
Kerajaan perketat syarat pusat data, kenakan tarif elektrik ikut pasaran
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Johari Ghani berkata kerajaan tetap pelbagai syarat memastikan syarikat dan penyedia perkhidmatan tempatan turut mendapat manfaat daripada kemasukan pelaburan pusat data. (Gambar Envato Elements) KUALA LUMPUR: Kerajaan memperketat syarat pelaburan pusat data di negara ini dengan mengenakan tarif elektrik mengikut harga pasaran, selain mewajibkan pengendali membayar penuh kapasiti tenaga yang ditempah walaupun tidak digunakan sepenuhnya. (Free Malaysia Today, 12:12)
Read the reporting
1 report
Kerajaan perketat syarat pusat data, kenakan tarif elektrik ikut pasaran
Johari Ghani berkata kerajaan tetap pelbagai syarat memastikan syarikat dan penyedia perkhidmatan tempatan turut mendapat manfaat daripada kemasukan pelaburan pusat data. (Gambar Envato Elements) KUALA LUMPUR: Kerajaan memperketat syarat pelaburan pusat data di negara ini dengan mengenakan tarif elektrik mengikut harga pasaran, selain mewajibkan pengendali membayar penuh kapasiti tenaga yang ditempah walaupun tidak digunakan sepenuhnya.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Ghani berkata tarif elektrik bagi pusat data kini diasingkan daripada kategori pengguna lain bagi memastikan sektor itu tidak lagi bergantung kepada subsidi yang dinikmati pengguna domestik dan industri biasa.
Beliau berkata, langkah itu juga bertujuan memastikan pelabur menanggung kos sebenar bekalan elektrik yang diperlukan, termasuk kapasiti tenaga yang telah ditempah tetapi tidak digunakan.
Johari Ghani. "Dulu kalau minta 200 megawatt (MW), kita beri tetapi pelabur mungkin guna 100MW sahaja. Sekarang, kalau sudah bersedia dan hanya guna 100MW, kita tetap anggap mereka guna 200MW dan mengenakan caj penuh," katanya di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan tambahan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai insentif pelaburan pusat data, manfaatnya kepada ekonomi dan masyarakat serta kawalan terhadap penggunaan sumber negara.
Johari berkata, pelabur turut diwajibkan menanggung kos menaik taraf rangkaian penghantaran elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB), selain menggunakan teknologi kitar semula air bagi mengurangkan tekanan terhadap bekalan air negeri.
Menurutnya, Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) juga menetapkan syarat penggunaan sekurang-kurangnya 3% kandungan tempatan, termasuk khidmat perunding, kontraktor serta perkhidmatan kejuruteraan dan perundangan.
Katanya, syarat itu bertujuan memastikan syarikat dan penyedia perkhidmatan tempatan turut mendapat manfaat daripada kemasukan pelaburan pusat data yang semakin pesat.
"Kita mahu beritahu dunia bahawa kita mengalu-alukan kedatangan mereka, tetapi ia bukan lagi mengenai tenaga murah. Negara dan rakyat mesti mendapat manfaat hasil daripada pelaburan ini," katanya.
Mengulas perkembangan sektor berkenaan, Johari berkata sumbangan pusat data kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat ketara daripada RM900 juta pada 2021 kepada RM14.1 bilion tahun ini.
Setakat ini, sebanyak 57 pusat data beroperasi dengan bekalan kuasa berjumlah 6,237MW daripada TNB, manakala 60 lagi projek yang memerlukan 11,172MW berada dalam pelbagai peringkat kelulusan dan pembinaan.
Beliau berkata, jumlah pelaburan yang dilaporkan dalam sektor itu mencecah RM385.7 bilion, terdiri daripada RM271 bilion pelaburan asing dan RM114 bilion pelaburan domestik.
Selain itu, syarikat teknologi utama seperti Amazon Web Services (AWS), Microsoft, Google dan Alibaba digalakkan menyediakan akses kepada kapasiti pengkomputeran serta berkongsi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan dengan universiti serta syarikat tempatan.
Johari berkata, usaha itu penting bagi membangunkan kepakaran dan tenaga kerja tempatan dalam bidang teknologi untuk jangka panjang.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today12:12
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.