuluh beradik itu dinobatkan Anugerah Pengetua MRSM Terendak pada Majlis Graduan MRSM Terendak Kali Ke-40, di MRSM Terendak di Sungai Udang, Melaka, baru-baru ini.

Lebih meruntun hati, pada majlis itu, tiga kakak Muhammad Nor Azzim, Siti Norsafia Nordin, 26, Siti Nur Atiqah Nordin, 27 dan Siti Norazlina Nordin, 23 sanggup datang dari Kuala Terengganu dan Kuantan, Pahang untuk meraikan kejayaannya.

Video kehadiran tiga kakak Muhammad Nor Azzim yang tampil sedondon mengenakan baju kurung hitam tular di TikTok, netizen turut tersentuh melihatkan keakraban dan sokongan tidak berbelah bahagi mereka yang menggantikan ayah dan ibu yang meninggal dunia seawal pelajar itu berusia 13 tahun.

@linanordin_ Replying to @denns ♬ original sound - ERA

Dalam video yang tular itu, Muhammad Nor Azzim tidak dapat menahan air mata ketika diumumkan penerima Anugerah Pengetua MRSM Terendak dan terus memeluk ketiga-tiga kakaknya yang hadir sebagai pengganti ibu mereka yang meninggal dunia pada 2022, manakala ayahnya pada 2023.

Mereka turut dijemput naik ke pentas bagi meraikan kejayaan anak bongsu daripada 10 beradik itu.

Ketika majlis itu, khalayak turut dimaklumkan, Muhammad Nor Azzim menolak tawaran melalui program BUDI MARA, iaitu inisiatif bantuan pendidikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membantu pelajar kurang berkemampuan dari keluarga B40 yang menuntut di MRSM.

Sebaliknya, beliau menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan dalam talian untuk menampung pengajiannya dan kehidupan harian.

Seorang daripada kakak Muhammad Nor Azzim, Siti Norsafia menerusi akaun Tiktoknya, @Eytisafiaa turut berkongsi, adiknya itu bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi sejak pemergian ayah dan ibu, dia berdikari dengan turut mencari pendapatan sendiri dengan menjadi ejen pemasaran 'affiliate' di platform TikTok.

"Dia buat affiliate TikTok sejak 14 tahun. Dia jual buku-buku sekolah. Cuma seorang sahaja dalam kakaknya yang tahu dia buat 'affiliate' ini, itu pun sebab nak gunakan akaun bank.

"Adik beradik yang lain dia 'block' (sekat) akaun, sebab malu kalau yang lain nampak dia menjual dan usaha cari duit sendiri.

"Sebab itu kami terharu dan bangga lihat adik naik pentas, kalau mak dan abah ada, mereka mesti bangga dengan adik," tulisnya.

Sementara itu, seorang guru MRSM Terendak, Melaka menerusi akaun Tiktok @Rchiqur_74 turut berkongsi keperibadian Muhammad Nor Azzim dalam satu komen video dimuat naik kakaknya.

Beliau berkongsi ketabahan anak yatim piatu itu yang tidak menjadikan kehilangan ibu bapanya sebagai penghalang untuk berjaya, malah bangkit untuk berdikari dan sudah mempunyai perancangan rapi termasuk simpanan wang bagi tujuan melanjutkan pengajian ke universiti kelak.

"Selepas kehilangan ibu dan bapa, beliau tinggal sendirian di rumah pusaka. Tentunya menguruskan diri secara berdikari, termasuk makan minum.

"Beliau sediakan sendiri keperluan untuk hidup di asrama, mampu membeli sendiri gajet ict untuk belajar dan sebuah motosikal untuk kegunaannya di rumah. Hanya minta abang tolong hantar ke asrama.

"Sehingga kini beliau sudah ada sedikit simpanan untuk tujuan ke universiti.

"Beliau juga ada 10 beradik yang sangat penyayang dan sedia membantu bila-bila masa, walaupun mereka juga mempunyai keluarga sendiri yang kurang berada," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Cited on platforms we cannot ingest directly

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.