
Kereta tersadai, hak pemilik jangan tergadai
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kereta tersadai, hak pemilik jangan tergadai (Harian Metro, 06:34)
Read the reporting
1 report
Kereta tersadai, hak pemilik jangan tergadai
lizamridzuan@hmetro.com.my
KERETA tersadai di bengkel selama berbulan-bulan bukan sahaja menyusahkan pemilik, malah boleh menyebabkan mereka menanggung kos tambahan untuk menyewa kenderaan atau menggunakan perkhidmatan e-hailing bagi meneruskan urusan harian.
Situasi itu lebih membebankan apabila kerosakan membabitkan komponen utama seperti enjin atau transmisi, terutama jika kenderaan masih dalam tempoh waranti dan proses pembaikan mengambil masa terlalu lama.
Bagaimanapun, pemilik kenderaan tidak semestinya perlu menanggung semua kerugian berkenaan sendirian.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, pemilik kenderaan yang berdepan masalah khususnya dalam tempoh waranti mempunyai hak mendapatkan tebus rugi sekiranya kegagalan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh munasabah.
Beliau berkata, pengguna yang mematuhi syarat waranti dan menghantar kenderaan ke pusat pembaikan yang sah tidak sepatutnya dibiarkan menanggung beban akibat kelewatan pembaikan tanpa penjelasan serta penyelesaian sewajarnya.
Menurutnya, apabila kenderaan tidak dapat digunakan dalam tempoh panjang, pemilik bukan sahaja perlu mencari pengangkutan alternatif, malah masih perlu menanggung komitmen ansuran kenderaan.
"Mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599), sekiranya berlaku kegagalan alat kenderaan dan kegagalan itu boleh dibetulkan, pengguna boleh menghendaki pembekal membetulkan kegagalan berkenaan dalam masa munasabah berdasarkan keadaan kes, termasuk jenis kerosakan, ketersediaan alat ganti dan tahap kerumitan pembaikan.
"Sekiranya kerosakan besar memerlukan penggantian komponen utama dan pengguna terpaksa menunggu terlalu lama, perkara itu tidak seharusnya dibiarkan tanpa penjelasan dan penyelesaian.
"Pengguna berhak mendapatkan maklumat yang jelas mengenai status pembaikan, alat ganti yang diperlukan serta jangkaan tempoh kenderaan dapat disiapkan," katanya.
Fuziah berkata, sekiranya kenderaan tidak dapat digunakan sehingga pengguna terpaksa menggunakan e-hailing atau menyewa kenderaan lain, kos berkenaan boleh dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada tuntutan ganti rugi jika dapat dibuktikan sebagai kerugian atau kerosakan yang berpunca daripada kegagalan pihak pengeluar kenderaan.
Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan menyimpan semua bukti perbelanjaan termasuk resit, invois sewaan kenderaan, rekod tempahan e-hailing serta dokumen berkaitan pembaikan.
Beliau berkata, isu kenderaan gantian, bantuan mobiliti atau pampasan yang bersesuaian juga perlu diberi perhatian bagi kerosakan yang dilindungi waranti menyebabkan kenderaan tidak dapat digunakan untuk tempoh panjang.
"Perkara itu penting supaya pengguna tidak menanggung sepenuhnya kesan daripada kelewatan pembaikan yang bukan berpunca daripada kecuaian pengeluar.
"Akta 599 turut memperuntukkan jaminan berkaitan ketersediaan kemudahan pembaikan dan alat ganti untuk tempoh munasabah dan sekiranya kerosakan tidak dapat diperbaiki dalam tempoh ditetapkan, pengguna mempunyai hak tebus rugi tertakluk kepada fakta dan keadaan kes serta peruntukan undang-undang berkaitan," katanya.
Dalam masa sama, pengguna perlu mendapatkan maklumat mengenai status alat ganti dan jangkaan tempoh pembaikan, selain menyemak polisi insurans masing-masing kerana sesetengah kerosakan atau kos tertentu mungkin dilindungi bergantung kepada terma dan syarat polisi.
Katanya, pengguna juga boleh mempertimbangkan untuk membawa tuntutan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan selepas berurusan dengan pengeluar, pengedar atau pusat pembaikan kenderaan.
Dalam pada itu, Fuziah berkata, KPDN turut mengkaji pelaksanaan 'lemon law' sebagai mekanisme tambahan bagi memperkukuh perlindungan pengguna.
Katanya, undang-undang berkenaan dilihat mampu melengkapi kerangka sedia ada, khususnya bagi keadaan tertentu yang membabitkan barangan yang berulang kali gagal atau tidak mencapai tahap prestasi dan kualiti ditetapkan.
Selain itu, kerajaan turut meneliti konsep 'right to repair', termasuk isu akses kepada maklumat teknikal yang diperlukan bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna dalam urusan pembaikan.
"Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh hak pengguna. Pengguna bukan sahaja perlu tahu berapa harga yang mereka bayar untuk sebuah kenderaan, tetapi juga hak mereka apabila kenderaan yang dibeli mengalami masalah," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:34
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.