Malaysian Attention Engine
Live wire
53Pendekatan KPWKM tangani keganasan rumah tangga50PN’s deregistration proves Bersatu was in the right, says Azmin46General : Attendance At Siti Nurhaliza Concert Was By Special Invitation - Anwar44Business : BNM To Issue Strategy Paper, Exposure Draft On Shariah Contract Framework This Year43KWAP's eFishery investment: Anwar admits failure stemmed from following int'l trends41Diskaun 30 peratus tiket ekonomi ECRL sepanjang bulan pertama operasi – Loke39Anwar dismisses claims minister took RM9.5mil from businessman39Australian lawmaker Helen Haines in critical condition after vehicle attack3812 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat38Cara sembelihan ayam meragukan, Radzi Jidin gesa siasat premis di Bandar Tun Razak37Kebakaran hutan di Indonesia: Bantuan luar perlu tunggu pengisytiharan bencana nasional | Sinar Harian36242 pelajar tajaan Mara di Perancis selamat – Asyraf Wajdi
NewConfirmedupdated 1 h ago

Keganasan ekonomi turut jerat wanita, bukan hanya penderaan fizikal

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 11:22 MYTLatest activity 20 Oct, 12:45BMconfidence 75%

What happened

BUTTERWORTH - Keganasan terhadap wanita bukan hanya melibatkan penderaan fizikal atau kata-kata kesat, malah turut merangkumi keganasan ekonomi apabila pasangan mengawal kewangan sehingga mangsa tidak mempunyai wang untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kawalan kewangan sedemikian boleh menjejaskan kesejahteraan emosi mangsa, mencetuskan kemurungan serta mengganggu keharmonian rumah tangga termasuk memberi kesan kepada perkembangan anak-anak.Menurutnya, kesedaran mengenai pelbagai bentuk keganasan perlu (Sinar Harian, 11:22)

