Malaysian Attention Engine
Live wire
51Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46Perselisihan rumah tangga disyaki jadi punca45General : Missing JBPM Officer Mohd Sani Among 121 Honoured at KPKT's Appreciation Night43General : Government Supports Efforts To Strengthen Islamic Scholarship For Ummah - Anwar42Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia40Jet bawa dadah: PDRM tunggu pengesahan penglibatan ahli politik Filipina | Sinar Harian40Business : Malaysia's Economy Expands 5.3 Pct In 3Q 2026, Growth Across Sectors -- DOSM40Fashion Valet terima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah, PNB - Saksi39Prabowo lulus terima bantuan Malaysia padam kebakaran hutan39Guru tuisyen ditahan lakukan amang seksual terhadap lima pelajar lelaki39'I don't want to see you!': Tuanku Muhriz dresses down N Sembilan MB over throne dispute39Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran
NewConfirmedupdated 56 min ago

'Kecuaian awak pandu membabi buta, orang lain jadi mangsa...' - Kakak mangsa kemalangan di Jalan Kuching tuntut keadilan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 19:41 MYTLatest activity 16 Oct, 20:06BMconfidence 80%

What happened

'Kecuaian awak pandu membabi buta, orang lain jadi mangsa...' - Kakak mangsa kemalangan di Jalan Kuching tuntut keadilan (Harian Metro, 19:41)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

'Kecuaian awak pandu membabi buta, orang lain jadi mangsa...' - Kakak mangsa kemalangan di Jalan Kuching tuntut keadilan

By Noor Hidayah Tanzizi · 16 Oct, 19:41 MYT

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Saya sekadar ingin anda berfikir (keluarga BYD), atas sikap kecuaian awak memandu membabi buta, orang lain yang menjadi mangsa.

"Saya berharap mahkamah boleh beri keputusan yang adil kerana bukti rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sangat jelas dan nyata."

Demikian luahan Nurul Akmar Yahya berhubung kemalangan yang menimpa adiknya, Ahmad Safwan Yahya dalam nahas enam kenderaan di Jalan Kuching, di sini, pada Sabtu lalu.

Kemalangan membabitkan kereta elektrik BYD, Perodua Bezza, Nissan Almera, Toyota Alphard, Perodua Myvi dan sebuah motosikal Yamaha 135LC itu turut mengorbankan kanak-kanak, Allahyarham Asiah Ahmad Syahir, 5.

Nurul Akmar dalam perkongsiannya di Threads memaklumkan, Ahmad Safwan yang menunggang motosikal ketika kejadian mengalami kecederaan patah pinggang kiri, kulit kepala terkoyak dan paru-paru kiri bocor.

Menurutnya, adiknya kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menjalani pembedahan untuk menjahit kulit kepala yang terkoyak pada Selasa lalu.

"Sekarang pihak kami sedang menunggu rawatan seterusnya iaitu pembedahan bagi pinggang kiri yang patah dan paru-paru kiri leaking (bocor)," katanya.

Dalam perkongsian itu, Nurul Akmar membangkitkan perkara berhubung perbelanjaan keluarga Ahmad Safwan yang mempunyai seorang isteri dan tiga anak kerana pemulihan adiknya dijangka mengambil masa lama sebelum boleh kembali bekerja semula.

"Siapa yang akan menampung kos harian kerana adik saya mempunyai keluarga yang perlu diberi makan (isteri dan tiga anak).

"Dalam tempoh pemulihan, keluarga adik saya tiada punca pendapatan kerana isterinya tidak bekerja," katanya.

Dia turut mempersoalkan sama ada pemandu pemandu BYD berkenaan di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya ketika kejadian.

Selain itu, dia berharap siasatan kes berkenaan dijalankan dengan telus serta berharap mahkamah dapat memutuskan keputusan yang adil berdasarkan bukti dan rakaman dashcam yang didakwanya jelas menunjukkan kejadian itu.

Dalam hantaran itu juga, Nurul Akmar dan seluruh keluarganya menyampaikan salam takziah buat keluarga Allahyarham Asiah.

Semalam media melaporkan, pemandu kereta elektrik BYD terbabit kemalangan sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan lima tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas tiga tuduhan termasuk memandu secara berbahaya.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan dan meminta dibicarakan sebaik dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Aliaa Anwar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow20:00
Latest 20:58 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Harian Metro (News)
16 Oct, 19:41 MYT
Origin confidence 90% · 25 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    19:41

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

'Kecuaian awak pandu membabi buta, orang lain jadi mangsa...' - Kakak mangsa kemalangan di Jalan Kuching tuntut keadilan · Malaysian Attention Engine