
Kerajaan tumpu industri HGHV tingkat peratusan tenaga kerja mahir negara - Akmal Nasrullah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Industri berteraskan pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) kini menjadi tumpuan kerajaan dalam usaha meningkatkan peratusan tenaga kerja mahir di negara ini. (Berita Harian, 20:06)
Read the reporting
1 report
Kerajaan tumpu industri HGHV tingkat peratusan tenaga kerja mahir negara - Akmal Nasrullah
KUALA LUMPUR: Industri berteraskan pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) kini menjadi tumpuan kerajaan dalam usaha meningkatkan peratusan tenaga kerja mahir di negara ini.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata ia selaras sasaran 35 peratus yang ditetapkan untuk tenaga kerja mahir di Malaysia menerusi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13).
"Sebab itu industri ini (HCHV) menjadi tumpuan kerajaan sama ada dalam rancangan Malaysia atau pelaksanaan yang sedang dilakukan sekarang," katanya ketika sidang media pada majlis Inovasi Semikonduktor Generasi Baharu Malaysia: Enam Cip Buatan Tempatan sempena Sidang Kemuncak AI dan Semikonduktor (AiSEM) Selangor 2026, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas isu pekerjaan berkualiti tinggi di Malaysia yang kini menurun, meskipun ekonomi negara terus mencatatkan kenaikan tinggi sehingga peratus peratus.
Menurutnya, usaha dilakukan bersama Kerajaan Selangor seperti AiSEM@Selangor 2026 penting bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan mahir susulan keperluan meningkatkan tenaga mahir negara.
"Jadi, sudah pasti ada cabarannya, selain membuka industri berkenaan, kita kena lihat untuk menskalakan syarikat ini supaya mereka lebih upaya menarik atau mendapatkan tenaga mahir bagi keperluan pelaburan mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, Akmal Nasrullah berkata enam inovasi cip semikonduktor tempatan mempunyai potensi jualan gabungan kira-kira RM300 juta, sekali gus mencerminkan peluang komersial teknologi cip buatan Malaysia.
"lnovasi itu membuktikan keupayaan Malaysia membangunkan teknologi sendiri untuk pasaran global.
"Kita bukan sahaja perlu melihat berapa banyak cip yang melalui Malaysia, tetapi juga berapa banyak direka di sini, berapa banyak harta intelek dibangunkan dan dimiliki di sini, serta berapa banyak nilai kekal dalam ekonomi kita," katanya.
Enam inovasi itu merangkumi pemproses kecerdasan buatan (AI) bagi peranti di pinggir rangkaian oleh SkyeChip; penyelesaian storan AI oleh MaiStorage; cip FPGA tempatan oleh SiliconX; pengawal kuasa elektronik automotif oleh Infinecs; cip pengawal kuasa bagi satelit oleh Weeroc Space serta pengawal penerbangan dron autonomi oleh Alphaswift.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian20:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.