
Kerajaan terbit sukuk global AS$1.5 bilion, pertama selepas 5 tahun
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KERAJAAN melakar pencapaian bersejarah menerusi penerbitan dua tranche sukuk global bernilai AS$1.5 bilion (RM6.13 bilion) pada Julai 2026, sekali gus menandakan penyertaan semula negara di pasaran sukuk berdaulat antarabangsa selepas lima tahun. (Utusan Malaysia, 09:21)
Read the reporting
1 report
Kerajaan terbit sukuk global AS$1.5 bilion, pertama selepas 5 tahun
KERAJAAN melakar pencapaian bersejarah menerusi penerbitan dua tranche sukuk global bernilai AS$1.5 bilion (RM6.13 bilion) pada Julai 2026, sekali gus menandakan penyertaan semula negara di pasaran sukuk berdaulat antarabangsa selepas lima tahun.
Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2027 berkata, terbitan sukuk ini mencatatkan spread terendah dalam sejarah dengan lebihan langganan sebanyak 4.7 kali serta jumlah permintaan langganan tertinggi melebihi AS$9.5 bilion (RM38.85 bilion) daripada pelabur institusi berkualiti tinggi di seluruh dunia.
Katanya, terbitan ini diberikan penarafan kredit berdaulat yang kukuh iaitu A3 daripada Moody’s dan A- daripada S&P Global Ratings, seterusnya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelabur.
“Ini sekali gus mencerminkan keyakinan terhadap prospek kredit Malaysia yang didorong oleh asas makroekonomi yang kukuh serta komitmen terhadap disiplin fiskal dan pembaharuan struktur yang berterusan.
“Urus niaga ini diterbitkan menerusi dua tempoh matang iaitu tranche 5.75 tahun yang berjumlah AS$850 juta (RM3.47 bilion) dan tranche 10 tahun berjumlah AS$650 juta (RM2.66 bilion),” katanya.
Menurutnya, permintaan pelabur yang kukuh membolehkan kerajaan menurunkan penetapan harga akhir secara agresif sebanyak 30 mata asas (bps) bagi kedua-dua tranche berbanding Panduan Harga Awal.
Sehubungan itu, laporan berkata, terbitan bertempoh matang 5.75 tahun dietapkan pada 15 bps di atas kadar Perbendaharan Amerika Syarikat (AS) lima tahun dengan kadar keuntungan 4.612 peratus setahun manakala terbitan 10 tahun ditetapkan pada 25 bps di atas kadar Perbendaharaan AS 10 tahun dengan kadar keuntungan 4.949 peratus setahun.
“Susulan terbitan sukuk global 2026, hutang luar pesisir terkumpul kerajaan mencatat sebanyak RM23 bilion, kekal di bawah had statutori RM35 bilion yang ditetapkan di bawah Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 [Akta 403] atau hanya sekitar 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.
“Peratusan kecil ini mencerminkan strategi pengurusan hutang berhemat dengan meminimumkan pendedahan kepada turun naik mata wang dan ketidaktentuan cabaran pasaran luar,” ujarnya.
Tambahnya, sebahagian besar portfolio hutang luar pesisir Malaysia adalah berdenominasi dolar AS (sekitar AS$3.8 bilion) dan bakinya dalam pelbagai mata wang lain termasuk yen.
“Penebusan hutang luar pesisir utama akan datang dijadualkan pada 2029 sejajar dengan perancangan tuntutan pembiayaan hutang luar pesisir bagi mengurangkan risiko kematangan serentak dan menyokong kemampanan hutang jangka panjang,” katanya.
Tambahnya, kemunculan Malaysia dalam penerbitan sukuk itu amat dinantikan di pasaran luar pesisir, sekali gus menjadi pemangkin dalam mendorong momentum permintaan, di samping mengekalkan strategi pinjaman keseluruhan yang mengutamakan pasaran domestik dan menembusi pasaran global secara terpilih.
“Urus niaga ini memperkukuh kedudukan negara sebagai peneraju dalam pasaran modal Islam global serta membuktikan keupayaan untuk memperoleh pembiayaan antarabangsa jangka masa panjang yang berkualiti tinggi pada kos yang optimum meskipun berdepan ketidaktentuan pasaran global.
“Melangkaui kejayaan ini, terbitan sukuk global 2026 mewujudkan penanda aras keluk kadar hasil yang baharu bagi entiti Malaysia termasuk syarikat berkaitan kerajaan dan penerbit korporat yang berhasrat mendapatkan pembiayaan luar pesisir,” katanya. – UTUSAN
The post Kerajaan terbit sukuk global AS$1.5 bilion, pertama selepas 5 tahun appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.