Malaysian Attention Engine
Live wire
50Nahas helikopter Ulu Baram: Keadaan cuaca baik, juruterbang miliki sijil perubatan sah - Laporan awal48PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang45Business : Petronas, Petrovietnam Sign Strategic Alliance Agreement, Mark 35 Years Of Collaboration44Oasis Harvest appoints Lim Zhao Qi as non-executive director44General : Fatal Accident Involving JPJ Vehicle And Two Lorries Near Senawang To Be Thoroughly Investigated - Loke43Mechanic gets 5 years’ jail for ramming into cop, fracturing his arm41Malaysia unveils six homegrown chips worth RM300m as it shifts from making to designing semiconductors41Waris mangsa helikopter FDS terima RM100,000, bantuan pendidikan39Govt risks erosion of public trust by shrouding Najib's house arrest in secrecy, say critics38Business : Malaysia Data Centre Market Projected To Grow 33 Pct CAGR From 2025-2030 – S&P Global Ratings37KRW, Star City buru kemenangan sulung37General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am
NewConfirmedupdated 1 h ago

Kerajaan terlebih bayar pampasan tanah Enklaf Duta hingga RM500,000 - Saksi

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
26
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 16:03 MYTLatest activity 16 Oct, 18:03ENBMconfidence 84%

What happened

KUALA LUMPUR – Penolong Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bahawa, Kerajaan telah membayar lebihan pampasan antara RM400,000 hingga RM500,000 kepada Syarikat Semantan Estate Sdn Bhd (1952) pada tahun 1956.Tan Tat Khuan, 40, berkata, ia bagi pengambilan tanah seluas 106.542 hektar di Enklaf Duta yang sebelum ini dikenali sebagai Jalan Duta.Sebelum ini beliau menilai tanah di Mukim Batu itu mencecah RM875,000 hingga RM985,000, sedangkan Kerajaan selaku defendan telah membayar sebanyak RM1.39 juta."Jika mahkamah bersetuju denga (Sinar Harian, 16:03)

