Malaysian Attention Engine
Live wire
58Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara50General : Memories And Pain Of Losing Her Three Children In An Accident Continues To Hauint Grieving Mother50Lanjut operasi lampu jalan hingga 9 pagi ketika jerebu - KKR46Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45General : Four Camera Traps Installed Along Fraser's Hill Route To Track A Tiger Spotted In The Area44RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202743General : Haze: Perak Religious Schools, Islamic Education Institutions To Monitor API Readings41Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202741Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam40Jalaluddin denies move to table no-confidence motion against MB40Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM40BELANJAWAN 2027 | Cuti Bersalin Penjawat Awam Naik Daripada 360 Kepada 490 Hari
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Kerajaan sedia bincang isu MA63 dengan kumpulan dalam buangan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 17:30 MYTLatest activity 10 Oct, 17:30BMconfidence 60%

What happened

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan bersedia mengadakan perbincangan dengan kumpulan yang mendakwa sebagai kerajaan dalam buangan (government in exile) bagi memahami isu dibangkitkan, termasuk berkaitan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). (Utusan Malaysia, 17:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Kerajaan sedia bincang isu MA63 dengan kumpulan dalam buangan

By RAEESAH HANAN · 10 Oct, 17:30 MYT

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan bersedia mengadakan perbincangan dengan kumpulan yang mendakwa sebagai kerajaan dalam buangan (government in exile) bagi memahami isu dibangkitkan, termasuk berkaitan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, rakyat Sabah dan Sarawak di luar negara disaran menggunakan saluran rasmi bagi menyuarakan ketidakpuasan hati dan mendapatkan penjelasan kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan tidak mempunyai masalah untuk berdialog dengan kumpulan terbabit, malah perbincangan dapat membantu menyampaikan maklumat yang mungkin tidak diketahui mereka.

“Setakat ini, kita belum merancang untuk mengambil sebarang tindakan. Namun, saya fikir jika ada ruang untuk kita berhubung atau mengadakan perbincangan dengan kumpulan-kumpulan ini, itu adalah lebih baik.

“Kita boleh membuka ruang perbincangan kerana mungkin ada maklumat yang tidak sampai kepada mereka,” katanya ditemui selepas menyempurnakan Program Jelajah Aku Kasih Malaysia @ Sabah Bersama Komuniti Sepanggar di Dewan Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Mustapha berkata, beliau mengikuti perkembangan kumpulan berkenaan dan mengakui terdapat rakyat Sabah yang terbabit, namun percaya majoriti rakyat Sabah dan Sarawak masih memilih saluran rasmi untuk menyelesaikan isu berbangkit.

Katanya, kerajaan komited melaksanakan MA63, dengan Perdana Menteri menunjukkan kesungguhan tinggi dalam menangani perkara berkaitan perjanjian itu.

“Kalau kerajaan tidak mendengar, mungkin lain ceritanya, tetapi kerajaan mendengar. Saya sendiri sebagai menteri yang bertanggungjawab dapat melihat kesungguhan yang amat tinggi daripada Perdana Menteri untuk melaksanakan MA63 ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan golongan belia Sabah dan Sarawak di luar negara supaya memberi ruang kepada kerajaan menyelesaikan isu menerusi proses sedia ada.

Menurutnya, perpaduan dan kedaulatan negara perlu diperkukuh bagi mengelakkan perpecahan yang boleh membuka ruang kepada campur tangan pihak luar.

Baru-baru ini, tular jemputan di Facebook bagi mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Parlimen Victoria, Melbourne, Australia, pada 24 Oktober ini oleh kumpulan berkenaan. – UTUSAN

The post Kerajaan sedia bincang isu MA63 dengan kumpulan dalam buangan appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:00
Latest 18:41 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
10 Oct, 17:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    17:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.