Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47General : Conference Of Rulers Discusses PM Term Limit, Separation Of AG-PP Roles45General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents41Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut40Kes jangkitan saluran pernafasan meningkat ketika jerebu40Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu39General : Sarawak Gets RM545 Million For JENDELA 2 Rollout, Covers 350 Sites - Fahmi39Sarawak keluarkan 3 lesen karbon hutan baru38RM550 mln Smart City project to cover Greater Kuching38E. Timor shuts schools over Indonesia haze36General : Zul Hadi Appointed Sabah Federal Secretary35Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia
NewUnconfirmedupdated 6 h ago

‘Kalau betul mereka minat, hal peribadi saya tolong letak tepi’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 14:16 MYTLatest activity 15 Oct, 14:16BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR – Digosipkan bercinta dengan pelakon Chacha Maembong, aktor Andy Teh enggan mengulas perkara terbabit kerana tidak mahu urusan seninya terganggu. (Kosmo!, 14:16)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

‘Kalau betul mereka minat, hal peribadi saya tolong letak tepi’

By NUR EMIRA SAIZALI · 15 Oct, 14:16 MYT

KUALA LUMPUR – Digosipkan bercinta dengan pelakon Chacha Maembong, aktor Andy Teh enggan mengulas perkara terbabit kerana tidak mahu urusan seninya terganggu.

Andy, 41, berkata, dia berharap peminat yang menyokongnya dapat memberikan perhatian terhadap perihal yang lebih penting iaitu pekerjaan sebagai seorang anak wayang.

“Saya memilih untuk tidak berkongsi mengenai hal peribadi ketika ini dan mahu beri tumpuan terhadap kerjaya seni.

“Kepada peminat, kalau betul-betul minat saya dalam bidang seni, tolonglah terus sokong. Hal-hal peribadi saya letak tepi.

“Namun, saya sedar setiap orang mempunyai ruang untuk bercakap dan menyuarakan pendapat masing-masing. Jadi, tidak boleh menyalahkan sesiapa jika ada yang bercakap mengenai hal tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Bagaimanapun, bintang filem Blood Brothers itu berharap peminat terus memberikan sokongan terhadap perjalanan kerjaya seninya tanpa terlalu memikirkan kehidupan peribadinya.

Dalam perkembangan lain, Andy bersyukur apabila tercalon dalam kelompok lima terbaik kategori Pelakon Pembantu Lelaki Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) menerusi filem Abah Saya Uncle Mike.

Katanya, pencalonan tersebut cukup bermakna memandangkan itu merupakan kali pertama namanya tercalon selepas bertahun-tahun bergelar anak seni.

“Saya sangat bersyukur dapat tercalon dalam kelompok lima terbaik dan itu sudah cukup bermakna.

“Saya anggap pencalonan ini sebagai satu kemenangan kerana sudah bertahun-tahun menyertai FFM, tetapi ini kali pertama saya tercalon,” ujarnya.

Mengulas peluang membawa pulang trofi kemenangan, Andy menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan dan menganggap pencalonan dalam kelompok lima terbaik itu sendiri sebagai satu pencapaian besar.

“Soal itu (kemenangan), kita serahkan kepada Tuhan. Kalau menang, itu rezeki tetapi bila dapat tercalon dalam kelompok lima terbaik pun sudah membanggakan.

“Kita perlu sentiasa berfikiran positif kerana persaingan tahun ini memang hebat dan semua mempunyai kelebihan masing-masing.

“Saya sudah memberikan yang terbaik. Sekarang hasil usaha saya mendapat perhatian dan pengiktirafan apabila tercalon dalam Top 5, itu sudah cukup bagi saya,” ujarnya.

Dalam kategori tersebut, Andy bersaing dengan empat lagi pelakon iaitu Wan Hanafi Su (Badak ), Aedy Ashraf ( Tarung ), Kuben Mahadevan ( Macai ) dan Sky Iskandar ( The Furiou s).

Terdahulu, nama Andy menjadi bualan apabila dilihat hadir ke sebuah acara di taman tema air popular bersama Chacha.

Kehadirannya bersama Chacha mengundang dakwaan dia kini menjalin hubungan istimewa dengan pelakon tersebut meski sebelum ini pernah menafikannya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kalau betul mereka minat, hal peribadi saya tolong letak tepi’ appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow15:00
Latest 15:23 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
15 Oct, 14:16 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    14:16

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.