Malaysian Attention Engine
Live wire
57Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB54Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB47Perselisihan rumah tangga disyaki jadi punca46Pang Ron-Pei Jing kejutkan gandingan Jepun45El Nino: Nelayan pantai antara terkesan44General : Government Supports Efforts To Strengthen Islamic Scholarship For Ummah - Anwar43Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia41Business : Malaysia's Economy Expands 5.3 Pct In 3Q 2026, Growth Across Sectors -- DOSM40Fashion Valet terima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah, PNB - Saksi40Prabowo lulus terima bantuan Malaysia padam kebakaran hutan40Guru tuisyen ditahan lakukan amang seksual terhadap lima pelajar lelaki40'I don't want to see you!': Tuanku Muhriz dresses down N Sembilan MB over throne dispute
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Kerajaan Gaza nafi kenakan bayaran terhadap lori bantuan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 17:16 MYTLatest activity 16 Oct, 17:16BMconfidence 60%

What happened

GAZA: Pejabat Media Kerajaan Gaza menafikan dakwaan mengenakan cukai atau bayaran terhadap lori komersial, sebaliknya menuduh Israel menyebarkan maklumat palsu bagi mewajarkan sekatan kemasukan barangan ke wilayah itu. (Utusan Malaysia, 17:16)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Kerajaan Gaza nafi kenakan bayaran terhadap lori bantuan

By .WARTAWAN LUAR NEGARA · 16 Oct, 17:16 MYT

GAZA: Pejabat Media Kerajaan Gaza menafikan dakwaan mengenakan cukai atau bayaran terhadap lori komersial, sebaliknya menuduh Israel menyebarkan maklumat palsu bagi mewajarkan sekatan kemasukan barangan ke wilayah itu.

Dalam kenyataan pada Khamis, pejabat itu turut menggesa Israel dipaksa membenarkan kemasukan 600 lori ke Gaza setiap hari, lapor Anadolu.

Penafian itu susulan dakwaan penyelaras aktiviti kerajaan Israel di wilayah Palestin, Yoram Halevi, pada Rabu berhubung pengenaan caj terhadap peniaga serta langkah mengawal urus niaga tunai di Gaza.

Pejabat itu menuduh Israel melancarkan kempen maklumat palsu dan cuba menyalahkan pihak berkuasa Gaza atas kelewatan membenarkan lori memasuki wilayah berkenaan.

Menurut kenyataan itu, pihaknya turut menghubungi pengantara dan badan antarabangsa bagi menjelaskan pendirian serta memberi amaran bahawa tindakan tambahan Israel boleh memburukkan krisis kemanusiaan di Gaza.

Pejabat itu menegaskan tiada cukai atau bayaran kerajaan dikenakan terhadap lori komersial, malah tiada kutipan seumpama itu dibuat daripada aktiviti komersial sepanjang tiga tahun lalu berikutan keadaan kemanusiaan dan ekonomi luar biasa di wilayah berkenaan.

Halevi dalam surat kepada pegawai antarabangsa mendakwa Hamas menuntut peniaga membayar 10,000 shekel (RM13,170) bagi setiap lori yang memasuki Gaza, sehingga mendorong sektor swasta menghentikan penyelarasan kemasukan barangan.

Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata, jumlah itu berkaitan dengan ‘inisiatif komuniti secara sukarela’ yang melibatkan ahli perniagaan, tokoh masyarakat, institusi dan syarikat.

Dana berkenaan disalurkan bagi membantu anak yatim, balu, kanak-kanak dan pelajar yang memerlukan, selain membiayai projek perumahan, sanitasi dan bantuan kemanusiaan.

Halevi turut mendakwa Hamas mewajibkan peniaga menjual 30 peratus barangan secara tunai bagi mengawal aliran dana.

Bagaimanapun, pejabat media itu menjelaskan langkah urus niaga tunai sebanyak 30 peratus diperkenalkan bagi menangani kekurangan wang tunai yang serius, peredaran meluas wang kertas lusuh serta memudahkan urusan jual beli.

Menurut pejabat itu, langkah berkenaan dicadangkan dan dipersetujui oleh Dewan Perniagaan, bukannya diputuskan secara sepihak oleh kerajaan.- ANADOLU

The post Kerajaan Gaza nafi kenakan bayaran terhadap lori bantuan appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow18:0019:00
Latest 19:28 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
16 Oct, 17:16 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    17:16

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.