Malaysian Attention Engine
Live wire
521MDB reaches settlement with Deutsche Bank in US$1.1bil suit47Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara46Dua lelaki maut, lima cedera kemalangan di Glenmarie45Pindaan Akta Pengangkutan Jalan: Rang undang-undang dibentang awal 2027 - Loke41General : Tuanku Muhriz Will Not Attend Conference of Rulers Meeting41Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching40Pemandu, penumpang nyaris maut bas rempuh surau sekolah40Batik Air batal penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah38General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon38Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37JPJ gantung sementara VTA Chery Omoda 537Henti 47 kes Yayasan Akalbudi babit Ahmad Zahid, semakan cabar prosiding Jun 2027
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Bukan tugas mudah berdepan Pohang Steelers - Munoz

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 16:03 MYTLatest activity 12 Oct, 16:03BMconfidence 60%

What happened

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz menegaskan aksi menentang kelab dari Korea Selatan, Pohang Steelers dalam aksi Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Pohang Steel Yard, di Pohang, Korea Selatan, petang esok bukan tugas mudah. (Berita Harian, 16:03)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Bukan tugas mudah berdepan Pohang Steelers - Munoz

By Rizar Mohd Noor · 12 Oct, 16:03 MYT

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz menegaskan aksi menentang kelab dari Korea Selatan, Pohang Steelers dalam aksi Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Pohang Steel Yard, di Pohang, Korea Selatan, petang esok bukan tugas mudah.

Beliau berkata, saingan ACLE adalah pertandingan yang lebih mencabar di mana barisan pemain JDT yang bakal diturunkan nanti tidak boleh leka walaupun sesaat, malah tidak boleh membiarkan walaupun 10 minit berlalu tanpa memberikan prestasi terbaik dalam perlawanan itu.

"Musim lalu di Stadium Sultan Ibrahim, kami beraksi baik untuk melakar kemenangan ke atas Pohang Steelers walaupun kami ketinggalan 0-1 sebelum bangkit menyamakan jaringan dan kini giliran kami bertandang ke gelanggang mereka dan sudah pasti ia memberi cabaran apabila menentang kelab dari Korea Selatan itu.

"Dalam saingan ACLE, kami perlu memberikan tumpuan dan perhatian sepenuhnya; kita mesti bersedia menghadapi segala situasi, baik semasa menyerang mahupun bertahan.

"Seperti yang saya katakan sudah pasti ia menjadi perlawanan yang sukar dan sengit namun kami perlu memberi 100 peratus fokus dan memperaga aksi terbaik bagi meraih keputusan positif kerana ia penting terus kekal bersaing dalam saingan ACLE," katanya.

Untuk rekod, JDT berjaya membenam skuad kendalian Park Tae-ha 5-2 ketika aksi di Stadium Sultan Ibrahim 18 Februari 2025 di bawah bimbingan Hector Bidoglo namun kelab dari Korea Selatan itu pernah tewaskan Harimau Selatan dua kali iaitu menang 4-1 pada 28 Jun 2021 dan menang kali kedua 2-0 pada 1 Julai 2021 yang ketika itu JDT dibimbing Benjamin Mora.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu juga mengesahkan tonggak pertahanan, Eddy Israfilov tidak dapat diturunkan kerana penggantungan dua perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika menentang kelab dari Thailand, Buriram United pada aksi 15 September lalu.

Bagaimanapun, senario itu tidak membimbangkan tatkala Munoz memiliki barisan pemain pertahanan yang mampu menggalas tugas untuk membentuk benteng yang ampuh bagi memastikan barisan serangan Pohang Steelers tidak bermaharajalela mengasak benteng Harimau Selatan.

"Kami perlu ada dalam fikiran iaitu perlu berusaha keras untuk mencapai apa yang dihajati. Apa yang dimaksudkan kami hadir ke Korea Selatan dengan tujuan meraih tiga mata dan pemain perlu ambil cabaran walaupun sedar ianya tampak sukar.

"Hakikatnya, terdapat dua atau tiga perkara pemain lawan akan lakukan, mungkin dari aspek serangan dan kami perlu membentuk taktikal ampuh untuk bermain dengan lebih selamat dan selesa ketika menyerang di kubu lawan sekali gus menidakkan penguasaan pasukan lawan.

"Selepas itu kami akan lihat bagaimana perjalanan perlawanan itu nanti dan tidak boleh terlalu gopoh yang boleh memakan diri. Namun JDT sentiasa akan turun dengan mentaliti untuk menang dan tempoh 90 minit perlawanan menjadi penentu segalanya," ujar Munoz.

Rekod pertemuan JDT menentang Pohang Steelers

18 Februari 2025

JDT 5 Pohang Steelers 2

28 Jun 2021

JDT 1 Pohang Steelers 4

1 Julai 2021

JDT 0 Pohang Steelers 2

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow17:0018:00
Latest 18:18 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
12 Oct, 16:03 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    16:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Bukan tugas mudah berdepan Pohang Steelers - Munoz · Malaysian Attention Engine