
Kes influenza meningkat, adakah berkaitan dengan jerebu?
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Masyarakat kini kerap berdepan dengan situasi di mana ramai individu di pejabat, sekolah, mahupun rumah mengalami demam, batuk berpanjangan, dan sakit badan secara serentak. Keadaan ini menjadi semakin mencabar apabila fenomena cuaca panas dan jerebu melanda, mencetuskan tanda tanya mengenai sejauh mana ancaman sebenar wabak ini di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. (Utusan Malaysia, 09:15)
Read the reporting
1 report
Kes influenza meningkat, adakah berkaitan dengan jerebu?
Masyarakat kini kerap berdepan dengan situasi di mana ramai individu di pejabat, sekolah, mahupun rumah mengalami demam, batuk berpanjangan, dan sakit badan secara serentak. Keadaan ini menjadi semakin mencabar apabila fenomena cuaca panas dan jerebu melanda, mencetuskan tanda tanya mengenai sejauh mana ancaman sebenar wabak ini di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Latar Belakang dan Ancaman Global Influenza dan Pencemaran
Di peringkat antarabangsa, influenza adalah salah satu penyakit berjangkit utama yang masih belum dapat dikawal sepenuhnya dan terus menjadi ancaman kesihatan awam global yang serius.
Rekod sejarah pandemik lalu membuktikan penularan virus ini mampu mencetuskan kadar morbiditi yang tinggi serta kerugian ekonomi yang besar.
Kajian sains di pelbagai bandar utama mengesahkan bahawa penyebaran virus influenza mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan tahap pencemaran udara.
Gas pencemar serta zarah halus berpartikel PM2.5 bertindak sebagai ‘nukleus kondensasi’ yang membolehkan titisan virus menempel dan bertahan lebih lama di udara, sekali gus meluaskan jarak penularannya.
Di rantau Asia Tenggara, fenomena jerebu rentas sempadan yang berpunca daripada kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera secara berkala menjejaskan kualiti udara di Malaysia dan Singapura terutamanya semasa musim kering dan fenomena El Niño.
Statistik Domestik dan Trend Penularan di Malaysia
Di peringkat domestik, laporan Survelan Penyakit Seperti Influenza (Influenza-Like Illness / ILI) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan kadar konsultasi pesakit pernah melonjak sehingga 9.22 peratus sebelum merekodkan trend penurunan berperingkat kepada 8.18 peratus.
Sementara itu, kadar kemasukan ke wad bagi kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut Teruk (Severe Acute Respiratory Infection / SARI) berada pada julat antara 9.59 peratus hingga 10.65 peratus.
Secara kumulatif, lebih daripada 530 kluster influenza dilaporkan di seluruh negara. Institusi pendidikan merupakan lokasi paling terjejas, di mana sekolah merangkumi 352 kluster atau 65.8 peratus daripada keseluruhan jumlah kluster. Pemantauan makmal KKM mengesahkan tiada mutasi baharu dikesan, dengan Influenza A (H3) kekal sebagai strain dominan yang memacu penularan semasa.
Fenomena ‘Double Hit’ ke atas Paru-Paru
Satu kekeliruan yang perlu diperbetulkan adalah anggapan bahawa jerebu menyebabkan penyakit influenza. Secara saintifik, jerebu tidak menghasilkan virus influenza. Influenza berpunca daripada jangkitan virus spesifik, manakala jerebu merupakan pencemaran udara fizikal yang mengandungi zarah halus PM2.5.
Bagaimanapun, apabila jangkitan virus berlaku serentak dengan pendedahan jerebu, sistem pernafasan pesakit menerima kejutan berganda (double hit).
Zarah halus PM2.5 menceroboh jauh ke dalam alveoli paru-paru dan sistem peredaran darah, lalu merosakkan lapisan mukosa dan mengurangkan keupayaan semula jadi paru-paru untuk menyingkirkan patogen. Keradangan akibat virus yang bergabung dengan iritasi zarah pencemar ini memburukkan lagi gejala batuk, menyebabkan sesak nafas, serta meningkatkan risiko serangan asma atau komplikasi pneumonia.
Tanda Amaran Kecemasan
Jangkitan influenza biasanya disertai gejala demam tinggi mendadak, menggigil, sakit kepala, sakit seluruh badan, dan keletihan melampau. Meskipun sebahagian besar pesakit boleh pulih selepas berehat, pesakit atau penjaga perlu berwaspada terhadap tanda amaran kecemasan yang memerlukan rawatan perubatan segera:
Kesukaran atau sesak nafas yang teruk.
Sakit atau tekanan berterusan pada bahagian dada.
Pesakit kelihatan keliru, terlalu lemah, atau tidak sedarkan diri.
Tanda dehidrasi teruk seperti enggan minum atau tiada luapan air kencing.
Demam tinggi berpanjangan, atau demam dan batuk yang kembali memburuk selepas kelihatan mula pulih.
Panduan Pengurusan dan Langkah Pencegahan Kendiri
Bagi menguruskan kesihatan respiratori keluarga dan memutus rantaian jangkitan dalam komuniti, langkah-langkah proaktif berikut disyorkan:
Isolasi & Rehat di Rumah: Pesakit atau pelajar yang bergejala hendaklah berehat di rumah dan tidak dihantar ke sekolah atau tempat kerja.
Kawal Pendedahan Jerebu: Sentiasa menyemak Indeks Pencemaran Udara (IPU). Apabila IPU berada pada tahap tidak sihat, kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
Kebersihan Udara Dalam Rumah: Tutup pintu dan tingkap semasa jerebu, gunakan penapis udara HEPA, serta tetapkan penyaman udara pada mod kitaran semula (recirculate).
Perlindungan Mask: Gunakan pelitup muka N95 yang terpasang kemas sekiranya perlu berada di luar rumah bagi tempoh yang lama.
Pematuhan Ubat & Vaksinasi: Pesakit asma dan COPD hendaklah meneruskan penggunaan inhaler pencegah mengikut arahan doktor. Suntikan vaksin influenza bermusim tahunan amat disyorkan terutamanya untuk golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak kecil, wanita hamil, dan pesakit kronik.
Penulis ialah Pensyarah Perubatan /Pakar Perubatan Respiratori Universiti Putra Malaysia.
The post Kes influenza meningkat, adakah berkaitan dengan jerebu? appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.