Read the reporting

2 reports
Sinar Harian·News·BM·3 min read

Keganasan ekonomi turut jerat wanita, bukan hanya penderaan fizikal

By SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI · 20 Oct, 11:22 MYT

BUTTERWORTH - Keganasan terhadap wanita bukan hanya melibatkan penderaan fizikal atau kata-kata kesat, malah turut merangkumi keganasan ekonomi apabila pasangan mengawal kewangan sehingga mangsa tidak mempunyai wang untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kawalan kewangan sedemikian boleh menjejaskan kesejahteraan emosi mangsa, mencetuskan kemurungan serta mengganggu keharmonian rumah tangga termasuk memberi kesan kepada perkembangan anak-anak.Menurutnya, kesedaran mengenai pelbagai bentuk keganasan perlu dipertingkatkan supaya wanita mengetahui hak mereka, mengenal pasti penderaan yang dialami dan berani mendapatkan bantuan."Apabila seseorang wanita tidak diberikan wang untuk perbelanjaan rumah, perkara itu juga boleh menjadi satu bentuk keganasan melalui kawalan kewangan dan ekonomi."Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa berasa tertekan, tidak berpuas hati dengan pasangan dan akhirnya menjejaskan kehidupan seluruh keluarga," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Eliminate Violence Against Women (EVAW) Sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2026 di sini pada Selasa.Dalam perkembangan sama, Nancy berkata, keganasan terhadap wanita kini turut berlaku dalam ruang digital apabila teknologi disalahgunakan untuk mengugut, mengintip atau memalukan pasangan."Penyebaran kandungan digital sedemikian boleh menyebabkan mangsa mengalami tekanan berulang selain menjejaskan hubungan kekeluargaan, pendidikan, pekerjaan dan reputasi mereka."Sehubungan itu, kesedaran mengenai hak mangsa, saluran pelaporan dan bentuk bantuan yang tersedia perlu diperluas supaya masyarakat memahami bahawa keganasan tidak boleh dinormalisasikan," katanya.Nancy berkata, program kesedaran itu dilaksanakan sepanjang tahun di semua negeri dan tidak hanya tertumpu pada 25 November, iaitu tarikh sambutan Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita.Mengulas mengenai EVAW, beliau berkata, antara matlamat utama program berkenaan ialah membantu mangsa membina semula kehidupan melalui pemerkasaan ekonomi supaya mereka mampu berdikari khususnya selepas berhadapan keganasan rumah tangga atau perceraian.Tambahnya, mangsa turut diberikan pendedahan mengenai saluran bantuan, hak di sisi undang-undang serta sokongan yang tersedia bagi membolehkan mereka keluar daripada situasi penderaan."Kita mahu wanita tahu bagaimana mereka boleh membantu diri sendiri, membina semula keyakinan dan meyakinkan keluarga bahawa mereka mampu bangkit semula."Melalui program ini, kita bukan sahaja meningkatkan kesedaran tetapi turut membantu mereka mendapatkan sumber kewangan sendiri bagi menyara diri dan keluarga," ujarnya.Nancy berkata, peningkatan jumlah kes yang dilaporkan tidak semestinya menunjukkan keganasan semakin berleluasa sebaliknya boleh mencerminkan peningkatan kesedaran dan keberanian mangsa untuk tampil membuat laporan.Menurutnya, masih terdapat mangsa yang sebelum ini tidak mengetahui bahawa perbuatan tertentu termasuk kawalan kewangan dan bentuk penderaan lain merupakan keganasan serta terdapat mekanisme kerajaan untuk membantu mereka.Beliau berkata, program kesedaran turut membuka ruang kepada mangsa berkongsi pengalaman dan kaedah mengatasi masalah dengan individu lain yang berhadapan situasi sama.Malah, katanya, terdapat mangsa yang membentuk kumpulan komunikasi menerusi aplikasi WhatsApp bagi saling berkongsi pengalaman serta mendapatkan sokongan untuk keluar daripada situasi penderaan.Dalam pada itu, Nancy berkata, kementerian akan terus menambah baik program sedia ada termasuk menggalakkan lebih ramai masyarakat menyertai Sahabat Wanita Antigangguan (SWAT Waja) bagi memperluas usaha pencegahan di peringkat komuniti.Menurutnya, penglibatan lelaki dalam gerakan berkenaan juga penting kerana usaha membanteras keganasan terhadap wanita memerlukan sokongan semua pihak."Daripada lebih 300,000 ahli SWAT Waja, kira-kira 25 peratus adalah lelaki. Ini menunjukkan lelaki juga mahu memainkan peranan membantu wanita, keluarga dan masyarakat di kawasan masing-masing."Kita mahu lebih ramai tampil sebagai pemimpin komuniti yang boleh membantu mangsa membuat laporan serta menyebarkan kesedaran hingga ke kampung-kampung," katanya.Nancy menambah, kementerian juga menyediakan peruntukan bantuan kewangan kira-kira RM1 juta yang mula dilaksanakan tahun ini bagi membantu wanita yang memerlukan sokongan untuk meninggalkan rumah bersama anak-anak dan memulakan kehidupan baharu."Kadangkala wanita yang mahu keluar daripada rumah tidak mempunyai wang untuk membawa anak-anak mereka ke tempat lain. Jadi, kita mahu memastikan mereka mempunyai bantuan yang diperlukan."Peruntukan ini membolehkan kita meneruskan usaha membantu mereka dan menjadi asas untuk memperkukuh bantuan pada tahun hadapan," katanya.Nancy berkata, kementerian turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyediakan rumah transit untuk mangsa yang memerlukan tempat perlindungan sementara.Dalam pada itu, beliau berkata, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 5,278 kes keganasan rumah tangga di seluruh negara sehingga Ogos 2026 dengan Pulau Pinang mencatatkan 228 kes.Angka itu, katanya, mengukuhkan keperluan untuk memastikan masyarakat tidak memandang ringan sebarang bentuk keganasan kerana kesannya bukan sahaja meninggalkan kecederaan fizikal, malah boleh merampas rasa selamat, maruah dan masa depan mangsa serta ahli keluarga.

As published in Sinar Harian’s feed.Read at Sinar Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33first news pick-upNEWnow12:0013:0014:00
Latest 14:07 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source

Where it started

Sinar Harian (News)
20 Oct, 11:22 MYT
Origin confidence 90% · 84 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    11:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Keganasan ekonomi turut jerat wanita, bukan hanya penderaan fizikal · Malaysian Attention Engine