Malaysian Attention Engine
Live wire
52World : Malaysians In Riyadh, Jeddah Safe Amid Tensions In Saudi Arabia - Mohamad Hasan52Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46General : Parliamentary Services Act Fulfils MADANI Govt's Reform Pledge - Anwar45General : AIAC Reforms To Strengthen Malaysia As International ADR Hub - Azalina45Projek solar bangunan kerajaan jimat RM115 juta setahun44Rocketfuel perjelas isu Hawa Rizwana dan Ratu Haidar40General : Three Teenagers Injured After A Flag They Were Carrying Came In Contact With High-voltage Power Line39Krisis bekalan petrol di Bali39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Damansara storm: strong winds lift car into another at toll plaza - a reminder why you need Special Perils cover37Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas36'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kerajaan teliti dapatan kajian projek Kereta Api Trans-Borneo

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 13:39 MYTLatest activity 14 Oct, 13:39BMconfidence 60%

What happened

Kerajaan teliti dapatan kajian projek Kereta Api Trans-Borneo (Harian Metro, 13:39)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Kerajaan teliti dapatan kajian projek Kereta Api Trans-Borneo

By Mohd Roji Kawi · 14 Oct, 13:39 MYT

mdroji@bh.com.my

Kuching: Kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo yang dicadangkan menghubungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan, Indonesia selesai pada 7 Ogos lalu, dengan Kerajaan Persekutuan kini meneliti dapatan kajian sebelum menentukan langkah pelaksanaan seterusnya.

Kajian yang dijalankan Kementerian Pengangkutan Persekutuan itu menilai pelbagai aspek pembangunan rangkaian kereta api berkenaan termasuk teknikal, jajaran laluan, permintaan, sosioekonomi dan alam sekitar.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil berkata, laporan akhir kajian berkenaan sudah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu untuk pertimbangan.

Beliau berkata, laporan itu turut merangkumi penilaian aspek kewangan, pembiayaan dan pelaksanaan bagi membantu kerajaan menentukan pendekatan paling sesuai untuk projek berkenaan.

"Antara perkara yang sedang dipertimbangkan Kerajaan Persekutuan ialah mengenal pasti bahagian laluan yang perlu diberi keutamaan dalam pembangunan rangkaian kereta api berkenaan.

"Kerajaan juga meneliti pembahagian tanggungjawab pembiayaan serta struktur tadbir urus bagi memastikan pengurusan projek dapat dilaksanakan dengan teratur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Lo Khere Chiang (GPS-Batu Kitang) pada Persidangan DUN Sarawak, hari ini.

Jerip berkata, keperluan tanah dan penyediaan hak laluan turut menjadi antara perkara yang perlu diperhalusi sebelum keputusan mengenai pelaksanaan dibuat.

"Penilaian itu penting berikutan projek berkenaan dicadangkan merentasi beberapa wilayah dan negara di Borneo, sekali gus memerlukan penelitian menyeluruh terhadap aspek teknikal, kewangan dan penyelarasan pelaksanaan.

"Bagaimanapun, setakat ini, tiada garis masa pelaksanaan atau keputusan muktamad mengenai jajaran keutamaan dan kaedah pembiayaan dinyatakan dalam maklum balas berkenaan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow14:00
Latest 14:42 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 13:39 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    13:39

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.