
Kereta bertembung, warga emas maut di Setiu
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BANDAR PERMAISURI - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona di Kilometer 44 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, berhampiran pekan Sungai Tong, di sini semalam.Mangsa, Zulkefli Daud, 72, yang merupakan pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) berasal dari Kampung Jeli Seberang, Jeli, Kelantan, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.30 petang dipercayai ketika Proton Wira yang dipandu mangsa secara tiba-tiba memas (Sinar Harian, 08:26)
Read the reporting
1 reportKereta bertembung, warga emas maut di Setiu
BANDAR PERMAISURI - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona di Kilometer 44 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, berhampiran pekan Sungai Tong, di sini semalam.Mangsa, Zulkefli Daud, 72, yang merupakan pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) berasal dari Kampung Jeli Seberang, Jeli, Kelantan, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.30 petang dipercayai ketika Proton Wira yang dipandu mangsa secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan."Pemandu Proton Persona, wanita berusia 41 tahun yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke arah Kota Bharu, tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran."Pemandu Proton Persona mengalami kecederaan ringan, manakala mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat" katanya dalam kenyataan hari ini.Zahril Asri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya turut meminta saksi kejadian tampil ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu bagi membantu siasatan. - Bernama
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian08:26
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.