
Kenaikan gaji minimum perlu ambil kira tekanan margin untung PMKS - SAMENTA
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji minimum perlu mengambil kira tekanan margin keuntungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi memastikan perniagaan terus mempunyai ruang untuk melabur dalam automasi, teknologi dan pematuhan terhadap keperluan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). (Berita Harian, 16:37)
Read the reporting
1 report
Kenaikan gaji minimum perlu ambil kira tekanan margin untung PMKS - SAMENTA
KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji minimum perlu mengambil kira tekanan margin keuntungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi memastikan perniagaan terus mempunyai ruang untuk melabur dalam automasi, teknologi dan pematuhan terhadap keperluan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Presiden Kebangsaan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng, berkata kebanyakan PMKS berdepan tekanan margin keuntungan walaupun mencatatkan peningkatan jualan, sekali gus mengehadkan keupayaan mereka untuk menampung pertambahan kos operasi.
Beliau berkata, kebimbangan utama bukanlah kemungkinan kenaikan gaji minimum menyebabkan penutupan besar-besaran PMKS, sebaliknya peningkatan kos buruh boleh mengurangkan lebihan pendapatan yang sepatutnya digunakan untuk pembelian mesin baharu, automasi dan pengembangan perniagaan.
"Jika gaji minimum dinaikkan ketika margin keuntungan perniagaan berada di bawah tekanan, lebihan pendapatan yang sepatutnya diperuntukkan untuk automasi, pembelian mesin baharu, pertumbuhan perniagaan dan pematuhan keperluan ESG serta Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (CBAM) mungkin terpaksa digunakan untuk menampung kos gaji," katanya ketika perbahasan pasca Belanjawan 2027 di sini, hari ini.
Mengulas pelaksanaan gaji minimum, Ng berkata kesan kenaikan gaji berbeza mengikut lokasi dan kemampuan perniagaan dengan sebahagian PMKS di Lembah Klang sudah membayar gaji melebihi RM2,000 sebulan.
Bagaimanapun, katanya, tambahan kos buruh boleh memberi kesan lebih besar kepada perniagaan kecil di kawasan seperti Kota Bharu yang mempunyai margin keuntungan terhad dan mengambil pekerja bagi membantu operasi harian.
"Kenaikan kos itu boleh menyebabkan sesetengah perniagaan mengurangkan pengambilan pekerja atau memindahkan sebahagian kos kepada pengguna dan menjejaskan peluang pekerjaan bagi golongan berkemahiran rendah," katanya.
Beliau berkata, bagi sebahagian pekerja, peluang mendapatkan pekerjaan juga penting selain kadar gaji yang ditawarkan khususnya dalam kalangan mereka yang mempunyai tahap pendidikan dan kemahiran lebih rendah.
Pada masa sama, Ng mengakui pengecualian gaji minimum bagi sebahagian PMKS boleh menimbulkan kebimbangan mengenai perbezaan kadar gaji antara pekerja, selain menyukarkan usaha menyelaraskan kadar gaji minimum pada masa depan.
Beliau berkata, walaupun PMKS menggaji kira-kira separuh daripada tenaga kerja negara, pekerjaan bergaji lebih tinggi dan jawatan yang memerlukan kelayakan lebih baik lazimnya lebih banyak diserap oleh syarikat besar tempatan (GLC) dan syarikat multinasional (MNC).
Oleh itu, katanya, dasar gaji minimum perlu mengambil kira keupayaan perniagaan untuk berkembang dan mewujudkan peluang pekerjaan yang mampan, tanpa mengetepikan usaha meningkatkan taraf hidup pekerja.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:37
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.