
KHAZANAH kerjasama kerajaan Pulau Pinang, Selangor tubuh dana RM150 juta perkukuh industri semikonduktor
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd (KHAZANAH) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor menerusi Dana Pelaburan Strategik bernilai RM150 juta bagi memperkukuh ekosistem semikonduktor dan pembuatan termaju negara. (Berita Harian, 16:57)
Read the reporting
1 report
KHAZANAH kerjasama kerajaan Pulau Pinang, Selangor tubuh dana RM150 juta perkukuh industri semikonduktor
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd (KHAZANAH) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor menerusi Dana Pelaburan Strategik bernilai RM150 juta bagi memperkukuh ekosistem semikonduktor dan pembuatan termaju negara.
Menerusi kerjasama itu, KHAZANAH, kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor masing-masing akan memperuntukkan RM50 juta sebagai modal permulaan dana berkenaan, sekali gus menyokong pertumbuhan syarikat tempatan yang mempunyai potensi tinggi.
Pengarah Urusan KHAZANAH, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir, berkata inisiatif itu sejajar penekanan Belanjawan 2027 terhadap pembangunan sektor strategik, khususnya semikonduktor, inovasi dan pengukuhan keupayaan industri tempatan.
"Kami mengalu-alukan kerjasama erat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor dalam usaha bersama untuk memperkukuh ekosistem semikonduktor dan pembuatan termaju Malaysia serta menyokong pertumbuhan syarikat Malaysia yang berpotensi tinggi," katanya melalui kenyataan hari ini.
Amirul Feisal berkata, KHAZANAH turut menyambut baik penekanan Belanjawan 2027 terhadap pembangunan vendor, inovasi dan penerokaan pasaran baharu yang dijangka memperluas peluang pengembangan perniagaan Bumiputera.
Katanya, bagi menyokong usaha berkenaan, saiz Dana Ciptawan akan ditingkatkan kepada RM250 juta menerusi kerjasama dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk menyokong pertumbuhan syarikat pertengahan Bumiputera dan Malaysia.
Beliau berkata, tumpuan kerajaan terhadap sektor strategik termasuk semikonduktor, peralihan tenaga, infrastruktur, pembangunan perusahaan dan bakat mencerminkan komitmen untuk membina ekonomi yang lebih kukuh serta berdaya saing.
"Keutamaan ini amat penting untuk memperkukuh asas perindustrian Malaysia, meningkatkan kompleksiti ekonomi dan mewujudkan peluang bernilai lebih tinggi untuk perniagaan dan pekerja," katanya.
Mengulas keseluruhan Belanjawan 2027, Amirul Feisal berkata, pembentangan belanjawan itu dibuat ketika Malaysia terus berdepan persekitaran global yang tidak menentu, termasuk ketidakpastian geopolitik, tekanan rantaian bekalan dan harga bahan api yang tinggi susulan konflik berterusan di Asia Barat.
Bagaimanapun, katanya, belanjawan berkenaan terus memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh daya saing jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi negara, selain meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan melalui langkah meringankan kos sara hidup, meningkatkan gaji dan memperluas peluang ekonomi.
Beliau berkata, KHAZANAH turut menyokong penuh usaha kerajaan meningkatkan bahagian pendapatan buruh dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), termasuk peningkatan penanda aras gaji kehidupan wajar bagi pekerja syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada RM3,400 sebulan.
Dalam perkembangan berkaitan, Amirul Feisal berkata, KHAZANAH turut mengalu-alukan aspirasi kerajaan mempercepat peralihan tenaga dan meningkatkan daya tahan iklim negara.
Katanya, langkah itu disokong menerusi pelaburan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam grid nasional serta pelaburan UEM Lestra sebanyak RM1 bilion dalam sektor tenaga boleh baharu.
Beliau berkata, pelaburan berkenaan menyokong usaha memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga, kemampuan menanggung kos tenaga dan kemampanan sektor tenaga negara.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:57
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.