Malaysian Attention Engine
Live wire
42General : Tuanku Muhriz Will Not Attend Conference of Rulers Meeting40Pindaan Akta Pengangkutan Jalan: Rang undang-undang dibentang awal 2027 - Loke39Pelajar diperdaya sindiket penipuan, serah wang, barang kemas ibu bapa lebih RM30,00039Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia38Kepercayaan terhadap AI bergantung pada jaminan keselamatan – Josephine Teo33Raja Perlis ziarah Tun M di IJN, ramai lega lihat semakin sihat32Pemandu, penumpang nyaris maut bas rempuh surau sekolah31Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut31World : September 2026 Second-Warmest On Record As Global Temperatures Remain Above 1.5 Degrees29Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok28Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM28General : Sarawak To Work Closely With Fed Govt To Set Framework For SEZ
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kawasan risiko lubang benam wajib dinilai, kata KPKT

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 22:34 MYTLatest activity 12 Oct, 22:34BMconfidence 60%

What happened

Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) memutuskan pemeriksaan utiliti usang di kawasan berisiko lubang benam dilaksanakan sebelum perancangan dilulus oleh PBT. (Gambar JKR) PUTRAJAYA: Penilaian teknikal dan pemeriksaan utiliti usang di kawasan berisiko berlaku lubang benam perlu dilaksanakan sebelum sebarang kelulusan pembangunan diberikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). (Free Malaysia Today, 22:34)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Kawasan risiko lubang benam wajib dinilai, kata KPKT

By Bernama · 12 Oct, 22:34 MYT

Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) memutuskan pemeriksaan utiliti usang di kawasan berisiko lubang benam dilaksanakan sebelum perancangan dilulus oleh PBT. (Gambar JKR) PUTRAJAYA: Penilaian teknikal dan pemeriksaan utiliti usang di kawasan berisiko berlaku lubang benam perlu dilaksanakan sebelum sebarang kelulusan pembangunan diberikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-51, dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan aspek keselamatan awam dan risiko geologi diberi perhatian sejak peringkat awal perancangan pembangunan,” menurut KPKT menerusi kenyataan.

KPKT memaklumkan mesyuarat itu turut menggesa kerajaan negeri memperkasakan penyediaan tanah lapang awam berkualiti serta mempercepat proses pewartaan bagi menjamin akses rakyat kepada ruang rekreasi yang selamat, selesa dan mudah dikunjungi sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh interaksi dalam komuniti.

Kementerian itu memaklumkan mesyuarat berkenaan turut meluluskan Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3) sebagai hala tuju strategik pembangunan fizikal dan perbandaran negara.

RFN5 merupakan dokumen perancangan spatial tertinggi negara yang meliputi Semenanjung, Sabah, dan Labuan hingga 2040, dengan tumpuan antaranya terhadap pembangunan guna tanah mampan, pemeliharaan sumber asli serta peningkatan daya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana.

Antara sasaran RFN5 ialah pelaksanaan bandar pintar di 115 PBT, pengekalan sekurang-kurangnya 50% litupan hutan serta penyediaan 1.6 juta hektar tanah berpotensi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Sementara itu, DPN3 merupakan dasar pembangunan bandar negara sehingga 2035 yang meliputi 203 bandar di bawah 101 PBT di Semenanjung dan Labuan, bagi memastikan pertumbuhan bandar dirancang secara lebih tersusun, inklusif dan mampan, seiring perubahan demografi, ekonomi dan teknologi serta cabaran perubahan iklim.

KPKT memaklumkan MPFN turut mempertimbangkan Draf Rancangan Struktur Putrajaya 2050 yang menggariskan hala tuju pembangunan pusat pentadbiran negara, termasuk sasaran penduduk sebanyak 305,000 orang, penyediaan 83,438 unit rumah, pencapaian status neutral karbon serta pengurusan bandar berteraskan kecerdasan buatan.

Selain itu, mesyuarat turut bersetuju dengan Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 yang menggariskan strategi pembangunan, termasuk pembangunan Pelabuhan Darat Perlis dan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), serta pengukuhan kawasan jelapang padi di negeri itu.

“Secara keseluruhannya, keputusan MPFN ke-51 memperkukuh komitmen Kerajaan untuk memastikan pembangunan fizikal dan perbandaran negara dilaksanakan secara terancang, mampan, inklusif, berdaya tahan serta responsif terhadap perubahan masa hadapan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” menurut kenyataan itu.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow00:0001:00
Latest 01:15 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
12 Oct, 22:34 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    22:34

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Kawasan risiko lubang benam wajib dinilai, kata KPKT
Free Malaysia TodayNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Kawasan risiko lubang benam wajib dinilai, kata KPKT · Malaysian Attention Engine