Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47General : Conference Of Rulers Discusses PM Term Limit, Separation Of AG-PP Roles45General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents41Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut40Kes jangkitan saluran pernafasan meningkat ketika jerebu40Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu39General : Sarawak Gets RM545 Million For JENDELA 2 Rollout, Covers 350 Sites - Fahmi39Sarawak keluarkan 3 lesen karbon hutan baru38RM550 mln Smart City project to cover Greater Kuching38E. Timor shuts schools over Indonesia haze36General : Zul Hadi Appointed Sabah Federal Secretary35Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kerjasama NCT World, Sidec perkasakan ekosistem pembuatan robotik

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 18:18 MYTLatest activity 15 Oct, 18:18BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – NCT World Sdn. Bhd. (NCT), anak syarikat milik penuh NCT Alliance Berhad, telah memeterai memorandum kerjasama (MoC) dengan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi (Kosmo!, 18:18)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Kerjasama NCT World, Sidec perkasakan ekosistem pembuatan robotik

By KOSMO! · 15 Oct, 18:18 MYT

PETALING JAYA – NCT World Sdn. Bhd. (NCT), anak syarikat milik penuh NCT Alliance Berhad, telah memeterai memorandum kerjasama (MoC) dengan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi

Digital Selangor (Sidec) sebagai salah satu usaha untuk melaksanakan pembangunan, penubuhan dan pemerkasaan Ekosistem Pembuatan Robotik Selangor.

MoC itu telah dimeterai bersempena SPARK 2026 – Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor ke-10 iaitu merupakan sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk meletakkan Selangor sebagai salah satu hab robotik dan pembuatan termaju terbesar di rantau ini.

Menerusi kerjasama ini, NCT akan berperanan sebagai rakan kongsi infrastruktur perindustrian, dengan NCT Smart Industrial Park (NSIP), Taman Perindustrian Terurus (Managed Industrial Park, MIP) pertama di Malaysia yang terletak di Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS), menjadi salah satu

pangkalan bagi inisiatif tersebut.

NSIP akan menyediakan kemudahan kilang kepada pengeluar robotik dan automasi yang berhasrat untuk memulakan operasi di Selangor.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan NCT Alliance Berhad, Datuk Seri Yap Ngan Choy berkata, landskap perindustrian sedang berkembang pesat, dengan robotik, automasi dan pembuatan termaju memainkan peranan yang semakin penting dalam daya saing Malaysia pada masa hadapan.

“Menerusi kerjasama ini, kami berhasrat menyediakan infrastruktur, fleksibiliti dan persekitaran yang diperlukan oleh pengeluar untuk memulakan serta mengembangkan operasi mereka di Selangor.

“Selain menyediakan ruang perindustrian, NSIP direka untuk menyokong sebuah ekosistem yang membolehkan syarikat teknologi, pengeluar dan pelabur memulakan operasi, mempamerkan keupayaan masing-masing serta berkembang dengan lebih cekap dari Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Sejajar dengan kedudukan NSIP sebagai destinasi bagi industri pintar dan berteknologi tinggi, NCT akan terus giat menggalakkan dan memudah cara penubuhan operasi pengeluar robotik dan automasi di taman perindustrian tersebut.

Bagi menyokong komitmen ini, MoC berkenaan menggariskan pilihan pemilikan dan penggunaan kilang yang fleksibel kepada pengeluar yang diperkenalkan menerusi inisiatif ini, termasuk pembelian terus, aturan sewa sebelum beli serta penyediaan infrastruktur kilang siap bina secara pajakan.

Pilihan ini bertujuan membolehkan pengeluar, khususnya pengendali berskala besar, memulakan operasi dengan masa dan kos persediaan yang lebih rendah.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, NCT dan Sidec turut merancang untuk menganjurkan Malaysia–China Robotics Day pada Januari 2027, yang dijangka menghimpunkan 15 syarikat robotik dan automasi, terdiri daripada sepuluh syarikat dari Republik Rakyat China dan lima syarikat dari Malaysia.

Acara tersebut bertujuan mempamerkan teknologi serta menggalakkan peluang pelaburan dan padanan

perniagaan di Selangor, termasuk di NSIP. Acara ini dijangka disempurnakan oleh

Menteri Besar Selangor dan Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia.

Susulan acara tersebut, kedua-dua pihak berhasrat menubuhkan sebuah hab pameran robotik di NSIP sebagai platform berterusan untuk syarikat robotik dan automasi mempamerkan produk, berinteraksi dengan bakal pelanggan serta menilai peluang untuk memulakan operasi di Selangor. -KOSMO! ONLINE

The post Kerjasama NCT World, Sidec perkasakan ekosistem pembuatan robotik appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow19:00
Latest 19:54 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
15 Oct, 18:18 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    18:18

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.