Malaysian Attention Engine
Live wire
NewConfirmedupdated 57 min ago

Lelaki Rohingya direman 7 hari kes jumpa 2 guni tulang manusia

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
44
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 11:37 MYTLatest activity 13 Oct, 11:42BMconfidence 85%

What happened

KANGAR – Seorang buruh kontrak etnik Rohingya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh susulan siri penemuan tulang manusia di Simpang Empat, dekat sini pada Julai dan Ogos lalu. (Kosmo!, 11:37)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Lelaki Rohingya direman 7 hari kes jumpa 2 guni tulang manusia

By Noor Sara Mohamad Hanif · 13 Oct, 11:42 MYT

KANGAR: Seorang lelaki warga Myanmar etnik Rohingya direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 19 Oktober depan, bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan rangka manusia.

Suspek berusia 38 tahun itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar di sini, pada jam 9.46 pagi sebelum dibawa keluar selepas prosiding permohonan reman selesai pada jam 10.09 pagi.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Natasha Rizal bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditahan pada jam 12 tengah hari semalam, di sebuah rumah di Kuala Perlis.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas telefon pintar berserta sekeping kad sim bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang pengakuan diperoleh daripada suspek yang mendakwa hanya mengetahui mengenai kejadian penemuan rangka itu melalui kumpulan aplikasi WhatsApp sahaja.

"Suspek bekerja sebagai buruh kontrak dan pernah bekerja di kawasan Sungai Limau serta Kota Sarang Semut, Kedah, sejak dua bulan lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Yusharifuddin berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 2022, namun ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif sebarang penyalahgunaan dadah.

Sebelum ini, media pada 29 September lalu melaporkan pihak polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar dikenali sebagai Mohd Ilyas Mohd Islam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Untuk rekod, pada 26 Julai lalu, rangka tulang manusia pertama ditemui di dalam sebuah bungkusan guni yang sudah reput di kebun berhadapan kilang beras di Kampung Behor Mali, di sini, dan kes pada mulanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Bagaimanapun guni putih kedua berisi sisa tulang manusia ditemui di kawasan tanah rizab Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kira-kira 31.1 meter dari lokasi pertama pada 5 Ogos lalu.

Polis mengklasifikasikan semula kes berkenaan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 3 independent sources, 3 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 47NEWnow12:00
Latest 12:35 MYT
44New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Kosmo! (News)
13 Oct, 11:37 MYT
Origin confidence 60% · 5 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    11:37

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.