Read the reporting

2 reports
Sinar Harian·News·BM·3 min read

Kerajaan terlebih bayar pampasan tanah Enklaf Duta hingga RM500,000 - Saksi

By NOOR AZLIDA ALIMIN · 16 Oct, 16:03 MYT

KUALA LUMPUR – Penolong Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bahawa, Kerajaan telah membayar lebihan pampasan antara RM400,000 hingga RM500,000 kepada Syarikat Semantan Estate Sdn Bhd (1952) pada tahun 1956.Tan Tat Khuan, 40, berkata, ia bagi pengambilan tanah seluas 106.542 hektar di Enklaf Duta yang sebelum ini dikenali sebagai Jalan Duta.Sebelum ini beliau menilai tanah di Mukim Batu itu mencecah RM875,000 hingga RM985,000, sedangkan Kerajaan selaku defendan telah membayar sebanyak RM1.39 juta."Jika mahkamah bersetuju dengan pengiraan saya sebanyak RM875,000 manakala penilaian kedua berjumlah RM985,000 maka tiada pampasan tambahan perlu dibayar kepada syarikat berkenaan."Kedua-duanya merupakan nilai terendah bagi jumlah pampasan yang dinilai," katanya ketika disoal Peguam Persekutuan Kanan, Nurhafizza Azizan yang mewakili defendan.Bagaimanapun, Tat Khuan berkata, kerajaan mungkin perlu membayar pampasan tambahan RM1.23 juta sekiranya mahkamah menerima penilaian yang dikemukakan penilai swasta bagi pihak Semantan Estate.Beliau berkata, penilai swasta itu meletakkan nilai tanah berkenaan sebanyak RM2.62 juta, berbanding RM1.39 juta yang telah dibayar kerajaan.Beliau berkata, dua penilaian yang dibuat menggunakan keluasan tanah berbeza iaitu penilaian pertama sebanyak 81.24 hektar (200.75 ekar) manakala penilaian kedua ialah 106.542 hektar (263.272 ekar).Semasa pemeriksaan balas oleh peguam, Ira Biswas yang mewakili Semantan Estate selaku plaintif, Tat Khuan turut mengakui tidak dapat mengesahkan secara bebas sekatan pembangunan yang terpakai ke atas tanah itu pada 1956.Beliau berkata, ini kerana rekod perancangan asal tidak dapat ditemukan.Ira mempersoalkan pergantungan Tat Khuan terhadap laporan penilaian terdahulu yang disediakan dua penilai lain, iaitu AA Wragg dan AIG Harding.Tat Khuan bersetuju bahawa, beliau tidak mengemukakan dokumen perancangan asal untuk mengesahkan sekatan secara bebas.Beliau berkata, semakan dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) juga gagal menemukan rekod perancangan bagi tahun 1956.Bagaimanapun, Tat Khuan menegaskan laporan terdahulu itu boleh dipercayai kerana kedua-dua penilai berkenaan telah membuat semakan pada masa itu dan memperoleh dapatan yang konsisten.Hakim, Roslan Mat Nor kemudian bertanya sama ada laporan berkenaan berkemungkinan mengandungi kesilapan.Tat Khuan menjawab bahawa beliau tidak menyatakan laporan itu 100 peratus tepat, namun berpandangan ia masih boleh dijadikan sandaran.Beliau kemudian tidak bersetuju dengan cadangan Ira bahawa laporan berkenaan merupakan keterangan dengar cakap."Walaupun maklumat perancangan itu tidak dapat disahkan melalui rekod asal, namun laporan terdahulu berkenaan digunakan sebagai rujukan dalam menyediakan penilaiannya sendiri," katanya.Perbicaraan bersambung pada 23 November depan.Pada tahun 2003, Semantan Estate memfailkan saman terhadap Kerajaan, mendakwa berlaku pencerobohan tanah secara haram daripada syarikat itu.Pada 2009, Pesuruhjaya Kehakiman, Zura Yahya memutuskan bahawa Semantan Estate mengekalkan kepentingan berfaedahnya dalam tanah itu, yang telah diambil secara tidak sah oleh Kerajaan.Kerajaan kemudian memfailkan rayuan, namun ia ditolak pada 18 Mei 2012.Kemudian pada 21 November 2012, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Kerajaan untuk mendapatkan kebenaran merayu, berhubung keputusan itu.Semantan Estate memfailkan saman pemula terhadap Pendaftar Tanah Wilayah Persekutuan pada Februari 2017 untuk menguatkuasakan penghakiman Mahkamah Tinggi 2009.Beberapa tahun kemudian iaitu pada 2018, Mahkamah Persekutuan sekali lagi menolak permohonan Kerajaan untuk menyemak semula keputusannya sebelum ini.Kerajaan juga telah mencadangkan penyelesaian berhubung pertikaian tanah itu.Pada 7 Ogos 2024, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan permohonan pelikuidasi Semantan Estate untuk mendapatkan semula tanah yang menempatkan beberapa kompleks bangunan Kerajaan kepada syarikat berkenaan.Beliau memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan syarikat terbabit untuk menguatkuasakan perintah 2009.Menerusi keputusan penghakimannya, beliau memerintahkan Kerajaan melaksanakan syarat yang diminta dalam tempoh tiga bulan penghakiman berkenaan.Hakim itu juga membenarkan pelikuidasi syarikat sebagai pemilik asal tanah dan Kerajaan diarah membayar kos sebanyak RM50,000.Mahkamah juga membenarkan permohonan syarikat, agar Kerajaan mendaftarkan pelikuidasi Ladang Semantan sebagai pemilik rasmi tanah dan bebas daripada bebanan.Ia termasuk kertas kerja undang-undang yang diperlukan secara lengkap untuk memindahkan hak milik tanah, mengeluarkan hak milik tanah baharu atas nama pelikuidasi dan mengembalikan pemilikan fizikal tanah kepada pemilik sah.Keputusan itu sekali gus menyelesaikan pertikaian tanah sivil antara paling lama di Malaysia sejak merdeka iaitu selama hampir tujuh dekad.Pada 24 Jun 2025, Mahkamah Rayuan memutuskan Semantan Estate tidak berhak terhadap hak milik tanah berkenaan, namun syarikat itu layak menerima pampasan sewajarnya berdasarkan nilai tanah pada 1956, iaitu ketika ia diambil alih Kerajaan.

As published in Sinar Harian’s feed.Read at Sinar Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow17:0018:00
Latest 18:05 MYT
26New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
16 Oct, 16:03 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    16:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.