Malaysian Attention Engine
Live wire
55General : Hajiji Urges Sabah Districts to Develop Unique Tourism Products45Deva, komposer di sebalik muzik ikonik 'Baasha' meninggal dunia pada usia 75 tahun38Over 1,800kg of invasive fish hauled from Ampang Hilir Lake Park36General : 6,724 MOH Officers Approved For Promotions, Acting Appointments36Elon Musk perkenalkan kereta terbang Tesla35Pang Ron-Pei Jing kejutkan gandingan Jepun34General : Salary Guidelines Require Transparent Monitoring, Enforcement - Analysts34Banjir kilat di Subang, Ara Damansara dan Kota Damansara34Mimpi ngeri pemilik rumah, penyewa guna kediaman lombong Bitcoin secara haram33Haze triggers highest-level alert in parts of Southeast Asia33Pulau Silikon pemangkin ekonomi strategik Pulau Pinang untuk 50 tahun33Amazon launches new Bee 'personal AI' devices that listen to conversations
NewConfirmedupdated 38 min ago

Keluarga 3 rakyat Malaysia mangsa banjir Nepal terima bantuan 'one off' RM6,500

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 18:33 MYTLatest activity 17 Oct, 19:09BMconfidence 80%

What happened

GEORGETOWN: Keluarga tiga rakyat Malaysia yang masih hilang dalam tragedi banjir besar di Nepal Ogos lalu, menerima bantuan secara 'one-off' RM6,500 bagi keperluan mereka. (Berita Harian, 18:33)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Keluarga 3 rakyat Malaysia mangsa banjir Nepal terima bantuan 'one off' RM6,500

By Zuhainy Zulkiffli · 17 Oct, 18:33 MYT

GEORGETOWN: Keluarga tiga rakyat Malaysia yang masih hilang dalam tragedi banjir besar di Nepal Ogos lalu, menerima bantuan secara 'one-off' RM6,500 bagi keperluan mereka.

Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, RSN Rayer, berkata keluarga itu masing-masing menerima RM5,000 daripada pihaknya, manakala RM1,000 dan RM500 lagi disampaikan oleh Pejabat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Rayer berkata, bantuan itu bagi meringankan beban ditanggung ahli keluarga berikutan masih tiada khabar berita daripada mangsa yang hilang.

"Kita menyeru kerajaan beri bantuan secara one-off kepada keluarga terbabit sebagai kebajikan bagi meringankan beban mereka.

"Kita juga mohon Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memudah cara pengeluaran dokumen seperti sijil kematian dan lain-lain lagi yang diperlukan keluarga bagi kegunaan pelbagai tuntutan termasuk insurans.

"Ia bukan sahaja membabitkan mangsa di Pulau Pinang tetapi keluarga bagi 54 mangsa lagi dan saya akan usulkan perkara ini di Parlimen," katanya ketika Program Sumbangan Prihatin bagi Keluarga Mangsa Bencana Banjir di Nepal di sini.

Sementara itu, P Rubbani, 39, berkata sumbangan memberi sedikit ruang untuk 'bernafas' susulan kejadian menimpa suaminya, M Poobalan, 40, yang juga seorang penolong jurutera.

"Bantuan ini bagi kegunaan dua anak berusia enam dan sembilan tahun, selain beberapa komitmen lain," katanya ketika ditemui.

M Shaveel Vanan, 18, pula berkata akan mendaftar sebagai penuntut di Politeknik Seberang Perai bulan depan dan kegembiraan itu tidak dapat dikongsikan bersama ibu dan bapanya, K Mangala Vanan, 51 dan M Malani, 50, berikutan tragedi itu.

"Perbelanjaan setakat ini dibantu abang dan kakak berusia 24 dan 22 tahun.

"Bapa bekerja sebagai Pengurus Sekuriti, manakala ibu suri rumah dan ini kali pertama mereka ke sana. Impian bapa mahu melihat saya menyambung pengajian ke luar negara untuk bergelar peguam, namun saya terima sahaja ketentuan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow19:00
Latest 19:22 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 18:33 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    18:33

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.